SURAH AL-FATIHAH IALAH KUNCI PEMBUKA, APA YANG HENDAK DIBUKA OLEH KUNCI INI ?
UNTUK MEMBUKA PINTU PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH SUPAYA ORANG TERSEBUT TERHUBUNG DENGAN ALLAH DAN DIPIMPIN OLEH ALLAH KEJALAN YANG LURUS.
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
YANG MELIHAT, YANG MENDENGAR DAN YANG BERKATA-KATA IALAH ALLAH TELAH DIJELASKAN DIDALAM KALIMAH
بسم الله
IAITU BA = ب = Basirun - YANG MELIHAT
Sim = س = Sami’un = YANG MENDENGAR
Mim = م = mutakalliman = Yang berkata-kata.
IALAH Allah = الله
Basirun, sami’un dan mutakalliman ialah sifat Allah, Bukan sifat selain dari Allah..
Ini adalah lanjutan daripada ayat Al-Quran yang pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw..
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
.
Dan peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira.
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bersaksilah keatas sifat melihat, sifat mendengar dan sifat berkata-kata yang ada pada diri kamu itu dan sedang berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat melihat (Basor - ب), mendengar (sama’ - س), dan sifat yang berkata-kata (Mutakalliman - م) yang ada pada kamu adalah sifat ketuhanan Tuhanmu iaitu (Allah)
Seperti yang telah Allah firmankan pada Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Diawal setiap pekerjaan hendak didahulukan dengan بسم الله = Faham bahawa (ب ) melihat itu sifat Allah,
(س ) mendengar itu adalah sifat Allah
(م ) Yang berkata-kata atau bercakap itu adalah sifat Allah...
Basor, sama' dan Mutakalliman (Pandang, Dengar dan Bercakap) itu bukanlah sifat badan diri sendiri (yang selama ini telah disangka ada)...
Setelah berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa basor, sama' dan Mutakalliman بسم = adalah sifat Allah = بسم الله = bermakna disetiap permulaan didalam segala perbuatan badan diri sendiri telah pun mentauhid atau mengesakan Allah ...
- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
- Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
- Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
- Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
- Tunjukilah kami jalan yang lurus.
- Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Untuk memahami siapakah orang yang sedang memohon "Tunjukilah kami jalan yang lurus." setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan siapakah yang Allah telah janji untuk pimpin mereka ke jalan yang lurus.
Dan lakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah sehingga berlaku sepertimana yang telah dijanjikan pleh Allah tersebut, sepertimana
PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
(2.Surah Al-Baqarah ayat 80)
YANG PERLU DITANYA KEPADA BADAN DIRI SENDIRI DAN
JUGA YANG PERLU DIJAWAB OLEH SETIAP BADAN DIRI
SUDAHKAH SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...
Setiap seorang mesti tahu apakah yang telah dijanjikan oleh Allah dan bagaimana caranya untuk melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...
Didalam perbincangan ini setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan siapakah yang Allah telah janji untuk pimpin mereka kejalan yang lurus.
Orang yang Allah janji untuk pimpin mereka kejalan yang lurus terdapat penjelasannya didalam firman Allah pada
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, jadi maksud Allah pimpin kejalan yang lurus juga ialah Allah akan jadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
firman Allah yang telah memperjelaskan jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki pleh Allah, akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Dengan ini menunjukkan bahawa orang yang sedang melaksanakan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN.
Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus.
Dengan ini menunjukkan orang yang sedang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah menunjukkan perbuatan sedang melaksanakan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, jika dilafazkan dengan lisan lidah (perkataan) akan menjadi orang tersebut sedang melafazkan perkataan "tunjukilah kepada kami jalan yang lurus" sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah pada
1.Surah Al-Fātiĥah ayat 6
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
1.Surah Al-Fātiĥah ayat 7
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
sebenarnya orang yang sedang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah menunjukkan perbuatan sedang melaksanakan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah,
MERUPAKAN AMAL YANG MAKBUL SEPERTIMANA YANG DIFIRMANKAN OLEH ALLAH.
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.
(35.Surah Fāţir ayat 10)
Kerana dengan melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, maku berlakulah janji yang telah dijanjikan oleh Allah iaitu
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Dengan ini menunjukkan bahawa setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan bagaimana caranya untuk melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG BERKENAAN.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan