JANGAN BERDEBAT MEMBANTAH APA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH DIDALAM Al-QURAN DAN YANG DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW DIDALAM HADISNYA.

Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah jalan dan cara yang perlu dilakukan sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah supaya ia akah dijadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik atau supaya oa akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus. Dan bagaimana untuk melakukan jalan dan cara yang tersebut juga mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


TERDAPAT PELBAGAI CARA YANG ALLAH TUNJUKKAN DIDALAM AL-QURAN TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


Atau perlunya setiap orang melakukan jalan dan cara untuk mengenal Allah


Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15)


Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16)


(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17)


"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18


`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

(79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19)


Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"


Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu


Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, supaya ia akah dijadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik atau supaya oa akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus. Dan bagaimana untuk melakukan jalan dan cara yang tersebut juga mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


Ia perlu melakukan sendiri apa yang diketahuinya sehingga ia akan mengalami sendiri apa yang telah ada didalam pengetahuannya.


Setelah mengalami sendiri keadaan yang tersebut, barulah ia akan menjadi seorang yang percaya tanpa ragu yang selalu disebut sebagai orang yang beriman dan berilmu. Apa yang telah dialaminya sendiri itulah ilmunya yang sebenarnya.


Didalam surah dan ayat yang lain seperti difalam Surah Al-Kahf dari ayat 54 hingga ayat 82 Allah berfirman memperjelaskan.


54. Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya (perdebatan)


Siapa yang akan berdebat ? Iaitu orang yang belum mengalami apa yang sepatut dialami apabila melakukan sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


Setelah mengalami sendiri pengalaman hasil daripada melakukan sendiri sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU.


Biarkanlah mereka yang suka berdebat kerana mereka tidak mempercayai akan pengalaman yang telah kita mengalami sendiri tersebut.


Kita tidak perlu memaksa orang lain supaya mempercayai pengalaman yang sudah kita alami sendiri, cukup menyampaikan saja jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah supaya akan mengalami pengalaman-pengalaman yang akan terhasil daripada seseorang melakukan sendiri sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah kerana Allah berfirman pada


2.Surah Al-Baqarah ayat 159


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Kebanyakkan dari manusia tidak pernah mengalami pengalaman yang akan terhasil daripada melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, oleh yang demikian apabila disampaikan ayat-ayat yang terkandung didalam Al-Quran mereka akan membantah dan berdebat kerana mereka tidak mengalami pengalaman-pengalaman yang akan terhasil daripada melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


Kenapa mereka tidak mendapat dan mengalami pengalaman-pengalaman tersebut ?


Kerana mereka tidak melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah,


Kenapa mereka tidak melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah yang terkandung didalam firman-firman Allah didalam Al-Quran ?


Kerana mereka tidak mempercayai dan mendustakan firman Allah sebelum mereka melakukan sepertimana yang telah dikehendaki oleh Allah yang telah difirmankanNya.


Kenapa boleh jadi sedemikian rupa ?


Kerana mereka lebih suka melakukan sesuatu MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW


Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:  


5.Surah Al-Mā'idah ayat 105


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. 


SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING 


Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”


[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


ATAU MEREKA LEBIH SUKA MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG


Firman Allah


43.Surah Az-Zukhruf ayat 86


Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).


43.Surah Az-Zukhruf ayat 87


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 

"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab:  "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?


43.Surah Az-Zukhruf ayat 88


Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"


43.Surah Az-Zukhruf ayat 89


(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya).


Orang yang tidak tahu, tidak boleh menghurai dan menerangkan apa yang telah dilakukan, ia lakukan mengikut dari firman Allah dan dari sabda Rasulullah saw yang mana satu, menunjukkan ia telah melakukan sesuatu perkara mengikut dari salah satu perkara samada mengikut dari pendapat atau pandangan sendiri atau mengikut dari cakap-cakap orang. Bukan mengikut apa yang dialami hasil dari pengalaman sendiri yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Mereka ini sedang memperkatakan sesuatu yang mereka tidak melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Ini akan menyebabkan mereka berada didalam keadaan sedang bersangka-sangka sepertimana firman Allah.


10.Surah Yūnus ayat 36


Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.


10.Surah Yūnus ayat 66


Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.


53.Surah An-Najm ayat 28


Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).


6.Surah Al-'An`ām ayat 112


Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 113


Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 114


(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 115


Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.


6.Surah Al-'An`ām ayat 11


Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.


6.Surah Al-'An`ām ayat 117


Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.


Jika sedang berada didalam situasi diatas perdebatan tidak boleh dihindari lagi.


Sambungan surah Al-kahf ayat 55


55. Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.


56. Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.


57. Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.


58. Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang ialah daripadanya.


59. Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.


IKTIBAR PENGAJARAN YANG BOLEH DIAMBIL DARIPADA PERISTIWA NABI MUSA HENDAK BELAJAR DARIPADA SEORANG HAMBA ALLAH DITEMPAT PERTEMUAN DUA LAUTAN


60. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".


Surah Al-Kahf ayat 61


61. Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.


Surah Al-Kahf ayat 62


62. Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".


Surah Al-Kahf ayat 63


63. Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".


Surah Al-Kahf ayat 64


64. Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.


18.Surah Al-Kahf ayat 65


Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.


18.Surah Al-Kahf ayat 66


Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"


18.Surah Al-Kahf ayat 67


Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.


18.Surah Al-Kahf ayat 68


Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?


18.Surah Al-Kahf ayat 69


Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".


18.Surah Al-Kahf ayat 70


Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".


ADAB NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN" SEHINGGA AKU CERITAKAN HALNYA KEPADAMU


Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan....


Lagi firman Allah 


18.Surah Al-Kahf ayat 71


Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? 


Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".


18.Surah Al-Kahf ayat 72


Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"


18.Surah Al-Kahf ayat 73


Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".


18.Surah Al-Kahf ayat 74


Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh 

satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"


18.Surah Al-Kahf ayat 75


Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"


18.Surah Al-Kahf ayat 76


Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".


18.Surah Al-Kahf ayat 77


Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"


18.Surah Al-Kahf ayat 78


Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.


18.Surah Al-Kahf ayat 79


Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.


18.Surah Al-Kahf ayat 80


Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.


18.Surah Al-Kahf ayat 81


Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.


18.Surah Al-Kahf ayat 82


Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".


Didalam peristiwa Nabi Musa hendak belajar sejenis Ilmu dari seorang hamba Allah ada tersembunyi pelajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk dilakukan sendiri oleh setiap badan diri sendiri


JIKA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR


Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

(12.Surah Yūsuf ayat 111)


SIAPAKAH ORANG YANG BERAKAL MENGIKUT KETERANGAN DARI ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA


‎إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)

(3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190)


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

(3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191)


UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERAKAL SEPERTIMANA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS, SETIAP SEORANG MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAI DAN MENERANGKAN JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN SENDIRI MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH SEHINGGA DIBERIKAN "INGAT KEPADA ALLAH"


JIKA BERSELISIH KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW DAN LAKUKAN SENDIRI MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH SEHINGGA AKAN MENGALAMI SENDIRI SEPERTIMANA YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH YANG TERSEBUT.


4.Surah An-Nisā' ayat 59


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


4.Surah An-Nisā' ayat 60


Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.


4.Surah An-Nisā' ayat 61


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.


4.Surah An-Nisā' ayat 62


Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)"


4.Surah An-Nisā' ayat 63


Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.


4.Surah An-Nisā' ayat 64


Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati  dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.


JAMINAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH RASULULLAH SAW MELALUI SABDANYA


Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

(Imam Malik)


UCAPAN YANG AKAN DIUCAPKAN OLEH ORANG-ORANG YANG BERIMAN APABILA MEREKA DIAJAK KEMBALI KEPADA AL-QURAN.


24.Surah An-Nūr ayat 51


51. Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.


2.Surah Al-Baqarah ayat 285


Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI