HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS

76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW


Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:  


5.Surah Al-Mā'idah ayat 105


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. 


SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING 


Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”


[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


JANGAN MENGELUARKAN PENDAPAT SECARA AGAK-AGAK SAHAJA, ATAU JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG BADAN DIIRI SENDIRI TIDAK MERASAI DAN MENGALAMI KERANA MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 6


Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 7


Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 8


Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 9


Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 10


Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 11


(Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).


ORANG YANG TENGGELAM DIDALAM KEJAHILAN IALAH ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK


Ini telah diperjelaskan didalam firman Allah pada Surah Al-A'raf dari ayat 138


Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.


ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG


Firman Allah


43.Surah Az-Zukhruf ayat 86


Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).


43.Surah Az-Zukhruf ayat 87


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 

"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab:  "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?


43.Surah Az-Zukhruf ayat 88


Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"


43.Surah Az-Zukhruf ayat 89


(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"


Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi


Jangan melakukan ritual penyembahan seperti menyembah patung-patung, menyembah matahari, menyembah bulan, menyembah api dan lain-lain lagi kerana perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata


Jangan menyangka-nyangka kepada ada badan diri dengan cara tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada yang terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan badan diri dan keberadaan makhlok-makhlok lain, kerana sangkaan kepada ada diri dengan cara


- memperkatakan dengan lisan lidahnya

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan badan diri dan keberadaan makhlok-makhlok lain


akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.


Jangan menyangka-nyangka kepada sangkaan ada Allah yang dilakukan dengan tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan tidak ada lagi yang terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain kerana sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan cara


- memperkatakan dengan lisan lidahnya

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi


Setelah tidak lagi melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi


Baru lah seseorang itu melangkah kehadapan dengan melaksanakan perintah Allah untuk ingat kepada Allah


APAKAH YANG TELAH ALLAH AJARKAN TENTANG CARA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH


CONTOH YANG ALLAH AJARKAN TENTANG BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU" seperti didalam firman Allah


2.Surah Al-Baqarah ayat 198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), 


DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.


Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan  “SALAH JALAN IBADATNYA”


Ada dikalangan manusia yang membantah tentang apa yang telah Allah ajarkan ini dengan membuatkan kenyataan "APA PERLUNYA NAK DISEBUT-SEBUT LAGI" sedangkan ini adalah cara yang telah Allah ajarkan untuk INGAT KEPADA ALLAH...


Kenyataan seperti ini telah menyalahi dengan kenyataan yang terdapat didalam firman Allah tentang bagaimana cara nak ingat kepada Allah


Berhubung dengan perkara ini Allah telah memperjelaskan didalam Surah Al-'Isrā' dari ayat 36 hingga ayat 39


Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 37


Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 38


Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 39


Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)


4.Surah An-Nisā' ayat 59


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH PULA DAPAT DILAKUKAN SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk melakukan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam perintah Allah


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah, barulah seseoranh itu akan dianugerahkan dengan ingat kepada Allah (zikirullah)


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI