BERILAH PERINGATAN DAN NASIHAT DENGAN AL-QURAN SUPAYA MEREKA MENGETAHUI DENGAN HUJAH-HUJAH YANG TERSEBUT DIDALAMNYA BAHAWA SESUNGGUHNYA ALLAH IALAH TUHAN YANG MAHA ESA
Surah Ibrahim dari ayat 44 hingga ayat 52
44. Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
45. Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana) dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul).
SIAPAKAH ORANG YANG ZALIM MENGIKUT AL-QURAN
30.Surah Ar-Rūm ayat 29
Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.
Sambungan surah Ibrahim ayat 46
46. Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.
47. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).
48. (Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
49. Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu.
50. Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar) dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api Neraka.
51. (Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang dia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya.
52. (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
SETIAP ORANG PERLU TAHU DAN MENYEDARI BAHAWA MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH ADALAH HASIL DARI LIMPAH KIRNIA DARI ALLAH
Ini telah diperjelaskan oleh Allah didalam firmanNya pada
12.Surah Yūsuf ayat 38
"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
Mentauhid atau mengesakan Allah ialah keadaan dimana tidak menyengutukan Allah dengan yang lain, menyengutukan Allah dengan yang lain ialah perbuatan syirik, tidak menyengutukan Allah dengan yang lain bermaksud bersih daripada sebarang perbuatan syirik.
Terdapat penjelasan dari firman Allah yang memperjelaskan bahawa yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan
Firman Allah pada
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
2.Surah Al-Baqarah ayat 198
Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 199
Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Istighfar (إستغفار) adalah tindakan meminta ampunan atau bertaubat kepada Allah atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan. Ia merupakan salah satu amalan penting dalam Islam.
Istighfar merupakan bagian dari proses taubat, yaitu kembali kepada Allah dengan sungguh-sungguh. Istighfar dapat membersihkan hati dan jiwa dari noda dosa sehingga seorang Muslim dapat kembali ke jalan yang benar.
Perbuatan taubat yang paling penting yang perlu dilakukan oleh setiap orang ialah bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik. Ini boleh dilakukan dengan mengambil iktibar dari pengajaran dari peristiwa kaum nabi musa hendak bertaubat dari perbuatan syirik dengan menyembah patung anak lembu yang terdapat didalam firman Allah pada
Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
2.Surah Al-Baqarah ayat 55
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
2.Surah Al-Baqarah ayat 56
Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.
Kaum nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..
Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
Orang yang melakukan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU", Mereka akan mengalami keadaan "MATI SEBELUM MATI" seperti sabda Rasulullah saw
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubah pindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Rahsia "MATI SEBELUM MATI" atau "ORANG MATI YANG HIDUP" berjalan dimuka bumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit ini berada diluar sempadan fikiran iaitu tidak boleh difikirkan dengan fikiran, bukan yang terlintas didalam hati.
Ini bermakna bukan yang difikir-fikirkan melalui fikiran yang membawa kepada maksud bukan seperti yang difikir-fikirkan dan bukan ada yang terlintas didalam hati.
"HANYA DIKETAHUI SETELAH MENGALAMI SENDIRI KEADAAN MATI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SABDA RASULULLAH SAW TERSEBUT"
surah Al-A'raf ayat dari ayat 154 hingga ayat 158
154. Dan apabila kemarahan Nabi Musa itu reda, dia pun mengambil Luh-luh Taurat itu yang dalam naskhahnya terkandung petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh takut kepada Tuhan mereka (daripada melanggar perintahNya).
155. Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.
156. Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
157. Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
158. Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.
SESUNGGUHNYA KISAH NABI-NABI MENGANDUNGI PELAJARAN YANG MENDATANGKAN IKTIBAR BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL
12.Surah Yūsuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU"
Ini terdapat didalam firman Allah pada surah dan ayat yang lain yaitu pada
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Orang yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu melakukan firman Allah dan sabda Rasulullah yang apabila dilakukan, Allah akan hilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya dan akan mengeluarkan seseorang daripada kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.
Allah akan berikan kepada mereka balasan yang amat besar dan Allah akan pimpin kejalan yang lurus sepertimana firman Allah pada
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah mereka yang mengesa atau mentauhidkan Allah.
Dengan ini menunjukkan bahawa orang yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN
Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus, Allah akan jadikan mereka sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik, Allah akan melimpah kurniakan dengan mengesa atau mentauhidkan Allah.
Disini tidak diperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Dan apakah jalan dan cara untuk melakukan perintah tersebut, sekadar memperjelaskan firman Allah yang mengandungi perintah yang apabila dilakukan perintah tersebut Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus, Allah akan jadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik dan Allah akan limpahkan dengan mengesa atau mentauhidkan Allah.
Maka pentingnya bagi setiap orang supaya ia tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Dan bagaimana jalan dan cara untuk melakukan perintah ini mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu perintah tersebut perlu dilakukan mengikut firman Allah atau sabda Rasulullah saw yang mana satu ?
Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan perkara yang tersebut, barulah menunjukkan ia akan boleh melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, kerana ia tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa yang ia perlu lakukan.
Jika tidak tahu, tidak boleh menghurai dan tidak boleh menerangkan, bagaimana ia hendak melakukan yang ia sendiri tidak tahu?
PERINTAH ALLAH YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN..
JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI" sepertimana yang difirmankan oleh Allah pada
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
16.Surah An-Naĥl Ayat 43
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI" jika kamu tidak mengetahui.
Dalam Al-Qur'an, istilah "Ahlul Zikri" (أَهْلَ الذِّكْرِ) disebut dalam beberapa ayat, di antaranya dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya' ayat 7. Secara harfiah, "Ahlul Zikri" berarti "orang-orang yang memiliki atau mengetahui peringatan".
Namun, dalam konteks ayat-ayat tersebut, istilah ini memiliki makna yang lebih spesifik.
Makna Ahlul Zikri dalam Al-Qur'an
Para ahli tafsir memiliki beberapa pendapat mengenai makna "Ahlul Zikri". Namun, secara umum, dapat disimpulkan bahwa "Ahlul Zikri" merujuk kepada:
* Orang-orang yang berilmu dan memiliki pengetahuan tentang agama. Mereka adalah orang-orang yang memahami Al-Qur'an dan Sunnah, serta memiliki pemahaman yang mendalam tentang ajaran Islam.
* Orang-orang yang senantiasa berzikir dan mengingat Allah SWT. Mereka tidak hanya memiliki pengetahuan tentang agama, tetapi juga mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Mereka senantiasa berzikir dan mengingat Allah SWT dalam segala keadaan.
* Ulama dan ahli tafsir. Mereka adalah orang-orang yang memiliki keahlian dalam bidang agama, khususnya dalam menafsirkan Al-Qur'an dan Sunnah. Mereka menjadi rujukan bagi umat Islam dalam memahami ajaran agama.
Kaitan Ahlul Zikri dengan Konteks Ayat
Dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya' ayat 7, Allah SWT memerintahkan orang-orang yang ragu atau tidak mengetahui untuk bertanya kepada "Ahlul Zikri". Hal ini menunjukkan bahwa "Ahlul Zikri" adalah orang-orang yang memiliki pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang agama, sehingga dapat memberikan jawaban atau penjelasan yang benar.
"Ahlul Zikri" adalah istilah yang merujuk kepada orang-orang yang berilmu, berpengetahuan tentang agama, senantiasa berzikir kepada Allah SWT, dan menjadi rujukan bagi umat Islam dalam memahami ajaran agama. Mereka adalah orang-orang yang memiliki peranan penting dalam menjaga dan menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia.
2.Surah Al-Baqarah ayat 200
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
2.Surah Al-Baqarah ayat 201
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
2.Surah Al-Baqarah ayat 202
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan