DO'A
DO'A
Ya Allahu Ya Ghafar. Ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, dosa-dosa pasangan hidup kami, dosa-dosa seluruh ahli keluarga kami, guru2 kami, dosa-dosa sahabat2 kami dan seluruh kaum muslimin...
Ya Allahu Ya Wahab. Kurniakanlah kepada kami kesihatan tubuh badan, kesihatan akal fikiran, kesihatan hati nurani dan kesihatan semua panca indera kami.
Ya Allahu Ya A’zim. Panjangkanlah usia kami. Berkatilah umur kami supaya sentiasa dalam beriman pada-Mu Ya Allah
Ya Allahu Ya Rahman Ya Rahim. Tingkatkanlah keimanan kami, ketakwaan kami, kesabaran kami. Suburkanlah perasaan dan sifat-sifat kasih mengasihi, sayang menyayangi, hormat menghormati sesama kami hamba-hamba-Mu Ya Allah
Kami mohon padamu Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, kesenangan, kedamaian, kebahagiaan, ketenangan di dunia dan di akhirat.
Ya Allahu Ya Latif. Permudahkanlah segala urusan dunia dan akhirat kami. Jauhkanlah kami daripada sifat-sifat dan perkara-perkara yang melalaikan kami, sikap malas, sifat sombong, sifat berpura-pura, sifat riak, sifat hasad dengki.
Ya Haiyu Ya Qaiyum. Jauhkanlah, hindarkanlah dan lindungilah kami semua daripada perkara-perkara yang mendatangkan keburukan, kejahatan, bahaya, bala bencana, malapetaka, bersangka buruk, bermusuhan, berselisih faham. Jauhkanlah kami daripada fitnah dunia dan fitnah akhirat
Allahuma Ya Razaq. Kurniakan, bukakan dan permudahkanlah kepada kami rezeki yang halal lagi barakah.
Ya Allahu Ya Syukur. Sesungguhnya kami mensyukuri nikmat yg telah engkau berikan kepada kami. Kurniakanlah kepada kami kejayaan di dunia dan di akhirat dengn Rahmat serta keredhaan-Mu Ya Allah
Ya Allah bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-selamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya Allah.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan