RINGKASAN TENTANG APA YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA SESEORANG ITU AKAN MERAIH CINTA ALLAH

HADIS QUDSI YANG MENERANGKAN TENTANG JIKA ALLAH MENCINTAI SESEORANG


‘AL WALI’ ADALAH INDIVIDU YANG DICINTAI OLEH ALLAH SWT.


Ada hadits Qudsi


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :


“Allah swt berfirman : “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”


Sambungan hadist tersebut adalah :


“….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari)


Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka :


Rasulullah saw berkata :


Para Nabi dan para syuhada’ akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.


Umar bertanya : Siapakah mereka wahai Rasul?


Rasululullah saw menjawab :


Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasul pun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus :


“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)


Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt. berfirman, ‘Siapa yang memusuhi wali (kekasih)-ku maka aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (amalan sunah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Akulah pandangannya yang dengannya ia memandang, Akulah tangannya yang dengannya ia bertindak, dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya Aku memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku melindunginya.’” (H.R. Bukhari)


JANGAN MEMPERSEKUTUKAN SESUATU DENGAN ALLAH


JANGAN MENGELUARKAN PENDAPAT SECARA AGAK-AGAK SAHAJA, ATAU JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG BADAN DIIRI SENDIRI TIDAK MERASAI DAN MENGALAMI KERANA MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 6


Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 7


Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 8


Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 9


Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 10


Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 11


(Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).


ORANG YANG TENGGELAM DIDALAM KEJAHILAN IALAH ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK


Ini telah diperjelaskan didalam firman Allah pada Surah Al-A'raf dari ayat 138


Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.


1. Jangan melakukan sebarang ritual penyembahan kepada selain daropada Allah


2. Jangan samada


- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikiran dan

- jangan ada yang terlintas didalam hati


Yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri adalah sifat badan diri sendiri


3. Jangan samada


- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikiran dan

- jangan ada yang terlintas didalam hati


Yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri adalah sifat Allah semasa masih lagi merasakan keberaradaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri itulah sifat Allah.


4. Lakukan perkara yang apabila dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri iaitu dengan melaksanakan apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah pada


Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa keberadaan Allah.


JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI"


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


  1. SENTIASA KEMUKAKAN SOALAN "SIAPAKAH YANG ...." DAN TENTUKAN JAWAPANNYA "ALLAH"


Ini sedang melaksanakan sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah pada


13.Surah Ar-Ra`d ayat 16


قُلْ مَن رَّبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُۚ قُلْ أَفَاتَّخَذْتُم مِّن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ لَا يَمْلِكُونَ لِأَنفُسِهِمْ نَفْعًا وَلَا ضَرًّاۚ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُۗ أَمْ جَعَلُوا لِلَّهِ شُرَكَاءَ خَلَقُوا كَخَلْقِهِ فَتَشَابَهَ الْخَلْقُ عَلَيْهِمْۚ قُلِ اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".


  1. JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU TERHADAP ALLAH APA YANG KAMU TIDAK MENGETAHUI


ALLAH TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN ...


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

(18.Surah Al-Kahf ayat 109)


Allah tidak akan boleh diterangkan, walaupun habis air lautan dijadikan dakwat untuk menerangkan tentang Allah, tidak akan terterangkan.


Jika ditambah lagi dengan tujuh air lautan tetap tidak akan boleh diterangkan tentang Allah


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". 


Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

(31.Surah Luqmān ayat 25)


Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

(31.Surah Luqmān ayat 26)


Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

31.Surah Luqmān ayat 27


(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

31.Surah Luqmān ayat 28


Namun demikian bagi orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya (Allah), Allah telah menunjukkan cara dan jalan untuk dilakukan sepertimana yang terkandung didalam firmanNya pada


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

(18.Surah Al-Kahf ayat 110)


Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..


Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran yang menunjukkan orang tersebut percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah.


Apabila seseorang itu percaya tanpa ragu dan berharap dengan bersungguh akan pertemuan dengan tuhannya dengan melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, maka masa pertemuan dengan Allah pasti akan tiba sepertimana yang Allah firmankan pada


Surah Al-`Ankabūt ayat 5


Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


JIKA DIHURAIKAN JUGA TENTANG ALLAH YANG TIDAK AKAN TERHURAIKAN WALAUPUN ALLAH JADIKAN AIR LAUTAN SEBAGAI DAKWAT UNTUK MENGHURAIKAN TENTANG ALLAH


APA YANG AKAN TERJADI IALAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225)


Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

(26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226)


Apa yang sedang dirayaukan dilembah (khayal dan angan-angan kosong) pula bersifat sedang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah


Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 92)


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya"

(6.Surah Al-'An`ām ayat 93)


ALLAH BUKANLAH SEPERTIMANA YANG TELAH DIHURAIKAN OLEH MANA-MANA MAKHLOKNYA


Apa yang perlu dilakukan ialah mengikut sepertimana yang telah Allah firmankan iaitu


“OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..”


Amal yang soleh ialah amal yang dilakukan yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


  1. HAPUSKAN DIRI YANG ZAHIR KEDALAM DIRI YANG BATIN, HAPUSKAN DIRI YANG BATIN KEDALAM RAHSIA ALLAH (MELALUI KELUAR MASUKNYA NAFAS)


JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI"


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


SEBELUM MENDAPAT ILHAM DARI ALLAH, TIDAK AKAN ADA SEORANG PUN YANG TAHU APA ITU KITAB (AL-QURAN) DAN APA ITU IMAN.


42.Surah Ash-Shūraá ayat 51


Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.


42.Surah Ash-Shūraá ayat 52


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,


42.Surah Ash-Shūraá ayat 53


Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


SIMPULAN (TALI UGAMA / TALI ALLAH)


Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

2.Surah Al-Baqarah ayat 256


IKUTILAH NASIHAT YANG TERKANDUNG DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA


6.Surah Al-'An`ām ayat 135


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI