JANGAN MEMPERTUHANKAN KEPADA SELAIN DARIPADA ALLAH

ADA FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN TENTANG JANGAN BERTUHANKAN KEPADA DUA TUHAN


Firman Allah


16.Surah An-Naĥl ayat 51


Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.


FIRMAN ALLAH TENTANG HANYA ADA SATU TUHAN SAHAJA IAITU ALLAH YANG MAHA ESA


16.Surah An-Naĥl ayat 22


Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"


FIRMAN ALLAH YANG MENGISTIHARKAN ALLAH IALAH TUHAN YANG SEBENAR, SELAIN DARIPADA ALLAH IALAH TUHAN-TUHAN PALSU ATAU DENGAN ERTI KATA LAIN BUKAN TUHAN


Firman Allah


18.Surah Al-Kahf ayat 44


Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).


22.Surah Al-Ĥaj ayat 6


(Kedua-dua kenyataan) yang tersebut membuktikan bahawa sesungguhnya Allah jualah Tuhan Yang Sebenar-benarnya (yang berhak disembah), dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan makhluk-makhluk yang mati, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 62


Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


31.Surah Luqmān ayat 30


Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


37.Surah Aş-Şāffāt ayat 35


Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya,


37.Surah Aş-Şāffāt ayat 36


Serta mereka berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"


37.Surah Aş-Şāffāt ayat 37


(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).


37.Surah Aş-Şāffāt ayat 38


Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


37.Surah Aş-Şāffāt ayat 39


Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;


37.Surah Aş-Şāffāt ayat 40


Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,


38.Surah Şād ayat 84


Allah berfirman: " Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan


43.Surah Az-Zukhruf ayat 86


Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai  sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).


Dengan ini menunjukkan bahawa setiap seorang mesti mempelajari sehingga ia tahu, boleh menghurai dan menerangkan sendiri apa yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dengan maksud apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasukullah saw yang mana ?, supaya ia akan dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik atau sebagai seorang yang mentauhid atau mengesakan Allah supaya ia tidak akan bertuhankan kepada selain daripada Allah atau supaya ia tidak menjadikan selain daripada Allah sebagai tuhan


KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR, HANYA ORANG YANG BERAKAL YANG BOLEH MENGAMBIL IKTIBAR DAN PELAJARAN DARIPADA KISAH NABI-NABI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN.


12.Surah Yūsuf ayat 111


Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.


Untuk membicarakan jalan dan cara yang perlu dilakukan oleh seseorang supaya ia menjadikan Allah adalah tuhan yang sebenar, boleh mengambil iktibar dan pelajaran dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang telah diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada Surah Aş-Şāffāt dari ayat 83 - 111


83. Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.


84. Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.


85. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?


86. "Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?


87. "Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"


88. Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),


89. Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".


90. Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.


91. Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?


92. "Mengapa kamu tidak menjawab?"


93. Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).


94. (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.


95. (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?


96. "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"


97. (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu".


98. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).


99. Dan Nabi Ibrahim pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar).


100. " Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"


101. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.


102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".


103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),


Didalam ayat 102 dan 103 Allah memperjelaskan bahawa setelah Nabi Ismail mencapai peringkat baligh maka Nabi Ibrahim telah mengajarkan Nabi Ismail jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid atau jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik dengan kiasan "NABI IBRAHIM BERMIMPI UNTUK MENYEMBELIH NABI ISMAIL"


Nabi Ibrahim mengajar Nabi Ismail cara yang perlu dilakukan sehingga hilang keberadaan diri Nabi Ismail, 


104. Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!


105. "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.


106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;


107. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;


108. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:


109. "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".


110. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.


111. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.


Kepada Nabi Ibrahim dikiaskan dengan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail


YANG KEPADA KAUM NABI MUSA DIPERINTAH SUPAYA BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU”


Firman Allah pada 2.Surah Al-Baqarah ayat 54


Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,


maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;


iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".


Didalam firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.


Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”


JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"


Firman Allah


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


Mereka yang melakukan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" yang akan mengalami keadaan "MATI SEBELUM MATI" yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw didalam sebuah hadis


Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata : 


Rasulullah saw membaca ayat, 


39.Surah Az-Zumar ayat 22


Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.


Kami para sahabat bertanya : 


Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?


Rasulullah menjawab : 


Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.


Kami para sahabat bertanya : 


Tandanya apa ya Rasulullah ?


Jawab Rasulullah saw : 


Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.


Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."


Dan sedang melaksanakan perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU” adalah merupakan sedang melakukan perkara sunat yang apabila dilaksanakan Allah mencintainya


Kita lihat kepada firman Allah pada surah An-Nisa’ ayat 66 Allah telah berfirman memperjelaskan “KALAU KAMI WAJIBKAN KEPADA MEREKA DENGAN PERINTAH - BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU”


Bermakna perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” bukan perintah yang telah diwajibkan, ini membawa makna oleh kerana perintah ini bukan yang diwajibkan, menunjukkan perintah ini adalah perintah Allah yang sunat dilakukan.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah saw bersabda :


“Allah swt berfirman : “Barangsiapa yang menunjukkan permusuhan dengan Wali-Ku maka Aku menyatakan perang dengannya.”


Sambungan hadist tersebut adalah :


“….Tidaklah hambaKu mendekatiKu dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Ketika Aku mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya, menjadi tangannya yang ia bergerak dengannya dan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepadaKu, niscaya Aku berikan kepadanya; Dan sesungguhnya, jika ia memohon perlindungan kepadaKu niscaya Aku berikan perlindungan kepadanya.” (HR Bukhari)


Bersabda Rasulullah saw kepada Saidina Umar Ibnu Al Khattab ra dalam dialog mereka :


Rasulullah saw berkata :


Para Nabi dan para syuhada’ akan cemburu kepada segolongan hamba Allah kelak di akhirat kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah padahal mereka bukan para Nabi.


Umar bertanya : Siapakah mereka wahai Rasul?


Rasululullah saw menjawab :


Mereka ialah satu kaum yang saling mengasihi sesama mereka semata-mata kerana Allah, bukan kerana hubungan silaturrahim atau kerana harta. Demi Allah, sesungguhnya wajah mereka bercahaya, mereka memiliki beberapa mimbar yang bercahaya. Mereka tidak takut di kala manusia lain merasa takut, dan mereka tidak sedih di kala manusia lain merasa sedih. Lalu Rasulpun membaca ayat 62-63 dari surah Yunus :


“Ingatlah, sesungguhnya Wali-Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (QS Yunus : 62-63)


Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah Swt. berfirman, ‘Siapa yang memusuhi wali (kekasih)-ku maka aku menyatakan perang kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai selain dari apa yang Aku wajibkan kepadanya. Dan hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (amalan sunah) hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Akulah pandangannya yang dengannya ia memandang, Akulah tangannya yang dengannya ia bertindak, dan Akulah kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya Aku memberinya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku melindunginya.’” (H.R. Bukhari)


Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri


Yang perlu dimuzakarahkan dengan lebih lanjut lagi ialah firman Allah dan hadis nabi yang mana satu yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan, keakuan atau keupayaan badan diri sendiri....


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah sebenar-benar ikhlas


17.Surah Al-'Isrā' ayat 65


Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).


38.Surah Şād ayat 82


Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -


38.Surah Şād ayat 83


" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".


FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH MERUPAKAN SEBENAR-BENAR IKHLAS


29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65


Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.


FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK YANG MEMBAWA KEPADA MAKNA IKHLAS IALAH YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK


31.Surah Luqmān ayat 22


Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.


39.Surah Az-Zumar ayat 2


Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.


39.Surah Az-Zumar ayat 3


Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 103


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS MENUNJUKKAN BAHAWA IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK IAITU BERPEGANG DENGAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID. INILAH JUGA YANG MERUPAKAN TALI ALLAH


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI