TUJUH LAPIS KESEDARAN YANG AKAN DIALAMI OLEH SEORANG PEJALAN KEROHANIAN DALAM PERJALANANNYA UNTUK BERTEMU ALLAH

65.Surah Aţ-Ţalāq ayat 10


‎أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًاۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ آمَنُواۚ قَدْ أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا


Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan.


65.Surah Aţ-Ţalāq ayat 11


‎رَّسُولًا يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِ اللَّهِ مُبَيِّنَاتٍ لِّيُخْرِجَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِۚ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًاۖ قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقًا


(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.


65.Surah Aţ-Ţalāq ayat 12


‎اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا


Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.


LAPIS KESEDARAN PERTAMA


kesedaran yang sedang menyedari keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri, kesedaran ini akan dialami oleh setiap orang yang meletakkan sifat ketuhanan sebagai sifat badan diri sendiri


LAPISAN KESEDARAN KEDUA


kesedaran yang sedang menyedari bahawa segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri sendiri ialah sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri


Kesedaran ini akan timbul setelah seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.


LAPISAN KESEDARAN KETIGA


kesedaran yang sedang menyedari bahawa segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri sendiri ialah sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.


Kesedaran ini akan timbul setelah seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Lapisan kesedaran pertama akan dan sedang dialami oleh setiap badan diri yang tidak bersedia untuk memperjalankan rohaninya untuk menuju kepada Allah atau untuk bertemu dengan Allah.


Orang yang akan memasuki kepada lapisan kesedaran kedua dan lapisan kesedaran ketiga ialah orang yang tahu, boleh menghurai dan boleh menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Dengan mengetahui perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, orang tersebut akan berusaha melatih badan dirinya supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Orang yang akan mengalami lapisan kesedaran kedua dan lapisan kesedaran ketiga ialah orang yang berusaha supaya badan dirinya tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


LAPISAN KESEDARAN KEEMPAT


kesedaran yang sedang mengalami "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada sifat ketuhanan Allah, kesedaran yang sedang menyedari bahawa sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri bukan sifat yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan bukan sifat yang disangka sebagai sifat Allah akan disaksi dan akan diakui sebagai sifat ketuhanan Allah setelah seseorang itu melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


LAPISAN KESEDARAN YANG KELIMA


kesedaran yang sedang mengalami "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang juga terhasil daripada seseorang itu melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


LAPISAN KESEDARAN YANG KEENAM


kesedaran yang sedang mengalami "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" kepada Allah yang sedang merasakan keberadaan Allah yang akan terhasil daripada seseorang itu melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


LAPISAN KESEDARAN YANG KETUJUH


kesedaran hilangnya keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri, yang akan terhasil daripada seseorang itu melakukan sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


Lapisan kesedaran keempat, kelima, keenam dan ketujuh akan dialami sendiri oleh sesiapa yang melakukan perintah Allah yang terkandung didalam firmanNya


Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI"


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


Saya pun sedang mencari seorang "AHLUZZIKRI" untuk bertanya.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI