SIAPAKAH ORANG YANG SEDANG MEMOHON

Tunjukilah kami jalan yang lurus


Yang pasti dimakbulkan oleh Allah.


ORANG YANG MELAKUKAN PERINTAH ALLAH


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, adalah merupakan orang yang sedang memohon sepertimana didalam firman Allah


Surah Al-Fātiĥah ayat 6


Tunjukilah kami jalan yang lurus.


1.Surah Al-Fātiĥah ayat 7


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


YANG MERUPAKAN AMAL YANG MAKBUL


Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

(35.Surah Fāţir ayat 10)


APAKAH JALAN YANG LURUS YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN ?


Ini boleh dilihat didalam firman Allah pada


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


Dengan ini menunjukkan sedang memohon "Tunjukilah kami jalan yang lurus." juga membawa makna "jadikan kami sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik" yang pasti dimakbulkan oleh Allah


Kenapa dikatakan sedang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Adalah sedang memohon "Tunjukilah kami jalan yang lurus." juga membawa makna "jadikan kami sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik" yang pasti dimakbulkan oleh Allah ?


Ini boleh dirujuk didalam firman Allah pada


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


4.Surah An-Nisā' ayat 70


Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).


Apa yang dijanjikan oleh Allah ialah Allah akan pimpin orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Kejalan yang lurus, oleh kerana jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, bermakna


Apa yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Ialah Allah akan jadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.


Bersih daripada sebarang syirik bermakna tidak akan melakukan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi. Tidak melakukan sebarang syirik membawa makna mengesa atau mentauhidkan Allah


Oleh yang demikian, bagi orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan.


Mereka ini iaitu yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Akan dilimpah kurniakan oleh Allah dengan mengesa atau mentauhidkan Allah.


Firman Allah yang memperjelaskan bahawa mengesa atau mentauhidkan Allah adalah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia.


12.Surah Yūsuf ayat 37


Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan ugama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.


12.Surah Yūsuf ayat 38


"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.


Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mengubah janjiNya


30.Surah Ar-Rūm ayat 6


Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


10.Surah Yūnus ayat 44


Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.


PERSOALANNYA! sudahkan seseorang itu melakukan sepertimana yang telah Allah janjikan supaya ia akan diberikan oleh Allah apa yang telah dijanjikan tersebut


Persoalan ini juga ada termaktub didalam firman Allah pada


2.Surah Al-Baqarah ayat 80


Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):


"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"


Ini membuktikan bahawa orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan.


Mereka sedang memohon "Tunjukilah kami jalan yang lurus." juga membawa makna sedang memohon "jadikan kami sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik" atau sedang memohon "limpahkan kepada kami dengan mengesa atau mentauhidkan Allah" yang pasti dimakbulkan oleh Allah


Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Disini ada dua perkara


Yang pertama "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"


Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.


Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"


Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(2.Surah Al-Baqarah ayat 257)


Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

(5.Surah Al-Mā'idah ayat 16)


Oleh yang demikian setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah atau yang mana satu firman Allah atau sabda Rasulullah saw yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau akan mengeluarkan badan diri sendiri dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.


Dan mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara untuk melakukan perintah Allah dan RasulNya, yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau akan mengeluarkan badan diri sendiri dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.


JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI"


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


Saya pun sedang mencari seorang "AHLUZZIKRI" untuk bertanya.


Kesimpulan orang yang sedang memohon


"Tunjukilah kami jalan yang lurus" bukan orang yang melafazkan perkataan "Tunjukilah kami jalan yang lurus" tetapi orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu mengikut firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI