ADA DIKALANGAN MANUSIA YANG TELAH MEMPERKATA, BERPEGANG DAN BERIKTIQAD BAHAWA “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH, TUHAN IALAH KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN BADAN DIRI SENDIRI"
Mereka mengaku mereka telah mengesa dan mentauhidkan Allah,
Dengan memperkata dan berpegang “ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH, TUHAN IALAH KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN BADAN DIRI SENDIRI" menunjukkan yang mereka menafikan Allah sebagai tuhan dan dengan terang, jelas dan nyata mengakui keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri ialah tuhan.
Sebenarnya sedang merasai Keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri apabila disebut dengan lisan lidah akan disebut sebagai Aku. Jadi orang yang memperkata, berpegang dan beriktiqad tuhan ialah keakuan, keberadaan dan keupayaan badan diri sendiri membawa makna mereka sedang berkata "AKU IALAH TUHAN"
Keadaan ini terdapat keterangan didalam firman Allah pada
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
Sebenarnya mereka sedang sekutukan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dengan Allah, mereka sedang bertuhankan kepada hawa nafsu sendiri, bukan bertuhanlan kepada Allah kerana mereka telah menafikan Allah sebagai tuhan dengan memperkatakan "ALLAH BUKAN TUHAN, TUHAN BUKAN ALLAH"
Ini sedang berlaku sepertimana firman Allah pada
25.Surah Al-Furqan ayat 43
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
DIANTARA FIRMAN ALLAH YANG MELARANG MENJADIKAN SELAIN DARIPADA ALLAH SEBAGAI TUHAN
Surah Al-Israk ayat 2
2. Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya).
Surah Al-Rad ayat 16
16. Bertanyalah (wahai Muhammad): Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi? Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya? Bertanyalah lagi: Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka? Katakanlah: Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
Sirah Al-Rad ayat 33
33. Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)? Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam) dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
Surah Maryam dari ayat 81 hingga ayat 87
81. Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.
82. Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka
83. Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh?
84. Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka.
85. (Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertakwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan.
86. Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke Neraka Jahanam, dalam keadaan dahaga.
87. Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!
ORANG YANG MENJADIKAN SELAIN DARIPADA ALLAH SEBAGAI TUHAN, SEBENARNYA MEREKA SEDANG MENYEMBAH SYAITAN
Ini telah diberikan penjelasan didalam firman Allah pada
4.Surah An-Nisā' ayat 117
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;
4.Surah An-Nisā' ayat 118
Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);
4.Surah An-Nisā' ayat 119
"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka, lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.
4.Surah An-Nisā' ayat 120
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.
4.Surah An-Nisā' ayat 121
Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan