25 NABI-NABI

Dalam ajaran Islam, terdapat 25 nabi yang disebutkan dalam Al-Qur'an.


kisah para nabi bukan hanya sekadar cerita sejarah, tetapi juga mengandung pelajaran spiritual yang relevan bagi kehidupan manusia. Setiap nabi memiliki peranan dan misi khusus dalam membimbing umat manusia menuju jalan kebenaran.


kisah-kisah para nabi ini mengandung pelajaran-pelajaran berharga yang dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Pelajaran-pelajaran ini mencakup kesabaran, keteguhan, keadilan, belas kasih, dan penyerahan diri kepada kehendak Tuhan.


KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR


12.Surah Yūsuf ayat 111


Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.


Surah Hud ayat 120


Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.


berikut adalah 25 nabi yang disebutkan dalam Al-Qur'an, beserta 


 * Nabi Adam AS:


   Simbol potensi manusia untuk mencapai kesadaran tertinggi. Adam bukanlah sekadar manusia pertama, tetapi simbol dari potensi manusia untuk mencapai kesadaran tertinggi. Kisah Adam dan Hawa dimaknai sebagai perjalanan jiwa manusia dalam mengenal diri dan Tuhannya.


Maksud Adam diberi pasangan iaitu ialah Roh diberikan pasangan yang namanya jiwa, sehingga roh dengan jiwa itu tidak terpisahkan. Hakikat Adam dan hawa ada didalam diri setiap orang, Jadi Adam ialah kesedaran yang 100 % murni dan bersih.


Setelah diberikan pasangan iaitu nafsu yang diberikan penglihatan, pendengaran dan hati, ia akan mengambil sesuatu dari luar.


Informasi dari luar dinamakan Quldi, Jadi Adam dan hawa makan quldi bermakna kesedaran mulai dipengaruhi oleh informasi dari luar yang akan menjadi pengetahuan yang menghasilkan pengetahuan akan mempengaruhi dan menutupi kesedaran.


Syurga bermaksud berada dalam kesedaran, Neraka ketika seseorang itu ditutupi oleh pengetahuan dan bumi adalah wadahnya.


Ada dunia ada bumi, khalifah ada dalam dibumi, tak ada khalifah dalam dunia. Pengetahuan akan memaknai sesuatu.


Adam dan hawa diturunkan kebumi setelah memakan quldi membawa maksud, kesedaran yang murni telah dikotori oleh pengetahuan yang memaknai yang lain dari kesedaran yang sebenar. Maka kesedaran murninya akan turun menjadi kesedaran bumi.


Oleh yang demikian setiap orang wajib mempelajari supaya jiwa dan raganya (Adam dan hawa) tidak dipengaruhi oleh pengetahuan yang salah.


Mempelajari yang membawa maksud bertadarus


Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 79


79. Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.


Setiap hari setiap orang mesti belajar dan mengajar badan diri masing-masing supaya menjadi semakin baik dan supaya kembali kepada kesedaran yang asal (kembali kepada Allah)


Belajar dan mengajar badan diri sendiri (bertadarus) ini adalah dari makna Idris. Hidup adalah merupakan sekolah untuk mempelajari kehidupan.


 * Nabi Idris AS:


   Simbol pengetahuan dan kebijaksanaan.

 

* Nabi Nuh AS:


   Simbol kesabaran dan keteguhan dalam menghadapi cobaan. Nuh melambangkan kesabaran dan keteguhan dalam menghadapi cobaan. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya berpegang teguh pada kebenaran, meskipun dalam menghadapi penolakan dan cemoohan.


Didalam sebuah pembelajaran mempunyai perinsip akan menemukan keperihatinan, kepahitan menjalani kehidupan. Didalam keperihatinan, kepahitan menjalani kehidupan ini mengandungi petunjuk iaitu (HUD)


 * Nabi Hud AS:


   Simbol peringatan terhadap kesombongan dan keangkuhan. Hud adalah simbol dari peringatan terhadap kesombongan dan keangkuhan. Kisahnya mengingatkan akan pentingnya merendahkan diri di hadapan Tuhan dan menjauhi perilaku yang merusak.


Adam adalah kesedaran yang sedang mengalami turun kesedarannya, disini ia perlu belajar, dari belajar ini ia akan mendapat keperihatinan dari penderitaan yang dialami itu akan membawa pulang kepada kesedaran yang asal


Firman Allah pada surah Ad-Dhuha ayat 7


Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)?


Setelah mendapat petunjuk akan menjadi seorang yang solleh (setelah nabi Hud diutus pula Nabi Solleh)


 * Nabi Saleh AS:


   Simbol keadilan dan keberanian dalam melawan ketidakadilan. Saleh melambangkan keadilan dan keberanian dalam melawan ketidakadilan. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya membela kebenaran dan melawan penindasan.


Setiap orang mesti mempunyai kesedaran yang ia tidak akan boleh menerangkan tentang Allah kerana Allah tidak akan terterangkan dengan apa cara sekalipun


18.Surah Al-Kahf ayat 109


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah memperjelaskan jika ditambah lagi 7 air lautan yang dijadikan dakwat untuk menerangkan tentang Allah tetap tidak akan terterangkan


31.Surah Luqmān ayat 25


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". 


Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


31.Surah Luqmān ayat 26


Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


31.Surah Luqmān ayat 27


Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


31.Surah Luqmān ayat 28


(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Lagi sekali ditegaskan, Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Walaupun Allah menegaskan bahawa Allah tidak boleh diterangkan walau dengan apa cara sekalipun tetapi ramai yang masih ingin dan berusaha dan mencari penerangan tentang Allah dan memperkatakan Allah begitu dan begini..


JALAN KELUAR YANG ALLAH TELAH TUNJUKKAN KEPADA SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH ...


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"


Setelah sedar yang Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara seklipun, disiplinkan badan diri sendiri supaya ia tidak akan berusaha untuk menerangkan tentang Allah,


Sebenarnya bercerita dan berusaha untuk menerangkan tentang Allah yang tidak terceritakan menunjukkan orang tersebut sedang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah


Surah Al-Ankabut ayat 68


Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?


Diantara janji Allah kepada orang beriman dan beramal soleh iaitu orang yang melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


29.Surah Al-`Ankabūt ayat 5


Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


29.Surah Al-`Ankabūt ayat 6


Dan sesiapa yang berjuang, maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.


29.Surah Al-`Ankabūt ayat 7


Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.


Dengan ini menunjukkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh iaitu orang yang melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi adalah merupakan seorang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah,


Mereka ini telah dijamin oleh Allah "PASTI TANPA RAGU MEREKA AKAN BERTEMU DENGANNYA" seperti yang telah difirmankan oleh Allah "maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan sampai"


Yang perlu dilakukan oleh setiap orang ialah ia mesti berusaha melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sepertimana firman Allah pada


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU.


Supaya ia akan menjadi seorang yang "BERHARAP DAN PERCAYA" yang ia pasti akan "BERTEMU DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH"


Setiap orang mesti berlatih untuk membina kesedaran kepada dirinya yang ia tidak boleh membersihkan dirinya daripada melakukan sebarang perbuatan syirik, tetapi ia boleh melakukan perintah Allah dan RasulNya yang apabila dilakukan perintah tersebut Allah akan jadikan ia sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang perbuatan syirik.


Ada firman Allah yang memperjelaskan bahawa yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan, ini diterangkan didalam firman Allah pada


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


KETERANGAN DARI AL-QURAN TENTANG ALLAH YANG AKAN MEMBERI PETUNJUK HIDAYAH KE JALAN YANG LURUS


81.Surah At-Takwīr ayat 25


Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.


81.Surah At-Takwīr ayat 26


(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?


81.Surah At-Takwīr ayat 27


Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:


81.Surah At-Takwīr ayat 28


Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang betul (lurus)


81.Surah At-Takwīr ayat 29


Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.


Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman memperjelaskan bahawa URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS HANYA TERTENTU KEPADA ALLAH


16.Surah An-Naĥl ayat 9


Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).


Dari keterangan seperti diatas, menunjukkan bahawa jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah mereka yang Allah hapuskan segala perbuatan syirik, hasil daripada mereka malakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


Orang yang berjalan diatas jalan yang lurus ialah orang yang telah Allah bersihkan mereka dari melakukan sebarang perbuatan syirik setelah mereka melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Segala Amal yang dilakukan oleh orang yang Allah telah jadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik akan menjadi amal yang soleh.


Orang yang melakukan perintah Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, Allah akan jadikan ia sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik, inilah yang merupakan orang yang percaya dan berharap akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah dan sudah tentu (pasti), mereka akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah, Ini janji yang telah dijanjikan oleh Allah dan Allah tidak pernah mengubah janjiNya


30.Surah Ar-Rūm ayat 6


Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


10.Surah Yūnus ayat 44


Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.


JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK


Firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 43


Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN, JIKA TIDAK DIPIMPIN DAN DIBERIKAN PETUNJUK OLEH ALLAH MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT


Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)


Mulai dari saat ini juga, Setiap orang mesti berusaha untuk menyedarkan badan dirinya sendiri yang ia mesti berusaha untuk menjadi seorang yang akan dipimpin oleh Allah yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


Solleh maksudnya sempurna dan meletakkan sesuatu pada tempatnya


Amal solleh ialah amal yang dilakukan yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


 * Nabi Ibrahim AS:


   Simbol penyerahan diri total kepada kehendak Tuhan. Kisah Ibrahim dan pengorbanan putranya, Ismail, dimaknai sebagai simbol dari penyerahan diri total kepada kehendak Tuhan. Ibrahim adalah teladan dalam mencari kebenaran dan melawan segala.


Berfikir logik untuk kembali kepada kesedaran yang sebenar, setiap orang diberikan akal untuk mengerti.


Orang yang berakal mengikut Al-Quran


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


APAKAH YANG TELAH ALLAH AJARKAN TENTANG CARA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH


CONTOH YANG ALLAH AJARKAN TENTANG BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU" seperti didalam firman Allah


2.Surah Al-Baqarah ayat 198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), 


DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.


Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan  “SALAH JALAN IBADATNYA”


Ada dikalangan manusia yang membantah tentang apa yang telah Allah ajarkan ini dengan membuatkan kenyataan "APA PERLUNYA NAK DISEBUT-SEBUT LAGI" sedangkan ini adalah cara yang telah Allah ajarkan untuk INGAT KEPADA ALLAH...


Kenyataan seperti ini telah menyalahi dengan kenyataan yang terdapat didalam firman Allah tentang bagaimana cara nak ingat kepada Allah


Berhubung dengan perkara ini Allah telah memperjelaskan didalam Surah Al-'Isrā' dari ayat 36 hingga ayat 39


Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 37


Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 38


Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 39


Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)


4.Surah An-Nisā' ayat 59


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH PULA DAPAT DILAKUKAN SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


 * Nabi Luth AS:


   Simbol perjuangan melawan kemaksiatan dan kerusakan moral. Luth adalah simbol dari perjuangan melawan kemaksiatan dan kerusakan moral. Kisahnya mengingatkan akan pentingnya menjaga kesucian diri dan menjauhi perbuatan yang dilarang oleh Tuhan.


Setelah melakukan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Allah akan pimpin kejalan yang lurus


4.Surah An-Nisāk ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisāk ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā'k ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


 * Nabi Ismail AS:


   Simbol ketaatan total kepada perintah Allah SWT.


Tetap taat melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya)


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


 * Nabi Ishaq AS:


   Simbol anugerah dan keberkahan.


Boleh memilih mana yang benar dan mana yang salah.


Surah Ali Imran ayat 4


Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).


Surah Al-Furqan ayat 1


Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.


Boleh memilih yang benar itulah makna Ishak pada kita.


 * Nabi Yakub AS:


   Simbol ketabahan dalam menghadapi ujian.


Mulai mengerti semua data, setelah ditapis (Ishak), dan boleh membuat kesimpulan itulah yaakob.


 * Nabi Yusuf AS:


   Simbol kesabaran, keteguhan, dan kemampuan untuk memaafkan. Yusuf melambangkan kesabaran, keteguhan, dan kemampuan untuk memaafkan. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya menghadapi cobaan dengan sabar dan memaafkan orang yang telah berbuat salah.


Mempunyai vision.


 * Nabi Ayub AS:


   Simbol kesabaran yang luar biasa dalam menghadapi ujian dari Tuhan. Ayub melambangkan kesabaran yang luar biasa dalam menghadapi ujian dari tuhan. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya berserah diri dan percaya kepada kehendak tuhan.


Terkenal dengan sakitnya. Ada sakit ada penderitaan. Sakit tidak dapat dielakkan, tetapi menderita dari kesakitan merupakan pilihan.


Didalam menjalankan semua vision untuk mencapai kesedaran yang benar, kita pasti mengalami yang namanya kesakitan. Tetapi mahu menderita dengan kesakitan atau tidak itu pilihan. Ini bergantung kepada bagaimana seseorang menjalaninya.


Jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk bersabar sepertimana didalam firman Allah


BILA RASA TAKUT,


ATAU SEDANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYAI DIRI SENDIRI, SEBUT DAN INGATLAH KEPADA ALLAH - INILAH CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK HIDAYAH ALLAH DAN MERUPAKAN SIFAT ORANG YANG MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH


FIRMAN ALLAH


2.Surah Al-Baqarah ayat 155


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


2.Surah Al-Baqarah ayat 156


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah 

jualah kami kembali."


2.Surah Al-Baqarah ayat 157


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


Apabila kita mengalami perasaan takut, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada perasaan takut itu didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya..  


Apabila kita mengalami perasaan dan berada didalam keadaan kelaparan, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada keadaan kelaparan itu sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya...


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 135


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 136


Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.


Bila kita sedang berada didalam keadaan sedang menganiayai diri sendiri (berlaku syirik), tumpukan sebulat tumpuan kepada keadaan tersebut, didalam masa yang sama ingatlah kepada Allah dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya..


 * Nabi Syuaib AS:


   Simbol kejujuran dalam berdagang dan berinteraksi.


 * Nabi Musa AS:


   Simbol perjuangan melawan kezaliman dan penindasan. Musa melambangkan perjuangan melawan kezaliman dan penindasan. Perjalanannya menuju Gunung Sinai dimaknai sebagai perjalanan spiritual menuju pencerahan dan penerimaan wahyu.


 * Nabi Harun AS:


   Simbol pendamping setia dalam perjuangan menegakkan kebenaran.


 * Nabi Dzulkifli AS:


   Simbol kesabaran dan keteguhan dalam menepati janji.


 * Nabi Daud AS:


   * Simbol kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin.


 * Nabi Sulaiman AS:


   Simbol kekuasaan, kebijaksanaan, dan rasa syukur. Sulaiman melambangkan kekuasaan, kebijaksanaan, dan rasa syukur. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya menggunakan kekuasaan untuk kebaikan dan selalu bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Tuhan.


BERIBADAT UNTUK MENYEBUT NAMA TUHANMU SEBAGAI TANDA BERSYUKUR”


20.Surah Ţāhā ayat 130


Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).


22.Surah Al-Ĥaj ayat 34


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat


22.Surah Al-Ĥaj ayat 35


Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.


 * Nabi Ilyas AS:


   Simbol keberanian dalam menyerukan kebenaran.


 * Nabi Ilyasa AS:


   Simbol penerus perjuangan dalam menegakkan ajaran Tuhan.


 * Nabi Yunus AS:


   Simbol kesadaran dan pertobatan. Yunus melambangkan tentang pentingnya kesadaran dan pertobatan. Kisahnya mengajarkan bahwa setiap manusia akan melakukan kesalahan, dan tuhan maha penerima taubat.


 * Nabi Zakariya AS:


   Simbol kesabaran dalam berdoa dan keyakinan akan pertolongan Tuhan. Zakariya melambangkan kesabaran dalam berdoa dan keyakinan akan pertolongan Tuhan. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya tidak putus asa dalam berdoa dan selalu percaya bahwa Tuhan akan mengabulkan doa hamba-Nya.


 * Nabi Yahya AS:


   Simbol kesederhanaan, keteguhan dalam beribadah, dan keberanian dalam menyampaikan kebenaran. Yahya melambangkan kesederhanaan, keteguhan dalam beribadah, dan keberanian dalam menyampaikan kebenaran. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya hidup sederhana, fokus pada ibadah, dan tidak takut untuk menyampaikan kebenaran.


 * Nabi Isa AS:


   Simbol cinta kasih dan pengorbanan. Isa adalah simbol cinta kasih dan pengorbanan. Kisahnya mengajarkan tentang pentingnya belas kasih dan pengampunan.


 * Nabi Muhammad SAW:


   Simbol kesempurnaan akhlak dan rahmat bagi seluruh alam. Muhammad adalah penutup para nabi, pembawa risalah Islam yang sempurna. Beliau adalah teladan dalam akhlak mulia, kesabaran, dan keteguhan dalam menyampaikan kebenaran.


Semuanya lengkap dari Adam hingga kepada Isa, jadi Muhammad.


Kesemua ini terjadi keatas badan diri sendiri setiap saat.


setiap nabi memiliki peranan dan misi khusus dalam membimbing umat manusia menuju jalan kebenaran. Kisah-kisah mereka mengandung pelajaran-pelajaran berharga yang dapat diterapkan dalam kehidupan sehari-hari, seperti kesabaran, keteguhan, keadilan, belas kasih, dan penyerahan diri kepada kehendak Tuhan.


Semasa peristiwa Isra Mikraj, Nabi Muhammad SAW bertemu dengan beberapa nabi terdahulu di langit yang berbeza.


Berikut adalah senarai nabi-nabi yang ditemui oleh Nabi Muhammad SAW:


 * Nabi Adam AS: Bertemu di langit pertama.

 * Nabi Yahya AS: Bertemu di langit kedua.

 * Nabi Isa AS: Bertemu di langit kedua.

 * Nabi Yusuf AS: Bertemu di langit ketiga.

 * Nabi Idris AS: Bertemu di langit keempat.

 * Nabi Harun AS: Bertemu di langit kelima.

 * Nabi Musa AS: Bertemu di langit keenam.

 * Nabi Ibrahim AS: Bertemu di langit ketujuh.


Setiap pertemuan ini mempunyai makna dan pengajaran yang mendalam, menunjukkan kebesaran Allah SWT dan kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup segala nabi.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM