APAKAH BENTUK DAN RUPA YANG SELALU DIPERKATAKAN SEBAGAI BERSANGKA-SANGKA KEPADA ILMU YANG DI KETAHUI YANG BUKAN MERUPAKAN PEGANGAN YANG SEBENAR?
Surah saba' dari ayat 40 hingga ayat 54
40. Dan (ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Ia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, (kamu setujui) menyembah kamu dahulu?"
41. Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)".
42. Maka pada hari ini, masing-masing di antara kamu tidak berkuasa memberi sebarang manfaat kepada kawannya, dan tidak pula dapat menolak sesuatu bahaya daripadanya; dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim (yang berlaku syirik) itu: "Rasalah azab neraka yang kamu dahulu mendustakannya".
43. Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka (sesama sendiri): "Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu"; dan mereka berkata lagi: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka"; dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: "ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata".
44. Dan (tidak ada sebarang alasan bagi dakwaan mereka, kerana) Kami tidak pernah memberi kepada mereka Kitab-kitab untuk mereka membaca dan mengkajinya, dan Kami juga tidak pernah mengutus kepada mereka sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pemberi amaran (melarang mereka menerima ajaranmu).
45. Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu (menimpa mereka).
46. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)". Sebenarnya tidak ada pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kamu sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh); ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kamu, sebelum kamu ditimpa azab yang berat (di akhirat).
47. Katakanlah (wahai Muhammad): "Apa jua yang aku harap kamu berikan kepadaku sebagai upah maka faedahnya tetap terpulang kepada kamu; balasan yang menjadi upahku yang sebenar hanyalah dari Allah, dan Ia sentiasa Memerhati serta Menyaksikan tiap-tiap sesuatu".
48. Katakanlah lagi: "Sesungguhnya TuhanKu, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) dengan perkara yang benar; Ia sentiasa Mengetahui akan segala perkara yang ghaib".
49. Katakanlah lagi: "Telah datang kebenaran (Al-Quran yang memberi segala kebaikan), dan perkara yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat".
50. Katakanlah lagi: "Sekiranya aku sesat maka bahaya kesesatanku akan menimpa diriku sendiri, dan jika aku beroleh hidayah petunjuk maka yang demikian disebabkan apa yang telah diwahyukan oleh Tuhanku kepadaku; sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Dekat".
51. Dan (sungguh ngeri) jika engkau melihat (keadaan orang-orang yang bersalah itu) ketika mereka gelisah takut (menyaksikan azabnya) serta mereka tidak mendapat jalan mengelaknya, dan mereka pun diambil dari tempat mereka berada (untuk dibawa ke tempat azab).
52. Dan (pada ketika itu) mereka berkata: "Kami sekarang beriman kepada kebenaran yang di bawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w)"; (apa jalannya) dan bagaimana caranya mereka dapat mencapai iman dari tempat yang jauh?
53. Pada hal mereka telah mengingkarinya sebelum itu, dan mereka pula selalu melemparkan tuduhan-tuduhan buta terhadap kebenaran itu dari tempat yang jauh? (sudah tentu salah).
54. Dan disekatlah di antara mereka dengan (iman) yang mereka ingini, sebagaimana yang telah dilakukan kepada orang-orang yang sama keadaannya dengan mereka pada masa yang lalu; sesungguhnya mereka dahulu berada dalam keadaan syak yang meragukan.
2.Surah Al-Baqarah ayat 115
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
8.Surah Al-'Anfāl ayat 17
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
34.Surah Saba' ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Apabila kita membaca firman Allah didalam surah Saba' ayat 27 ini, lahirlah didalam pengetahuan kita bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada kuta dan yang ada pada makhlok lain adalah sufat ketuhanan Allah,
Apa yang diketahui ini, tidak akan menghilangkan akan keberadaan atau sifat keakuan diri kita sendiri
Dengan kita tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, dan kita menjadikan pengetahuan yang kita ketahui iaitu "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK TERMASUK PADA DIRI KITA SENDIRI ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH" tanpa kita melakukan salah satu daripada berbagai jalan untuk menetapkan iktiqad tauhid seperti yang telah difirmankan oleh Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Apa yang diperkatakan berdasarkan kepada ilmu yang diketahui "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK TERMASUK PADA DIRI KITA SENDIRI ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH" tanpa kita melakukan salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan arau iktiqad tauhid akan bertukar menjadi sebagai sangkaan kerana.
Apa yang diperkatakan, apa yang difikirkan, apa yang diingatkan, apa yang diketahui ialah "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK TERMASUK PADA DIRI KITA SENDIRI ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH" hanya sedang berlaku pada perkataan yang diperkatakan, sedang berlaku hanya pada fikiran yang difikirkan, sedang berlaku hanya pada ingatan yang di ingatkan dan sedang berlaku hanya pada ilmu yang diketahui sahaja, didalam keadaan sebenar apa yang sedang dialami ialah kita tetap akan merasakan keberadaan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah kerana kita tidak melakukan jalan dan cara untuk menrtapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu.. sepertimana tang telah difirmankan oleh Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Oleh kerana masih lagi merasakan akan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, secara tersendiri atau automatik segala sifat ketuhanan yang dirasakan pada diri sendiri dan pada sesuatu selain daripada Allah tetap akan dirasakan sebagai sifat diri kita sendiri dan sebagai sifat sesuatu selain daripada Allah.
Semasa merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri sebagai sifat diri sendiri dan segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok selain daripada Allah itu adalah sifat makhlok itu sendiri inilah yang sedang berlaku sepertimana firman Allah didalam surah Saba' ayat ke 27,
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya". (Iaitu Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)
Seterusnya didalam surah dan ayat yang sama, "Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Walaupun kita telah memperkatakan, kita sudah fikirkan, kita sudah ingat, kita sudah tahu kenyataan dari Allah yang terkandung didalam Al-Quran "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK TERMASUK PADA DIRI KITA SENDIRI ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH" kenyataan ini tidak akan berlaku kerana kita masih lagi sedang merasakan akan keberadaan diri kita sendiri, kita masih lagi merasakan keberadaan sesuatu selain daripada Allah. INILAH KEADAAN DIMANA YANG DIKATAKAN SEBAGAI SANGKA-SANGKA sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
10.Surah Yūnus ayat 36
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
10.Surah Yūnus ayat 66
Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.
53.Surah An-Najm ayat 28
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Sedang merasakan keberadaan diri kita sendiri apabila dihuraikan secara lisan akan berlaku sepertimana firman Allah
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI MEMBAWA MAKNA KEPADA KITA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
KITA TAHU ADA ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA...
APABILA KITA MERASA ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT ALLAH / TUHAN (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT ALLAH / TUHAN, MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT ALLAH / TUHAN KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
JADI
Bagaimana kita nak menjaga supaya tidak menjadikan Aku diri sendiri sebagai tuhan???
SUPAYA TERCAPAI SEPERTI FIRMAN ALLAH
20.Surah Ţāhā ayat 14
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.
INI BOLEH DILAKUKAN DENGAN MELAKUKAN SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JSLAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID, YANG SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU TERSEBUT IALAH DENGAN BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK SEPERTI FIRMAN ALLAH
2.Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri
Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Orang yang melakukan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, mereka ini alan mengalami keadaan "MATI SEBELUM MATI" sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubah pindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Rahsia "MATI SEBELUM MATI" atau "ORANG MATI YANG HIDUP" berjalan dimuka bumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit ini berada diluar sempadan fikiran iaitu tidak boleh difikirkan dengan fikiran, bukan yang terlintas didalam hati.
Ini bermakna bukan yang difikir-fikirkan melalui fikiran yang membawa kepada maksud bukan seperti yang difikir-fikirkan dan bukan ada yang terlintas didalam hati.
"HANYA DIKETAHUI SETELAH MENGALAMI SENDIRI KEADAAN MATI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SABDA RASULULLAH SAW TERSEBUT"
** PESANAN
SETIAP SEORANG MESTI MENGETAHUI BAGAIMANA HENDAK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DAN PERINTAH RASULULLAH SAW SEPERTIMANA YANG TELAH DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
JIKA KITA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA
16.Surah An-Naĥl ayat 43
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEPADA SESIAPA YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
SUDAHKAH BADAN DIRI SENDIRI MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?..
ATAU KAMU HANYA MEMPERKATAKAN ATAS NAMA ALLAH SESUATU YANG KAMU TIDAK TAHU.
SELAGI KAMU BELUM MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
CONTOH UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID ATAU YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK (MAKRIFATULLAH), ALLAH TELAH TERANGKAN SUPAYA SESEORANG ITU MELAKUKAN SENDIRI SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MRNETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG TELAH DINYATAKAN DIDALAM AL-QURAN,
ATAU
MELAKUKAN SENDIRI JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN
JIKA KITA TIDAK MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH, KITA TIDAK AKAN TAHU HASIL DARIPADA MELAKSANAKAN APA YANG TELAH DIPERINTAHKAN TERSEBUT
JANGAN MEMBANTAH ATAU MENYALAHKAN TENTANG PERKARA YANG KITA TIDAK TAHU, FIRMAN ALLAH
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 66
Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 38
Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
KITA TIDAK AKAN TAHU TENTANG SESUATU PERKARA YANG AKAN BERLAKU SETELAH KITA MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIARAHKAN OLEH ALLAH KERANA KITA TIDAK MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIPERINTAHKAN TERSEBUT..
APA YANG AKAN BERLAKU IALAH SEPERTIMANA PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA
2.Surah Al-Baqarah ayat 80
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
JIKA KITA MEMPERKATAKAN TENTANG PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID ATAU YANG TELAH DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK ATAU TENTANG MSKRIFATULLAH, TETAPI KITA TIDAK PERNAH MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHAN.
BERMAKNA KITA SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN SENDIRI
Ini telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti didalam firmanNya
61.Surah Aş-Şaf ayat 2
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf ayat 3
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan