ORANG YANG KHUSYUK IALAH ORANG YANG SUDAH BERTEMU DENGAN ALLAH
2.Surah Al-Baqarah ayat 45
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
2.Surah Al-Baqarah ayat 46
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Firman Allah pada 29.Surah Al-`Ankabūt ayat 5
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Barangsiapa yang berharap akan bertemu dengan Allah, waktunya pasti datang,
Syarat untuk bertemu dengan Allah cuma mesti percaya dan berharap akan pertemuan dengan Allah, waktunya pasti akan tiba mengikut sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah.
Diantara sifat orang yang percaya yang ia akan bertemu dengan Allah ialah ia sentiasa berharap akan pertemuan dengan Allah sepertimana firman Allah pada
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Tanda orang yang percaya dan sedang berharap yang ia akan bertemu dengan Allah, ia akan menghabiskan masanya untuk mengerjakan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik, Amal yang dilakukan dengan tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi adalah merupakan amal yang solleh.
Orang yang mengerjakan amal yang solleh iaitu dengan melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik atau dengan kata lain tidak mempersekutukan sesiapapun didalam ibadatnya kepada tuhannya iaitu Allah, inilah orang yang berharap dan percaya akan pertemuan dengan Allah, tunggulah dengan penuh kesabaran, masa pertemuan itu akan tiba mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah sepertimana firman Allah pada Surah Al-`Ankabūt ayat 5
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Dengan ini menunjukkan orang yang tidak melakukan amal yang soleh iaitu melakukan amal yang disertakan dengan sebarang perbuatan syirik menunjukkan orang tersebut sebenarnya ia tidak berharap dan ia tidak percaya yang ia akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah,
Namun demikian ada orang yang membantah keterangan dari firman Allah ini tanpa berdasarkan kepada sebarang keterangan dan tanpa berdasarkan kepada mana-mana firman Allah dan tanpa berdasar kepada mana-mana sabda Rasulullah saw dan tanpa berdasarkan kepada mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran
22.Surah Al-Ĥaj ayat 8
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;
22.Surah Al-Ĥaj ayat 9
Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;
11.Surah Hūd ayat 28
قَالَ يَا قَوْمِ أَرَأَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّي وَآتَانِي رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَارِهُونَ
Nabi Nuh berkata: "Wahai kaumku! Jika keadaanku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, serta Ia mengurniakan pangkat Nabi kepadaku dari sisiNya, kemudian bukti yang nyata itu menjadi kabur pada pandangan kamu
(disebabkan keingkaran kamu yang telah sebati), maka adakah kamu nampak ada gunanya Kami memaksa kamu menerima bukti itu sedang kamu tidak suka kepadanya?
11.Surah Hūd ayat 29
وَيَا قَوْمِ لَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مَالًاۖ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى اللَّهِۚ وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الَّذِينَ آمَنُواۚ إِنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَلَٰكِنِّي أَرَاكُمْ قَوْمًا تَجْهَلُونَ
Dan (ketahuilah) wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menyampaikan ugama Allah itu, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata; dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (sebagaimana yang kamu minta itu), kerana sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka (dan pada hari itu mereka akan menuntut dan menerima hak masing-masing); tetapi aku nampak kamu semua, kaum yang tidak mengetahui apa yang mesti diketahui.
ISRAK
1. Jibril datang kerumah Nabi dan membawa Baginda ke Masjidilharam
2. Sebelum perjalanan, Jibril membawa Rasulullah ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci hati Rasulullah, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.
3. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.
MIKRAJ
1. Dari Baitul Maqdis naik ke langit
2. Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di setiap tingkat, ada penjaga Dan Nabi Allah yang menyambut.
3. Langit 1, berjumpa Nabi Adam. Maksud Adam - tiada
4. Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa. Maksud yahya - yang hidup. Maksud Isa - penyelamat
5. Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf. Maksud yusuf - bertambah - tuhan yang menembahkan
6. Langit 4, berjumpa Nabi Idris. Maksud idris - penghurai atau penyebar ilmu pengetahuan
7. Langit 5, berjumpa Nabi Harun - maksud Harun - mulia, besar, unggul, penuh kebijaksanaan
8. Langit 6, berjumpa Nabi Musa- maksud musa - penyelamat
9. Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim. Maksud Ibrahim - penguasa yang baik
10. Melawat Syurga dan Neraka.
11. Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
12. Naik ke sidratulmuntaha (puncak kesedaran)
13. Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
14. Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.
15. Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.
16. Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
17. Pulang semula ke Mekah.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan