JANGAN BERSEDIH DAN JANGAN TAKUT, ALLAH BERSAMA KAMU
Timbulnya kesedihan didalam menjalani kehidupan seharian kerana fikiran telah dibawa kemasa yang lepas, dan timbulnya ketakutan didalam menjalani kehidupan seharian kerana fikiran dibawa kemasa hadapan
Jangan bersedih maksudnya jangan membawa fikiran kemasa yang lepas, maksudnya masa yang lepas jangan difikirkan lagi, biarlah ia berlalu sebagai sejarah dalam hidup
Jangan takut maksudnya jangan membawa fikiran kemasa depan,
Jalani kehidupan dengan kesedaran apa yang berlaku pada masa sekarang, disaat dan ketika ini, kita tidak akan boleh kembalikan masa yang lepas, dan masa hadapan kita pula bergantung kepada apa yang dilakukan saat ini dan sekarang, jika apa yang dilakukan sekarang baik maka baiklah masa hadapan yang akan dilalui.
9.Surah At-Tawbah ayat 40
إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَاۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَاۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 139
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
41.Surah Fuşşilat ayat 30
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
SEBELUM MENDAPAT ILHAM DARI ALLAH, TIDAK AKAN ADA SEORANG PUN YANG TAHU APA ITU KITAB (AL-QURAN) DAN APA ITU IMAN.
42.Surah Ash-Shūraá ayat 51
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.
42.Surah Ash-Shūraá ayat 52
Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,
42.Surah Ash-Shūraá ayat 53
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
UNTUK MENEGASKAN BAHAWA "TUHAN KAMI IALAH ALLAH"
Setiap orang mesti menyedari yang ia tidak boleh sekutukan Allah samada dengan
- melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, timbulkan kesedaran kepada badan diri sendiri bahawa ia telah melakukan syirik yang nyata.
- merasakan sifat ketuhanan yang ternyatakan pada badan diri sendiri sebagai sifat badan diri sendiri, setiap badan diri sendiri mesti melatih untuk membina kesedaran hanya Allah yang bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan, jika ia merasakan yang badan dirinya mempunyai atau memiliki sifat ketuhanan samada yang telah diperkatakan dengan lisan lidahnya, difikirkan dengan fikirannya atau yang ada didalam lintasan hatinya, bermakna ia telah dan sedang melakukan syirik yang tersembunyi.
- menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri sebagai sifat ketuhanan Allah. Ia mesti menyedari yang ia tidak boleh samada memperkatakan dengan lisan lidahnya, memikirkan dengan fikirannya dan ada didalam lintasan hatinya yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah diketika ia masih dan sedang merasai keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri, jika ia samada memperkatakan dengan lisan lidahnya, memikirkan dengan fikirannya dan ada didalam lintasan hatinya yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah diketika ia masih dan sedang merasai keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri, akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan dirinya itu adalah sifat ketuhanan Allah, jika ini berlaku bermakna ia sedang melakukan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Setiap badan diri sendiri mesti berusaha supaya ia menyedari
- setiap apa yang dilakukan
- setiap apa yang diperkatakan dengan lisan lidahnya
- setiap apa yang difikirkan dengan fikirannya dan
- setiap apa yang terlintas didalam hatinya
bukanlah sesuatu perkara yang apabila dilakukan perkara tersebut akan menyebabkan ia telah melakukan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan ia sedang melakukan perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi dan jangan lakukan perkara tersebut.
Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan ia sedang melakukan perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, baru akan menimbulkan kesedaran yang sedang menyedari kepada sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri itu ialah sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Setelah menyedari sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri ialah sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.
Barulah dilakukan supaya timbul pula kesedaran yang sedang menyedari bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah itu ialah sebenarnya sifat ketuhanan Allah atau dengan kata lain barulah akan berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, ialah sebenarnya sifat ketuhanan Allah.
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
Untuk berlaku "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, ialah sebenarnya sifat ketuhanan Allah, boleh dilakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah pada
Surah Al-Muzammil ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada
Surah Al-'Isrā' ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada
7.Surah Al-'A`rāf ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa ada Allah.
Diketika sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa ada Allah, disinilah akan hilangnya keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri.
DENGAN MELAKUKAN JALAN DAN CARA SEPERTI DIATAS INI, SEDANG BERLAKU PENEGASAN BAHAWA "TUHAN KAMI IALAH ALLAH"
Bukan ada yang diperkatakan dengan lisan lidahnya, bukan yang difikirkan dengan fikirannya dan bukan yang ada didalam lintasan hatinya, tetapi yang berlaku dengan melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah pada
Surah Al-Muzammil ayat 8
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan