FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN TENTANG KEWAJIPAN BAGI SETIAP ORANG UNTUK MEMPELAJARI KALIMAH

  لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ


47.Surah Muĥammad ayat 16


‎وَمِنْهُم مَّن يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ حَتَّىٰ إِذَا خَرَجُوا مِنْ عِندِكَ قَالُوا لِلَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مَاذَا قَالَ آنِفًاۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءَهُمْ


Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah  orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" Mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.


47.Surah Muĥammad ayat 17


‎وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ


Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.


47.Surah Muĥammad ayat 18


‎فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةًۖ فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَاۚ فَأَنَّىٰ لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ


(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya) maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?


47.Surah Muĥammad ayat 19


‎فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ


Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).


6.Surah Al-'An`ām ayat 106


‎اتَّبِعْ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ


Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.


‎ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ IALAH SATU ASAS POKOK DIDALAM ISLAM


PENJELASAN DARI ALLAH MENGENAI SATU ASAS POKOK DIDALAM ISLAM


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 92


Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 93


(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 52


Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 53


Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.


Kalimah لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ ialah kalimah tauhid iaitu kalimah mentauhid atau mengesakan Allah.


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH ADALAH HASIL DARI LIMPAH KURNIA ALLAH KEPADA UMAT MANUSIA


12.Surah Yūsuf ayat 37


‎قَالَ لَا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ قَبْلَ أَن يَأْتِيَكُمَاۚ ذَٰلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّيۚ إِنِّي تَرَكْتُ مِلَّةَ قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ


Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan ugama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.


12.Surah Yūsuf ayat 38


‎وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَۚ مَا كَانَ لَنَا أَن نُّشْرِكَ بِاللَّهِ مِن شَيْءٍۚ ذَٰلِكَ مِن فَضْلِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ


"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub. Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid - mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.


MENTAUHID ATAU MENGESAKAN ALLAH IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK. YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN DAN SENTIASA DIDALAM PEMELIHARAAN ALLAH


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


‎قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


‎إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


‎قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ


Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN HANYA KEPADA ALLAH URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS


16.Surah An-Naĥl ayat 9


Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK


Firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 43


Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".


FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


Jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah mentauhid atau mengesakan Allah.


Allah akan pimpin orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Kejalan yang lurus membawa maksud


Allah akan jadikan orang yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik juga membawa maksud


Allah akan limpah dan kurniakan mentauhid atau mengesakan Allah kepada mereka-mereka yang melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Dengan ini menunjukkan bahawa setiap orang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Dan bagaimana jalan dan cara yang perlu dilakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri sebenarnya adalah sifat ketuhanan Allah.


Apabila berlakunya "PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri sebenarnya adalah sifat ketuhanan Allah, maka terisbatlah segala sifat ketuhanan hanya kepada Allah, Apabila terisbatlah segala sifat ketuhanan hanya kepada Allah, secara tidak langsung akan ternafilah segala sifat ketuhanan kepada selain daripada Allah termasuk kepada badan diri sendiri.


Dengan ini menunjukkan orang tersebut tidak membezakan diantara nafi dan isbat, ada hadis qudsi yang memperjelaskan tidak boleh membezakan diantara nafi dan isbat


“TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN DIANTARA KEDUANYA IAITU NAFI DAN ISBAT, BARANG SIAPA YANG MEMBEZAKAN DIANTARA NAFI DAN ISBAT, IANYA KAFIR”


Hadis ini telah menerangkan kepada kita bahawa setiap seorang tidak boleh membezakan apa yang perlu dinafikan dengan apa yang perlu diisbatkan, maksudnya apa yang hendak dinafikan dan apa yang hendak diisbatkan adalah mesti perkara yang sama tidak boleh perkara yang berbeza.


Contoh yang membeza-bezakan diantara nafi dan isbat ialah


Menafikan patung-patung sembahan mengisbatkan Allah


Menafikan keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri mengisbatkan Allah


Menafikan tuhan-tuhan yang lain mengisbatkan Allah


Jika seseorang itu membezakan diantara nafi dan isbat, perbuatan ini adalah kafir.


Yang tidak membezakan diantara nafi dan isbat membawa maksud perkara yang hendak dinafikan dan perkara yang hendak diisbatkan mestilah perkara yang sama iaitu "SIFAT KETUHANAN"


Dinafikan segala "SIFAT KETUHANAN" kepada selain daripada Allah termasuk kepada badan diri sendiri, dan


Diisbatkan segala "SIFAT KETUHANAN" hanya kepada Allah sahaja.


Inilah yang dimaksudkan tidak membezakan diantara nafi dan isbat..


Bagi orang yang telah melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Mereka ini akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


DENGAN INI MEMBAWA MAKNA ORANG YANG SEDANG MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Mengikut sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah pada


Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Adalah merupakan orang yang sedang memohon sepertimana firman Allah pada


Tunjukilah kami jalan yang lurus.

(1.Surah Al-Fātiĥah ayat 6)


‎صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ


Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

(1.Surah Al-Fātiĥah ayat 7)


Yang merupakan amal yang makbul sepertimana yang difirmankan oleh Allah pada


35.Surah Fāţir ayat 10


Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.


Kerana Allah janji akan pimpin orang yang telah melakukan perintahNya


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Kejalan yang lurus iaitu menjadi sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI