AKAN GUGUR SEGALA AMAL YANG DILAKUKAN DIDALAM KEADAAN SYIRIK

39.Surah Az-Zumar ayat 65


Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.


6.Surah Al-'An`ām ayat 88


Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).


47.Surah Muĥammad ayat 33


Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!


Didalam Surah Muĥammad ayat 33 Allah berfirman dan menyeru orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dengan mengikut firmanNya dan taat kepada Rasulullah saw dengan mengikut sabdanya dan hendaklah melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang syirik kerana amal yang dilakukan yang disertakan dengan melakukan sebarang perbuatan syirik akan membatalkan amal yang dilakukan tersebut.


GUGUR SEGALA AMAL UNTUK ORANG YANG TELAH MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH


7.Surah Al-'A`rāf ayat 146


Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 147


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan hari akhirat, gugurlah amal-amal mereka (yang baik). Mereka tidak diberikan balasan (pada hari akhirat) melainkan (bagi) apa yang mereka telah kerjakan (dari perbuatan kufur dan maksiat).


20.Surah Ţāhā ayat 48


"Sesungguhnya telah diwahyukan kepada kami bahawa azab seksa di dunia dan di akhirat ditimpakan kepada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya".


Sebelum melakukan sebarang amal, setiap seorang mesti jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Untuk membolehkan seseorang itu tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, setiap seorang mesti tahu, mesti boleh menerang dan menghuraikan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


SYIRIK, PEMBAHAGIANNYA SERTA PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK


Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah samada yang telah


  • dilakukan dengan perbuatan anggota badan
  • Diperkatakan dengan lisan lidah
  • Difikirkan dengan akal fikirannya atau
  • Ada yang terlintas didalam hatinya


Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi


Syirik yang pertama ialah Syirik yang terang atau syirik yang nyata ialah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah


Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.


Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.


Ini telah terbukti kepada orang yang telah dilahirkan didalam keluarga yang berugama islam, mereka tidak pernah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah kerana mereka tahu dengan penuh keyakinan (yakin tanpa ragu), jika mereka melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata...


Syirik yang kedua ialah syirik yang tersembunyi iaitu merasai keberadaan badan diri sendiri atau merasai keberadaan sesuatu selain daripada Allah


Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri, samada dengan cara


- memperkatakan dengan lisan lidahnya

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain.


Setiap seorang mesti tahu, boleh menerang dan menghuraikan yang ia tidak boleh merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau keberadaan makhlok lain samada yang telah dilakukan dengan cara


  • diperkatakan dengan lisan lidahnya
  • Difikirkan dengan fikirannya atau
  • Ada yang terlintas didalam hatinya


Tentang perkara-perkara yang menunjukkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain.


Setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan Jika seseorang itu samada telah


- memperkatakan dengan lisan lidahnya

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada yang terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok selain daripada Allah bermakna ia telah dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.


Dengan tahu dan boleh menghuraikan yang seseorang itu tidak boleh samada


- memperkatakan dengan lisan lidahnya

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok selain daripada Allah dan jika telah samada


  • diperkatakan dengan lisan lidahnya
  • Difikirkan dengan fikirannya atau
  • Ada yang terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan badan diri sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok selain daripada Allah bermakna ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.


Dengan tahu, boleh menghurai dan menerangkan sedemikian rupa sehingga akan menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.


Syirik yang ketiga ialah syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu bersangka Allah


Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah samada yang dilakukan dengan cara


- memperkatakan dengan lisan lidahnya

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain


Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan, Jika seseorang itu samada telah


- memperkatakan dengan lisan lidahnya

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada yang terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain


Bermakna ia sedang melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi


Dengan tahu dan boleh menghuraikan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sehingga menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu akan terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Kerana ia telah tahu dengan yakin tanpa ragu, jika ia samada telah


  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain bermakna ia telah melakukan perkara-perkara yang apabila ia lakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Dengan ini ia mesti berusaha supaya ia tidak akan samada


  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain kerana telah timbul keyakinan tanpa ragu kepada dirinya jika ia samada telah


  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Keterangan tentang akan berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini terdapat keterangannya didalam firman Allah pada Surah Sabak ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya


Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.


INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI


Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu


Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.


Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah


21.Surah Al-'Anbiyak ayat 29


Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.


KEBERADAAN BADAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU


SEDANG MERASAI ADA BADAN  DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN BADAN DIRINYA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.


MENGETAHUI YANG SIFAT ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH


APABILA SESEORANG ITU MERASAKAN YANG BADAN DIRINYA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA IA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT BADAN DIRINYA SENDIRI.. 


OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA BADAN DIRI SENDIRI BERMAKNA ORANG TERSEBUT SEDANG MELETAK ATAU MENGISBATKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA BADAN DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..


Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah pada


25.Surah Al-Furqan ayat 43


Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?


45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23


Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?


ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI ATAU DISAMPING ALLAH.


Hawa nafsu sendiri atau keupayaan badan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain disisi atau didamping Allah


Ini adalah perbuatan sedang sekutukan badan diri sendiri dan makhlok-makhlok sebagai sekutu dengan Allah


Begitu juga jika seseorang memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna orang tersebut sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti ia sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik


Firman Allah yang memperjelaskan bahawa hanya ada tuhan yang satu (maha esa) dan larangan supaya jangan bertuhankan kepada dua tuhan


16.Surah An-Naĥli ayat 22


Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).


16.Surah An-Naĥli ayat 51


Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana  sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.


Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada badan diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak mempunyai sifat ketuhanan. Sifat ketuhanan yang ada pada makhlok akan dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhlok tersebut.


Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhlok tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah


Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah


Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.


Perkara ini baru berada didalam ilmu dan pengetahuannya, belum lagi berlaku didalam perlakuannya kerana didalam perlakuannya ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri.


Disini timbul dua keadaan yang berbeza iaitu apa yang ada didalam ilmu dan pengetahuannya ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan Allah


Dan yang kedua ialah apa yang sedang dilakukan pula ia sedang merasai segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat badan dirinya sendiri sebab ia masih lagi merasakan keberadaan badan dirinya sendiri


Apa yang sedang berlaku didalam keadaan ini ialah sudah ada didalam ilmu dan pengetahuannya bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah, tetapi ia masih lagi merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat kepunyaan dan milik badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaan badan dirinya sendiri.


Apa yang akan berlaku jika ia samada telah


  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • memikirkan dengan fikirannya
  • dan ada yang terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri itulah yang akan disangka sebagai sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah.


Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat badan diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah


Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari. 


Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya sendiri didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.


INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI.


Setiap orang berperanan untuk melatih badan diri sendiri supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Ini adalah langkah pertama, jalan untuk menuju kepada Allah.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI