JANGANLAH KAMU TAKUT JANGANLAH KAMU BERSEDIH

41.Surah Fuşşilat ayat 30


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.


Orang-orang yang melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Maksudnya orang-orang yang melaksanaksn perintah Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan akan berlakunya penyaksisn dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksisn dan pengskuan kepada Allah yang mengenal Allah sehingga akan jilangnya keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.


Akan turunlah malaikat kepada mereka dari semada kesemasa dengan memberi ilham


42.Surah Ash-Shūraá ayat 51


Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.


42.Surah Ash-Shūraá ayat 52


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,


42.Surah Ash-Shūraá ayat 53


Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


Jangan kamu bimbang / takut


Apa yang akan menimbulkan kebimbangan atau ketakutan ialah seseorang itu membiarkan fikirannya kembali kepada masa lalu,


Akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa kesemasa dengan memberi ilham jangan kamu bimbang dengan maksud malaikat akan mengilhamkan supaya menghalang fikirannya dari memikirkan tentang masa lalu yang akan menyebabkan fikiran seseorang itu tidak kembali kemasa lalu yang akan menimbulkan kebimbangan atau ketakutan


Jangan kamu berdukavita : bersedih


Apa yang akan menimbulkan kesedihan ialah apabila seseorang itu membenarkan fikirannya memikirkan tentang masa depan.


Akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa kesemasa dengan memberi ilham jangan kamu berdukacita /bersedih dengan maksud malaikat akan mengilhamkan supaya menghalang fikirannya dari memikirkan tentang masa depan yang akan menyebabkan fikiran seseorang itu tidak memikirkan tentang masa hadapan yang akan menimbulkan dukacita dan kesedihan.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI