Catatan

Tunjukkan catatan dari 2026

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERSYUKUR KEPADA ALLAH ?

​ APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERSYUKUR KEPADA ALLAH ? BERIBADAT UNTUK MENYEBUT NAMA TUHANMU SEBAGAI TANDA BERSYUKUR” 20.Surah Ţāhā ayat 130 Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan). 22.Surah Al-Ĥaj ayat 34 Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat 22.Surah Al-Ĥaj ayat 35 Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (c...