SIAPAKAH ORANG YANG ALLAH JANJI AKAN JADIKAN IA SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK ?
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN TENTANG HAMBA-HAMBA YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK
Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 35)
Serta mereka berkata: "Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 36)
(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 37)
Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
37.Surah Aş-Şāffāt ayat 38
Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 39)
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 40)
Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 41)
Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 42)
Di dalam syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 43)
Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 69)
Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 70)
Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 71)
Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 72)
Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran,
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 73)
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 74)
Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 75)
Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 76)
Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 77)
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
37.Surah Aş-Şāffāt ayat 78
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam !"
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 79)
Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 123)
(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 124)
"Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 125)
"Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 126)
Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 127)
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan mendapat sebaik-baik balasan).
37.Surah Aş-Şāffāt ayat 128
Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 129)
"Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!"
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 130)
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 131)
Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 132)
Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 133)
(ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 134)
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 135)
Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 136)
Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 137)
Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
37.Surah Aş-Şāffāt ayat 138
Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 139)
(Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 140)
(Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 141)
Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 142)
Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 143)
Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 144)
Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 145)
Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 146)
Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 147)
(Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
37.Surah Aş-Şāffāt ayat 148
(Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 149)
Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 150)
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 151)
"Allah beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 152)
(Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah yang menciptakannya)?
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 153)
Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 154)
Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 155)
Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 156)
(Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 157)
(Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
37.Surah Aş-Şāffāt ayat 158
Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 159)
Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 160)
Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 161)
Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 162)
kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang-julang.
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 163)
(Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 164)
"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 165)
"Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!"
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 166)
Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 167)
"Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
37.Surah Aş-Şāffāt ayat 168
"Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 169)
(Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
(37.Surah Aş-Şāffāt ayat 170)
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SATU JALAN YANG LIRUS YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
"YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH JALAN YANG LURUS". JALAN YANG LURUS IALAH JALAN ALLAH
42.Surah Ash-Shūraá ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
42.Surah Ash-Shūraá ayat 53
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA NABI MUHAMMAD HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS
23.Surah Al-Mu'minūn dari ayat 62 - 75
- Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.
- (Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;
- Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.
- (Lalu dikatakan kepada mereka): "Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.
- “(Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang
- “Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari".
- Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?
- Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?
- Atau kerana mereka mengatakan: "Dia kena penyakit gila?" (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa ugama yang tetap benar, dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.
- Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;
- Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
- Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;
- Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.
- Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN TENTANG URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS
16.Surah An-Naĥl ayat 9
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN DAN BERIKAN PETUNJUK, MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)
ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KAJALAN YANG LURUS IAITU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SEPERTI YANG TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4.Surah An-Nisā' ayat 70
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah untuk melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Sehingga akan berlaku sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah yang termaktub didalam firmanNya pada
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Oleh kerana jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, "DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS." Membawa maksud tentulah kami jadikan mereka sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
Dengan ini memperjelaskan bahawa bukan seseorang itu membersihkan dirinya daripada melakukan sebarang perbuatan syirik tetapi Allah yang akan jadikan seseorang yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Disini ada dua perkara
Yang pertama "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.
Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"
2.Surah Al-Baqarah ayat 257
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Setiap seorang mesti tahu apakah perintah yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan mempunyai hikmah akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid
Dan bagaimana jalan dan cara untuk melakukannya mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maksudnya apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang mana satu ?
JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI"
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
16.Surah An-Naĥl Ayat 43
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI" jika kamu tidak mengetahui.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan