SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK BERKUASA MEMBERI HADAYAT PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG ENGKAU KASIHI, TETAPI ALLAH JUALAH YANG BERKUASA MEMBERI HADAYAT PETUNJUK KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA MENURUT UNDANG-UNDANG PARATURANNYA
Surah Al-Qasas dari ayat dari ayat 43 hingga ayat 56
43. Dan demi sesungguhnya, Kami berikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat sesudah Kami binasakan kaum-kaum yang telah lalu, untuk membuka hati manusia dan menjadi hidayat petunjuk serta membawa rahmat, semoga mereka beringat.
44. Dan engkau (wahai Muhammad) tidak ada di sebelah barat (tempat Nabi Musa menerima wahyu) ketika Kami sempurnakan penyerahan Kitab Taurat kepadanya dan engkau juga tidak termasuk dalam golongan yang menyaksikan peristiwa itu.
45. Akan tetapi (engkau hanya mengetahui kisah itu dengan jalan Kami memberi wahyu kenabian kepadamu disebabkan) Kami telah mengadakan beberapa umat (dari zaman Nabi Musa hingga ke zamanmu) sampai berlanjutanlah masa yang mereka lalui (serta kucar-kacirlah agama yang mereka anuti) dan engkau pula tidak pernah tinggal bersama-sama penduduk negeri Madyan membaca dan mempelajari dari mereka ayat-ayat keterangan Kami (tentang hal Nabi Musa di sana), tetapi Kamilah yang mengutusmu (menjadi Rasul dan memberi wahyu kepadamu mengenai hal itu).
46. Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tursina ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).
47. Dan kalau tidaklah orang-orang musyrik itu akan berkata semasa mereka ditimpa bala bencana disebabkan perbuatan kufur dan maksiat yang mereka lakukan: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutuskan kepada Kami seorang Rasul supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu (yang dibawanya) dan supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman, (tentulah engkau wahai Muhammad tidak diutuskan kepada mereka, bahkan Kami terus menyeksa mereka).
48. Maka ketika datang kepada mereka kebenaran (Al-Quran) dari sisi Kami, mereka berkata pula: Hendaknya (Muhammad) diberi (Kitab agama yang diturunkan dengan sekaligus) sebagaimana Kitab Taurat yang diberikan kepada Musa. Bukankah mereka dahulu telah kufur ingkar akan apa yang diberikan kepada Nabi Musa? Mereka berkata lagi: Kedua-duanya (Al-Quran dan Taurat) itu ialah sihir yang saling membantu (yang satu menyokong yang lain) dan mereka berkata pula: Sesungguhnya kami kufur ingkar terhadap Kitab-kitab itu semuanya!
49. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah Kitab dari sisi Allah yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya, supaya aku menurutnya. (Bawalah dia) jika betul kamu orang-orang yang benar.
50. Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
51. Dan demi sesungguhnya Kami telah hubungkan turunnya firman-firman Kami (Al-Quran) dengan berturut-turut kepada mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman).
52. Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.
53. Dan apabila Al-Quran itu dibacakan kepada mereka; mereka, berkata: Kami beriman kepadanya, sesungguhnya ia adalah perkara yang betul benar dari Tuhan kami; sesungguhnya kami sebelum ia diturunkan, telahpun mematuhinya.
54. Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.
55. Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil.
56. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam).
JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN DAN BERIKAN PETUNJUK, MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)
ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KAJALAN YANG LURUS IAITU MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SEPERTI YANG TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
Didalam surah dan ayat yang lain ada keterangan yang memperjelaskan bahawa melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" adalah merupakan cara untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik, ini terkandung didalam firman Allah pada
Surah Al-Baqarah ayat 54
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Kaum nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..
Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”
SESUNGGUHNYA KISAH NABI-NABI MENGANDUNGI PELAJARAN YANG MENDATANGKAN IKTIBAR BAGI ORANG-ORANG YANG BERAKAL
12.Surah Yūsuf ayat 111
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
ORANG YANG MELAKUKAN PERINTAH ALLAH
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Yang akan mengalami keadaan "MATI SEBELUM MATI" seperti sabda Rasulullah saw
Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :
Rasulullah saw membaca ayat,
39.Surah Az-Zumar ayat 22
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kami para sahabat bertanya :
Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?
Rasulullah menjawab :
Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.
Kami para sahabat bertanya :
Tandanya apa ya Rasulullah ?
Jawab Rasulullah saw :
Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.
Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubah pindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."
Rahsia "MATI SEBELUM MATI" atau "ORANG MATI YANG HIDUP" berjalan dimuka bumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit ini berada diluar sempadan fikiran iaitu tidak boleh difikirkan dengan fikiran, bukan yang terlintas didalam hati.
Ini bermakna bukan yang difikir-fikirkan melalui fikiran yang membawa kepada maksud bukan seperti yang difikir-fikirkan dan bukan ada yang terlintas didalam hati.
"HANYA DIKETAHUI SETELAH MENGALAMI SENDIRI KEADAAN MATI YANG DIMAKSUDKAN OLEH SABDA RASULULLAH SAW TERSEBUT"
Mereka ini iaitu yang melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus atau mereka akan dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.
Firman Allah
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4.Surah An-Nisā' ayat 70
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
Setiap orang yang hendak dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus iaitu menjadi seorang yang dibersihkan daripada syirik mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Dan bagaimana caranya untuk melakukan perintah yang tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Disini ada dua perkara
Yang pertama "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.
Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"
2.Surah Al-Baqarah ayat 257
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Setiap seorang mesti tahu apakah perintah yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan mempunyai hikmah akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid
Dan bagaimana cara untuk melakukannya mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI" sepertimana yang difirmankan oleh Allah pada
21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.
16.Surah An-Naĥl Ayat 43
Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI" jika kamu tidak mengetahui.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan