JANGAN MEMBANTAH KEPADA APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH UNTUK DILAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH.

Larangan ini telah difirmankan oleh Allah pada Surah 'Āli `Imrān ayat 66


Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 8


Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;


22.Surah Al-Ĥaj ayat 9


Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;


CONTOH ORANG YANG MEMBANTAH APA YANG TELAH ALLAH FIRMANKAN


Firman Allah pada 29.Surah Al-`Ankabūt ayat 5


Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Barangsiapa yang berharap akan bertemu dengan Allah, waktunya pasti datang, cuma berharap atau tidak ?


Syarat untuk bertemu dengan Allah cuma berharap akan pertemuan dengan Allah, waktunya pasti akan tiba mengikut sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah.


Diantara sifat orang yang percaya yang ia akan bertemu dengan Allah ialah ia sentiasa berharap akan pertemuan dengan Allah sepertimana firman Allah pada


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"


Tanda orang yang percaya dan sedang berharap yang ia akan bertemu dengan Allah, ia akan menghabiskan masanya untuk mengerjakan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik, Amal yang dilakukan dengan tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi adalah merupakan amal yang solleh.


Orang yang mengerjakan amal yang solleh iaitu dengan melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik atau dengan kata lain tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadatnya kepada tuhannya iaitu Allah, inilah orang yang berharap dan percaya akan pertemuan dengan Allah, tunggulah dengan penuh kesabaran, masa pertemuan itu akan tiba mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah sepertimana firman Allah pada Surah Al-`Ankabūt ayat 5


Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


Dengan ini menunjukkan orang yang tidak melakukan amal yang soleh iaitu melakukan amal yang disertakan dengan sebarang perbuatan syirik menunjukkan orang tersebut sebenarnya ia tidak berharap dan ia tidak percaya yang ia akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah,


Namun demikian ada orang yang membantah keterangan dari firman Allah ini tanpa berdasarkan kepada sebarang keterangan dan tanpa berdasarkan kepada mana-mana firman Allah dan tanpa berdasar kepada mana-mana sabda Rasulullah saw dan tanpa berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran


APA YANG DIBICARAKAN DISINI ADALAH PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN RASULNYA, JANGAN MENYALAHKAN PERINTAH ALLAH DAN RASUL INI DAN JANGAN KAMU IKUT APA YANG KAMU TIDAK TAHU


17.Surah Al-'Isrā' ayat 36


Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 37


Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 38


Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 39


Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)


Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana ysng dikehendaki oleh Allah untuk ia melakukan amal yang soleh iaitu amal yang dilakukan yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 57


Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.


SIAPAKAH ORANG ZALIM MENURUT AL-QURAN


30.Surah Ar-Rūm ayat 29


Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.


JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLLEH


10.Surah Yūnus ayat 9

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 23


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 24


Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.


Sebenarnya, tidak ada orang yang tidak ada waktu, semua mempunyai waktu selama 24 jam cuma mahu atau tidak mahu saja untuk melakukan sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


Orang yang berkata dia tidak ada waktu sebenarnya orang itu tidak mahu


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI