SYARAT UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH CUMA MESTI PERCAYA DAN BERHARAP AKAN BERTEMU DENGAN ALLAH, WAKTUNYA PASTI AKAN TIBA MENGIKUT SEPERTIMANA YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH
Firman Allah pada
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya iaitu Allah, Allah telah mengajar melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..
Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...
Amal yang solleh ialah amal yang dilakukan yang tidak disertakan dengan sebarang syirik samada syirik yang myata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Didalam surah dan ayat yang lain Allah berfirman menerangkan
Bahawa orang yang yakin akan bertemu dengan tuhannya dan akan kembali kepadanya ialah orang-orang yang khusyuk
2.Surah Al-Baqarah ayat 45
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
2.Surah Al-Baqarah ayat 46
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Firman Allah pada Surah Al-`Ankabūt ayat 5
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Barangsiapa yang berharap akan bertemu dengan Allah, waktunya pasti datang,
Berdasarkan kepada firman-firman Allah seperti diatas menunjukkan bahawa orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah ialah orang yang melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik.
Jika seseorang melakukan amal yang disertakan dengan melakukan sebarang syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik
39.Surah Az-Zumar ayat 65
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
6.Surah Al-'An`ām ayat 88
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
47.Surah Muĥammad ayat 33
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!
Didalam Surah Muĥammad ayat 33 Allah berfirman dan menyeru orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dengan mengikut firmanNya dan taat kepada Rasulullah saw dengan mengikut sabdanya dan hendaklah melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang syirik kerana amal yang dilakukan yang disertakan dengan melakukan sebarang perbuatan syirik akan membatalkan amal tersebut.
Jadi sifat orang yang percaya dan berharap akan bertemu dengan Allah ialah ia melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syrik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah ialah jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi yang tersembunyi.
Untuk membolehkan seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi yang tersembunyi, setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi yang tersembunyi.
Setelahi tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi yang tersembunyi.
Setiap orang berperanan untuk melatih badan dirinya sendiri supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi yang tersembunyi.
Setiap orang mesti melatih badan dirinya supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, iaitu jangan melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah.
Bagi orang yang lahir dalam keluarga Islam, mereka sudah tidak melakukan syirik ini
Setiap orang mesti melatih badan dirinya supaya ia jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Setiap badan diri sendiri mesti menghalang badan dirinya dari memperkatakan dengan lisan lidahnya yang sifat ada dan sifat ketuhanan yang lain yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat badan dirinya sendiri.
Setiap badan diri sendiri mesti menghalang badan dirinya dari memikirkan dengan fikirannya yang sifat ada dan sifat ketuhanan yang lain yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat badan dirinya sendiri.
Setiap badan diri sendiri mesti menghalang badan dirinya dari timbulnya lintasan didalam hatinya bahawa sifat ada dan sifat ketuhanan yang lain yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat badan dirinya sendiri.
Setiap orang mesti melatih badan dirinya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Setiap badan diri sendiri mesti menghalang badan dirinya dari memperkatakan dengan lisan lidahnya yang sifat ada dan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah pada masa ia masih dan sedang merasai keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.
Setiap badan diri sendiri mesti menghalang badan dirinya dari memikirkan dengan fikirannya yang sifat ada dan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah pada masa ia masih dan sedang merasai keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.
Setiap badan diri sendiri mesti menghalang badan dirinya dari timbulnya lintasan didalam hatinya yang sifat ada dan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah pada masa ia masih dan sedang merasai keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.
Kerana apa yang akan berlaku ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya adalah keberadaan Allah, akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang telah dirasakan sebagai sifat badan dirinya itu adalah sifat ketuhanan Allah.
Ada firman Allah yang memperjelaskan yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan
15.Surah Al-Ĥijri ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijri ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijrii ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijri ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
17.Surah Al-'Isrāk ayat 65
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
38.Surah Şād ayat 82
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
38.Surah Şād ayat 83
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
Dengan ini menunjukkan bahawa yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan.
Setiap orang mesti tahu bahawa urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus atau urusan memberi panduan yang menerangkan supaya menjadi sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik hanya tertentu bagi Allah sahaja
Firman Allah pada Surah An-Naĥl ayat 9
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
Dan yang perlu setiap orang tahu lagi ialah
JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
Dan
JIKA TIDAK DIPIMPIN DAN DIBERIKAN PETUNJUK OLEH ALLAH MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT
6.Surah Al-'An`ām ayat 77
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
Setiap badan diri sendiri perlu mengetahui siapakah orang yang Allah janji untuk pimpin mereka kejalan yang lurus, ini boleh dilihat didalam firman Allah pada
4.Surah An-Nisāk ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Didalam surah dan ayat yang lain ada keterangan yang memperjelaskan bahawa melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" adalah merupakan cara untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik, ini terkandung didalam firman Allah pada
Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Kaum nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..
Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
SESUNGGUHNYA KISAH NABI-NABI MENGANDUNGI PELAJARAN YANG MENDATANGKAN IKTIBAR BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
(12.Surah Yūsuf ayat 111)
ORANG YANG MELAKUKAN PERINTAH ALLAH
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Yang akan mengalami keadaan "MATI SEBELUM MATI" seperti sabda Rasulullah saw
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubah pindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Rahsia "MATI SEBELUM MATI" atau "ORANG MATI YANG HIDUP" berjalan dimuka bumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit ini berada diluar sempadan fikiran iaitu tidak boleh difikirkan dengan fikiran, bukan yang terlintas didalam hati.
Ini bermakna bukan yang difikir-fikirkan melalui fikiran yang membawa kepada maksud bukan seperti yang difikir-fikirkan dan bukan ada yang terlintas didalam hati.
"HANYA DIKETAHUI SETELAH MENGALAMI SENDIRI KEADAAN MATI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SABDA RASULULLAH SAW TERSEBUT"
Mereka ini iaitu yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus atau mereka akan dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
Firman Allah
4.Surah An-Nisāk ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā'k ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Oleh kerana jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, jadi firman Allah
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Juga membawa maksud
DAN TENTULAH KAMI JADIKAN MEREKA SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK.
Dengan ini timbullah pengetahuan bahawa orang yang Allah akan pimpin kejalan yang lurus atau orang yang Allah akan jadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah orang yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Oleh yang demikian setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Disini ada dua perkara
Yang pertama "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.
Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
(2.Surah Al-Baqarah ayat 257)
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
(5.Surah Al-Mā'idah ayat 16)
Setiap seorang mesti tahu apakah perintah yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan mempunyai hikmah akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.
JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI" sepertimana yang difirmankan oleh Allah pada
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
16.Surah An-Naĥl Ayat 43
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI" jika kamu tidak mengetahui.
Orang yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Akan dijdikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Bermakna amal yang dilakukan oleh orang yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Akan menjadi amal yang solleh iaitu amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik
Mereka inilah yang merupakan orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah, yang pasti akan bertemu dengan Allah mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh Allah kepadanya sepertimna yang terkandung didalam firman Allah pada
Surah Al-`Ankabūt ayat 5
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan