JALAN YANG LURUS IALAH PETUNJUK ALLAH YANG DENGANNYA ALLAH MEMIMPIN SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA

6.Surah Al-'An`ām ayat 87


Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.


6.Surah Al-'An`ām ayat 88


Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 101


Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul 

(lurus).


5.Surah Al-Mā'idah ayat 16


DENGAN AL-QURAN ALLAH MENUNJUKKAN JALAN-JALAN KESELAMATAN SERTA KESEJAHTERAAN KEPADA SESIAPA YANG MENGIKUT KEREDAANNYA, DAN DENGANNYA TUHAN KELUARKAN MEREKA DARI GELAP-GELITA (SYIRIK) KEPADA CAHAYA (TAUHID) YANG TERANG BENDERANG, DENGAN IZINNYA; DAN DENGANNYA JUGA TUHAN MENUNJUKKAN MEREKA KE JALAN YANG LURUS


14.Surah 'Ibrāhīm ayat 1


Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita syirik kepada cahaya tauhid - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.


ORANG YANG ALLAH JANJI ATAU ORANG YANG ALLAH KEHENDAKI, UNTUK PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


DIDALAM SURAH DAN AYAT YANG LAIN ALLAH BERFIRMAN MEMPERJELASKAN BAHAWA MELAKUKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU" IALAH CARA UNTUK BERTAUBAT DARIPADA SEBARANG PERBUATAN SYIRIK


INI TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA


2.Surah Al-Baqarah ayat 54


Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: 


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, 


maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; 


iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU". 


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".


2.Surah Al-Baqarah ayat 55


Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.


2.Surah Al-Baqarah ayat 56


Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.


ORANG YANG MELAKUKAN PERINTAH ALLAH


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Yang akan mengalami keadaan "MATI SEBELUM MATI" seperti sabda Rasulullah saw


Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata : 


Rasulullah saw membaca ayat, 


39.Surah Az-Zumar ayat 22


Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.


Kami para sahabat bertanya : 


Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?


Rasulullah menjawab : 


Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.


Kami para sahabat bertanya : 


Tandanya apa ya Rasulullah ?


Jawab Rasulullah saw : 


Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.


Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubah pindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."


Rahsia "MATI SEBELUM MATI" atau "ORANG MATI YANG HIDUP" berjalan dimuka bumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit ini berada diluar sempadan fikiran iaitu tidak boleh difikirkan dengan fikiran, bukan yang terlintas didalam hati.


Ini bermakna bukan yang difikir-fikirkan melalui fikiran yang membawa kepada maksud bukan seperti yang difikir-fikirkan dan bukan ada yang terlintas didalam hati.


"HANYA DIKETAHUI SETELAH MENGALAMI SENDIRI KEADAAN MATI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SABDA RASULULLAH SAW TERSEBUT"


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


FIRMAN ALLAH MEMPERJELASKAN SATU JALAN YANG LURUS YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN SENTIASA ALLAH AKAN MEMELIHARANYA


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


Dengan ini menunjukkan bahawa orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Iaitu melakukan perintah Allah dan sabda Rasulullah saw, yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid.


Sebelum melakukan perintah Allah dan sabda Rasulullah saw, yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid, setiap seorang mestilah jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi.


Jika dilakukan perintah Allah dan sabda Rasulullah saw, yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid yang disertakan dengan masih dan sedang melaku perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi,


Kerana ada firman Allah yang telah memperjelaskan...


39.Surah Az-Zumar ayat 65


Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.


6.Surah Al-'An`ām ayat 88


Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).


47.Surah Muĥammad ayat 33


Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!


Didalam Surah Muĥammad ayat 33 Allah berfirman dan menyeru orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dengan mengikut firmanNya dan taat kepada Rasulullah saw dengan mengikut sabdanya dan hendaklah melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang syirik kerana amal yang dilakukan yang disertakan dengan melakukan sebarang perbuatan syirik akan membatalkan amal tersebut.


Untuk membolehkan supaya seseorang itu tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi, setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi,


Setiap orang mesti melakukan firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri dan yang akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid dengan tidak disertakan dengan sedang dan masih melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi,


Hikmah yang akan berlaku setelah seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata dan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik tersembunyi ialah orang tersebut akan boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan dirinya sebagai sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri.


Hikmah yang akan berlaku setelah seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah orang tersebut akan boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan dirinya sebagai sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah.


JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU SECARA AGAK-AGAK


MAKSUDNYA SELAGI BELUM MENGALAMI DAN MERASAI SENDIRI YANG TERHASIL DARIPADA MELAKUKAN SESUATU MENGIKUT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH, APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


KERANA ADA FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BINASALAH ORANG-ORANG YANG MENGELUARKAN PENDAPAT SECARA AGAK-AGAK SAHAJA


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 6


Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 7


Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 8


Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 9


Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 10


Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 11


(Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).


ATAU JANGAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG


Firman Allah


43.Surah Az-Zukhruf ayat 86


Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).


43.Surah Az-Zukhruf ayat 87


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 

"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab:  "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?


43.Surah Az-Zukhruf ayat 88


Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"


43.Surah Az-Zukhruf ayat 89


(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI