WASILAH - CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADA ALLAH

5.Surah Al-Mā'idah ayat 35


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.


CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTAKWA KEPADA ALLAH


4.Surah An-Nisā' Ayat 1


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


4.Surah An-Nisā' Ayat 2


Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.


Allah berfirman


"bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya"


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 130


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 131


Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 132


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 133


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 134


Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 135


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 136


Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 137


Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 138


(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 186


Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 187


Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 188


Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 189


Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 198


Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 199


Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.


KHUSYUK IALAH YAKIN AKAN MENEMUI TUHANNYA IAITU ALLAH DAN YAKIN AKAN KEMBALI KEPADANYA IAITU ALLAH


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(2.Surah Al-Baqarah ayat 45)


(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

(2.Surah Al-Baqarah ayat 46)


APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN OLEH ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH


18.Surah Al-Kahf ayat 109


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun air lautan dijadikan dakwat untuk menerangkannya.  Namun demikian bagi orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah, Allah telah menunjukkan jalan dan cara yang perlu dilakukan sepertimana didalam firmanNya pada


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"


Orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah,  mereka akan melakukan amal solleh iaitu melakukan amal yang tidak akan disertakan dengan sebarang perbuatan syirik.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 200


Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).


12.Surah Yūsuf ayat 108


Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."


12.Surah Yūsuf ayat 109


109. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?


12.Surah Yūsuf ayat 110


110. (Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.


12.Surah Yūsuf ayat 111


111. Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.


TIDAK AKAN ADA SATU MAKHLOK PUN YANG BOLEH MENERANGKAN TENTANG “ALLAH” kerana Allah telah menerangkan dodalam firmanNya yang “ALLAH TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN


FIRMAN ALLAH


31.Surah Luqmān ayat 25


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". 


Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


31.Surah Luqmān ayat 26


Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


31.Surah Luqmān ayat 27


Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. 

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


31.Surah Luqmān ayat 28


(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


18.Surah Al-Kahf ayat 109


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


NAMUN DEMIKIAN ALLAH TELAH MENUNJUKKAN CARA DAN JALAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTEMU DENGANNYA SEPERTI YANG TERTERA DIDALAM FIRMANNYA PADA


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan tulisan, kata-kata dan apa cara sekalipun..


Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya iaitu Allah, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...


JALAN YANG LURUS IALAH YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK


Salah satu daripada firman Allah yang telah memperjelaskan tentang satu jalan yang lurus yang tidak boleh didesatkan oleh iblis dan syaitan ialah


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


JALAN YANG LURUS IAITU YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH JALAN ALLAH


42.Surah Ash-Shūraá ayat 51


Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.


42.Surah Ash-Shūraá ayat 52


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,


42.Surah Ash-Shūraá ayat 53


Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


NABI MUHAMMAD SAW HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS IAITU YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73


Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74


Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75


Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.


JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK


Firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 43


Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".


URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS


16.Surah An-Naĥl ayat 9


Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).


KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR


12.Surah Yūsuf ayat 111


Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.


JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN


Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada


61.Surah Aş-Şaf ayat 2


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


61.Surah Aş-Şaf ayat 3


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Setiap orang yang telah memperkatakan sesuatu mesti tahu dan boleh menghuraikan bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


Jika seseorang itu tidak tahu dan tidak boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melakukan cara dan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Menunjukkan yang ia sedang memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak melakukannya kerana bagaimana ia hendak melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu dan tidak boleh menghuraikannya ?


MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221


Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222


Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,


Siapakah pendusta ... ?


6.Surah Al-'An`ām ayat 148


Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. 


"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".


Cuba kita kembali kepada firman Allah 


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" - 


JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"


JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223


Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224


Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225


Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226


Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.


WALAUPUN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN TETAPI MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH


KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DIDALAM FIRMAN ALLAH


43.Surah Az-Zukhruf ayat 36


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 37


Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 38


Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".


43.Surah Az-Zukhruf ayat 39


(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".


43.Surah Az-Zukhruf ayat 40


Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?


43.Surah Az-Zukhruf ayat 41


Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 42


Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 43


Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 44


Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).


7.Surah Al-'A`rāf ayat 29


Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).


7.Surah Al-'A`rāf ayat 30


Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.


INI ADALAH APA YANG TELAH ALLAH TERANGKAN DIDALAM FIRMANNYA....


ORANG YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH UNTUK PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS IALAH SEPERTIMANA YANG TERKANDUNG DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


4.Surah An-Nisā' ayat 70


Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).


Untuk dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus iaitu menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik setiap orang mesti tahu, boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Dan bagaimana hendak melakukan perintah Allah ini yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah ...


Inilah perkara yang boleh menyampaikan kepada Allah iaitu wasilah


Orang yang tahu, boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Yang telah dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


adalah merupakan orang yang berjuang pada jalan Allah kerana janji Allah kepada mereka yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


Iaitu menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik, inilah satu jalan yang lurus iaitu jalan Allah


Apa yang semua orang perlu bincangkan ialah apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Dan bagaimana hendak melakukan perintah tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah supaya setiap orang tahu dan boleh menghurai dan menerangkannya.


Mana mungkin seseorang boleh melakukan sesuatu yang ia tidak tahu dan tidak boleh menerang dan menghuraikannya...


JIKA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


‎وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLIL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


47.Surah Muĥammad ayat 19


فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ


Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, 

dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI