SETIAP SEORANG MESTI YAKIN TANPA RAGU, SEBELUM DILAHIRKAN KEDUNIA INI, IA TELAH MENYAKSIKAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHANNYA, SEPERTI YANG DIFIRMANKAN OLEH ALLAH

"BUKANKAH AKU TUHAN KAMU?" MEREKA SEMUA MENJAWAB, "BENAR (ENGKAULAH TUHAN KAMI), KAMI MENJADI SAKSI"

(Surah Al-'A`rāf ayat 172)


Tetapi setelah lahir didunia ini, ramai dikalangan manusia telah lupa untuk menyaksikan bahawa Allah adalah tuhan yang sebenar-benarnya.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 171


وَإِذْ نَتَقْنَا الْجَبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوا أَنَّهُ وَاقِعٌ بِهِمْ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): "Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa"


20.Surah Ţāhā ayat 133


وَقَالُوا لَوْلَا يَأْتِينَا بِآيَةٍ مِّن رَّبِّهِۚ أَوَلَمْ تَأْتِهِم بَيِّنَةُ مَا فِي الصُّحُفِ الْأُولَىٰ


Dan mereka yang kafir berkata: "Mengapa ia tidak membawa kepada kami satu tanda mukjizat dari Tuhannya yang membuktikan kebenarannya?" Bukankah telah datang kepada mereka berbagai-bagai keterangan dan khasnya Al-Quran yang menjadi kenyataan yang menerangkan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab yang dahulu?


53.Surah An-Najm dari ayat 33 hingga ayat 49


33. Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?


34. Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?


35. Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?


36. Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -


37. Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?


38. (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);


39. Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;


40. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);


41. Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;


42. Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);


43. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;


44. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;


45. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan,


46. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);


47. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);


48. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;


49. Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;" (bintang paling terang dilangit)


Satu surah didalam Al-Quran yang menerangkan apa yang terkandung didalam kitab-kitab Nabi Musa dan didalam kitab-kitab nabi Ibrahim


Surah Al-'Ala


1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -


2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;


3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);


4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,


5. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.


6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,


7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.


8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.


9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);


10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;


11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,


12. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),


13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.


14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),


15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).


16. (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;


17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -


19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA TUHANMU DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU


CARA HENDAK MENYEBUT NAMA TUHANMU BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT APA YANG TURSURAT DAN APA YANG TERSIRAT PADA


Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa keberadaan Allah


AKUILAH KESUCIAN ALLAH DENGAN BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH


36.Surah Yā-Sīn ayat 83


فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan melakukan jalan dan cara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


33.Surah Al-'Aĥzāb (Ayat 41 hingga ayat 48)


41. Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;


33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 42


Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.


33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 43


Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).


33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 44


Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.


33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 45


Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).


33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 46


Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.


33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 47


Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.


33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 48


Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).


7.Surah Al-'A`rāf ayat 172


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


Allah telah berfirman didalam Al-Quran tentang HAKIKAT TAUHID ini sebagai peringatan kepada kesuluruhan umat manusia, sepertimana firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 173


Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"


7.Surah Al-'A`rāf ayat 174


Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).


Sebenarnya setiap detik dan saat didalam menjalani kehidupan didunia ini, Allah sentiasa menjelaskan "AKULAH TUHAN KAMU",


Firman Allah pada


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 92


إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ


Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 93


وَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْۖ كُلٌّ إِلَيْنَا رَاجِعُونَ


(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 52


وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ


Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 53


فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ زُبُرًاۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ


Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.


38.Surah Şād ayat 84


قَالَ فَالْحَقُّ وَالْحَقَّ أَقُولُ


Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan


tetapi ramai yang tidak menyaksikan bahawa Allah adalah tuhan. mereka lupa kepada hakikat tauhid yang mereka telah bersaksi dengannya.


Sedangkan didalam Al-Quran Allah telah memperjelaskan dengan berbagai cara tentang perlunya setiap orang melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid,


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


Tetapi ramai dikalangan manusia tidak akan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, kecuali sedikit diantara manusia yang akan melakukannya


Tentang perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah didalam firmanNya pada


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


4.Surah An-Nisā' ayat 70


Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).


Jadi setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Dan bagaimana jalan dan cara yang perlu dilakikan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU.


Jika tidak tahu, tidak boleh menghurai dan menerangkan, bagaimana seseorang boleh melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu.


JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI"


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI