DIANTARA PERKARA YANG DIHARAMKAN OLEH TUHAN KAMU IAITU ALLAH KEPADA KAMU YANG MERUPAKAN JALAN ALLAH YANG BETUL LURUS MAKA HENDAKLAH KAMU MENURUTNYA. JANGAN KAMU MENURUT JALAN YANG LAIN DARIPADA ITU, KERANA JALAN YANG LAIN DARIPADA ITU AKAN MENCERAI BERAIKAN KAMU DARI JALAN ALLAH.

JALAN ALLAH YANG BETUL LURUS IALAH


  • Jangan sekutukan sesuatu dengan Allah
  • Membuat baik kepada ibu bapa
  • Jangan membunuh anak kerana takut papa
  • Jangan menghampiri kejahatan (zina)
  • Jangan membunuh jiwa yang diharamkan
  • Jangan hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik
  • Sempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil
  • Berlaku adil dalam menyampaikan keterangan
  • Sempurnakan perjanjian yang dijanjikan oleh Allah dan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah


Inilah yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu supaya kamu beringat.


Semua ini terkandung didalam firman Allah pada


6.Surah Al-'An`ām ayat 151


قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْۖ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًاۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًاۖ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُم مِّنْ إِمْلَاقٍۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْۖ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.


6.Surah Al-'An`ām ayat 152


وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُۖ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِۖ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَاۖ وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰۖ وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُواۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ


"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".


6.Surah Al-'An`ām ayat 153


وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa


FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN YANG MENERANGKAN BAHAWA JALAN ALLAH IALAH JALAN YANG LURUS


42.Surah Ash-Shūraá ayat 51


Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.


42.Surah Ash-Shūraá ayat 52


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,


42.Surah Ash-Shūraá ayat 53


Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN HANYA KEPADA ALLAH JUALAH TERTENTUNYA URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS


Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).

(16.Surah An-Naĥl ayat 9)


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK


Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

(7.Surah Al-'A`rāf ayat 43)


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN, JIKA ALLAH TIDAK PIMPIN DAN BERIKAN PETUNJUK, MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT


Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH ADALAH HASIL DARI LIMPAH KURNIA DARI ALLAH KEPADA UMAT MANUSIA


12.Surah Yūsuf ayat 38


"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN SIAPAKAH ORANG YANG ALLAH AKAN PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


DIDALAM SURAH DAN AYAT YANG LAIN ALLAH BERFIRMAN MEMPERJELASKAN BAHAWA MELAKUKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU" IALAH CARA UNTUK BERTAUBAT DARIPADA SEBARANG PERBUATAN SYIRIK


INI TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA


2.Surah Al-Baqarah ayat 54


Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: 


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, 


maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; 


iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU". 


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".


2.Surah Al-Baqarah ayat 55


Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.


2.Surah Al-Baqarah ayat 56


Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur.


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


4.Surah An-Nisā' ayat 70


Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).


Untuk dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus, untuk dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik, untuk dilimpah kurniakan oleh Allah dengan mentauhid atau mengesakan Allah, setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Dan mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu jalan jalan dan cara yang dilakukan tersebut perlu dilakukan mengikut firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang mana, sehingga ia akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus.


Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


dan jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, barulah dilakukan mengikut sepertimana yang diketahui tersebut sehingga ia dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus.


JIKA TIDAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA "AHLUZZIKRI" sepertimana yang difirmankan oleh Allah pada


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 7


Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.


16.Surah An-Naĥl Ayat 43


Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLUL ZIKRI"  jika kamu tidak mengetahui.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI