PENJELASAN DARIPADA FIRMAN-FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASAN BAHAWA ORANG YANG MENYEMBAH SELAIN DARIPADA ALLAH SEBENARNYA MEREKA SEDANG MENYEMBAH SYAITAN. PERBUATAN MENYEMBAH SYAITAN ADALAH MERUPAKAN PERBUATAN SYIRIK.

DIBAWAH JUGA DISERTAKAN FIRMAN ALLAH YANG MENUNJUKKAN SETIAP ORANG PERLU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK YANG DIAMBIL PELAJARAN UNTUK DIJADIKAN IKTIBAR DARI PERISTIWA NABI-NABI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN


DISINI BARU PENJELASAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG PERLUNYA SETIAP ORANG MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK ATAU JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


BELUM LAGI DIBICARAKAN TENTANG BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN JALAN DAN CARA YANG TERSEBUT MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH IAITU APA YANG DILAKUKAN AKAN DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH DAN SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA.


Firman Allah pada Surah Maryam dari ayat 36 hingga ayat 60


36. Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul - lurus ".


37. Kemudian, golongan-golongan (dari kaumnya) itu berselisihan sesama sendiri. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang kafir (yang berselisihan) itu, dari apa yang disaksikan pada hari yang besar huru-haranya.


38. Sungguh jelas pendengaran dan penglihatan mereka yang kafir itu semasa mereka datang mengadap Kami pada hari akhirat. Tetapi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik, kufur dan maksiat) pada masa di dunia ini, berada dalam kesesatan yang nyata


39. Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada umat manusia seluruhnya tentang hari penyesalan iaitu hari diselesaikan perbicaraan perkara masing-masing pada masa mereka (yang ingkar) di dunia ini berada dalam kelalaian serta mereka pula tidak mahu beriman.


40. Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.


41. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.


42. Ketika ia berkata kepada bapanya:" Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?


43. " Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.


44. " Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu adalah menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA ORANG YANG BERTUHANKAN KEPADA SELAIN DARIPADA ALLAH, ORANG YANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN YANG LAIN ATAU ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK, SAMADA SYIRIK YANG NYATA, SYIRIK YANG TERSEMBUNYI ATAU SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, SEBENARNYA MEREKA SEDANG MENYEMBAH SYAITAN


Allah telah memperjelaskan perkara ini didalam firmanNya pada


4.Surah An-Nisā' ayat 117


Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;


4.Surah An-Nisā' ayat 118


Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);


4.Surah An-Nisā' ayat 119


"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka, lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.


4.Surah An-Nisā' ayat 120


Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.


4.Surah An-Nisā' ayat 121


Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.


DIANTARA SIFAT ORANG YANG AKAN MENGAMBIL SYAITAN SEBAGAI PEMIMPIN


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN ATAU AKAN MENJADI SARANG SYAITAN.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221


Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222


Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,


Siapakah pendusta ... ?


6.Surah Al-'An`ām ayat 148


Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. 


"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".


Cuba kita kembali kepada firman Allah 


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" - 


JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"


JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223


Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224


Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225


Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226


Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.


Orang yang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan sebenarnya mereka sedang berdusta sebab apa yang diperkatakan dengan apa yang dilakukan tidak selari atau tidak sama


Contoh


Apa yang diperkatakan hanya Allah yang bersifat dengan sifat ada sedang apa yang sedang dilakukan adalah orang yang telah memperkatakan hanya Allah yang bersifat dengan sifat ada sedang merasai akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.


Allah yang bersifat dengan sifat ada hanya berlaku pada perkataan yang diperkatakan tetapi tidak berlaku pada perbuatan yang sedang dilakukan kerana perbuatan yang dilakukan ialah orang yang telah memperkatakan Allah yang bersifat dengan sifat ada sedang merasai akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.


Apa yang akan terjadi kepada orang yang telah memperkatakan hanya Allah yang bersifat dengan sifat ada sedangkan ia sedang merasai akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri ialah akan berlaku sangkaan yang sedang menyangka bahawa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya yang telah disangka sebagai ada Allah


Sangkaan akan berlaku sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Allah didalam firman-firmanNya pada


10.Surah Yūnus ayat 36


Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.


10.Surah Yūnus ayat 66


Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.


53.Surah An-Najm ayat 28


Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).


6.Surah Al-'An`ām ayat 112


Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 113


Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 114


(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 115


Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.


6.Surah Al-'An`ām ayat 116


Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.


6.Surah Al-'An`ām ayat 117


Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.


Jauhi dari sangka-sangkaan dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang telah diperjelaskan oleh Allah didalam Al-Quran dengan berbagai cara


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar


Dambungan pada Surah Maryam ayat 45


45. " Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi Syaitan di dalam neraka".


46. (Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".


47. Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.


48. Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)".


49. Maka apabila ia berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan kedua-duanya Kami jadikan berpangkat Nabi.


50. Dan Kami kurniakan kepada mereka dari rahmat Kami, dan Kami jadikan bagi mereka sebutan dan pujian yang tinggi dalam kalangan umat manusia.


51. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah orang pilihan, dan adalah ia seorang Rasul, lagi Nabi.


52. Dan Kami telah menyerunya dari arah sebelah kanan Gunung Tursina, dan Kami dampingkan dia dengan diberi penghormatan berkata dengan Kami.


53. Dan Kami kurniakan kepadanya dari rahmat Kami, saudaranya: Harun, yang juga berpangkat Nabi.


54. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi.


55. Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!


56. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.


57. Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya.


58. Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.


59. Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),


60. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun,


BAGAIMANA CARA UNTUK BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK YANG DIAMBIL PELAJARAN YANG DIJADIKAN IKTIBAR DARI PERISTIWA NABI MUSA DAN KAUMNYA YANG ALLAH TELAH FIRMANKAN PADA


2.Surah Al-Baqarah ayat 54


Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,


maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; 


iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".


JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN PERINTAH "BUNUHLAH DIRI KAMU" TELAH DIPERJELASKAN DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


PENJELASAN DARIPADA FIRMAN ALLAH YANG MENUNJUKKAN JALAN YANG LURUS IALAH YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


Dengan ini "ORANG YANG DIPIMPIN OLEH ALLAH KEJALAN YANG LURUS" juga membawa maksud "ORANG YANG AKAN DIJADIKAN OLEH ALLAH SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"


Mereka ini yaitu orang yang telah melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada


Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

(4.Surah An-Nisā' ayat 70)


Untuk membolehkan seseorang itu melaksanakan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dengannya Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus atau Allah akan jadikan mereka sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan.


Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Dan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI