FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA ORANG YANG BERTUHANKAN KEPADA SELAIN DARIPADA ALLAH,

(CONTOH TELAH MEMPERKATAKAN DENGAN LISAN LIDAHNYA, MEMIKIRKAN DENGAN FIKIRANNYA DAN ADA YANG TERLINTAS DIDALAM HATINYA TUHAN IALAH KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN BADAN DIRINYA SENDIRI ATAU TELAH MEMPERKATAKAN DENGAN LISAN LIDAHNYA, MEMIKIRKAN DENGAN FIKIRANNYA DAN ADA YANG TERLINTAS DIDALAM HATINYA TUHAN IALAH HAWA NAFSU SENDIRI)


SEBENARNYA MEREKA SEDANG MENYEMBAH SYAITAN


4.Surah An-Nisā' ayat 117


Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;


4.Surah An-Nisā' ayat 118


Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);


4.Surah An-Nisā' ayat 119


"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka, lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.


4.Surah An-Nisā' ayat 120


Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.


4.Surah An-Nisā' ayat 121


Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.


Orang yang samada memperkatakan dengan lisan lidahnya, memikirkan dengan fikirannya dan ada yang terlintas didalam hatinya tuhan ialah keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya, atau tuhan ialah nafsu sendiri, sebenarnya mereka telah dan sedang menjadikan nafsunya sebagai tuhan selain daripada Allah


Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah pada


25.Surah Al-Furqan ayat 43


Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?


45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23


Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?


Perbuatan sedang mempertuhankan kepada nafsu, jika dihurai secara lisan, membawa makna orang tersebut sedang berkata


"AKU IALAH TUHAN SELAIN DARIPADA ALLAH"


yang akan berlaku sepertimana yang difirmankan oleh Allah pada


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29


Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI