JANGAN SAMPAIKAN SESUATU YANG BADAN DIRI SENDIRI BELUM LAKUKAN, YANG BADAN DIRI SENDIRI BELUM MENGALAMI DAN MERASAI SENDIRI
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
SEHINGGA IA AKAN MENGALAMI DAN MERASAI SENDIRI HIKMAH YANG TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH DAN SABDA RASULULLAH SAW.
Hikmah ini hanya akan diberikan oleh Allah kepada orang yang melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya iaitu apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan.
Hikmah yang telah diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah dan sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw bersifat tidak akan terceritakan dengan apa cara sekalipun, hanya akan didapatkan oleh orang yang melakukan sendiri mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya.
Oleh yang demikian setiap orang yang hendak mengalami sendiri hikmah yang tersembunyi didalam setiap yang telah difirmankan oleh Allah dan yang tersembunyi disebalik apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara iaitu bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu apa yang dilakukan tersebut telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan mengikut dari sabda Rasulullah saw yang mana satu.
Setelah tahu, setelah boleh menghurai dan setelah boleh menerangkan jalan dan cara iaitu bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu apa yang dilakukan tersebut telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan mengikut dari sabda Rasulullah saw yang berkaitan, maka lakukanlah sepertimana yang diketahui, sepertimana yang dihurai dan sepertimana yang di terangkan dengan jalan dan cara mengikut apa yang tersurat dan mengikut apa yang tersirat didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw sehingga akan mengalami dan merasai sendiri hikmah disebalik melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
HANYA ORANG YANG MELAKUKAN SENDIRI SESUATU PERKARA MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH YANG AKAN MENGALAMI DAN MERASAI, APA YANG DIALAMI DAN DIRASAI TIDAK AKAN TERCERITAKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN.
Ceritalah macam mana sekali pun, hurailah macam mana sekali pun tidak ada orang yang akan mengalami dan merasai sepertimana yang ia sedang alami dan rasai tersebut.
Untuk orang lain mengalami dan merasai sendiri apa yang boleh dilakukan ialah menunjukkan jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah iaitu apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan.
Setelah orang yang ditunjuki jalan dan cara yang perlu dilakukan mengikut firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan, melakukan sendiri jalan dan cara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, barulah ia akan mengalami dan merasai sendiri keadaan yang tidak akan boleh diceritakan dengan apa cara sekalipun, keadaan yang tidak akan boleh dihuraikan dengan apa cara sekalipun.
JANGAN MELAKUKAN SESUATU PERKARA MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
DAN JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU SECARA AGAK-AGAK
MAKSUDNYA SELAGI BELUM MENGALAMI DAN MERASAI SENDIRI YANG TERHASIL DARIPADA MELAKUKAN SESUATU MENGIKUT SEPERTI YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH, APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
KERANA ADA FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BINASALAH ORANG-ORANG YANG MENGELUARKAN PENDAPAT SECARA AGAK-AGAK SAHAJA
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 6
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 7
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 8
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 9
Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 10
Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 11
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
ORANG YANG JAHIL IALAH ORANG YANG MENGADAKAN TUHAN YANG LAIN DISAMPING ALLAH ATAU DENGAN KATA LAIN ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK SAMADA SYIRIK YANG NYATA, SYIRIK YANG TERSEMBUNYI DAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERDEMBUNYI.
Ini telah diistiharkan oleh Allah didalam peristiwa kaum nabi Musa meminta supaya nabi Musa membuat berhala untuk mereka sembah
Peristiwa ini terdapat didalam Surah Al-A'raf ayat 138.
138. Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
JANGAN MELAKUKAN SESUATU PERKARA MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
JANGAN KAMU IKUT APA YANG KAMU TIDAK TAHU SERTA JANGAN KAMU MENYALAHI PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH
17.Surah Al-'Isrā' ayat 36
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Sebelum daripada melakukan sesuatu perkara setiap orang mesti tahu dan mesti boleh menerang dan menghuraikan sendiri bagaimana hendak melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
17.Surah Al-'Isrā' ayat 37
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 38
Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 39
Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)
MENJADI KEWAJIPAN KEATAS SETIAP BADAN DIRI SENDIRI SUPAYA IA JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN
Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada
61.Surah Aş-Şaf ayat 2
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
61.Surah Aş-Şaf ayat 3
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Setiap orang yang telah memperkatakan sesuatu tentang makrifatullah mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Firman Allah yang memperjelaskan Allah telah menerangkan perlunya seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid. Keterangan yang diberikan oleh Allah didalam Al-Quran bukan dengan satu cara sahaja tetapi Allah telah berikan keterangan tersebut dengan pelbagai cara.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
39.Surah Az-Zumar ayat 3
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Atau mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana untuk melakukan jalan untuk mengenal tuhanmu iaitu Allah mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"
Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu
Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu iaitu (ALLAH)
YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
Jika seseorang itu tidak tahu, tidak boleh menghurai dan menerangkan tentang bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal tuhannya (Allah) mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
Menunjukkan, yang ia sedang memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak melakukannya kerana bagaimana ia hendak melakukan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu dan tidak boleh menerang dan menghuraikannya ?
FIRMAN ALLAH YANG TELAH MEMPERJELASKAN "SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN ATAU AKAN MENJADI SARANG SYAITAN."
FIRMAN ALLAH YANG MENERANGKAN KEPADA SIAPA SYAITAN SELALU TURUN
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,
Siapakah pendusta ... ?
6.Surah Al-'An`ām ayat 148
Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.
"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".
Cuba kita kembali kepada firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
ALAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -
JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"
JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"
LAGI KETERANGAN DARI FIRMAN ALLAH
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
ADA FIRMAN ALLAH YANG TELAH MEMPERJELASKAN
"WALAUPUN SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN TELAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN ATAU SARANG SYAITAN, TETAPI MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH"
KEADAAN INI TELAH DITERANGKAN SEPERTIMANA DIDALAM FIRMAN ALLAH
43.Surah Az-Zukhruf ayat 36
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 37
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 38
Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 39
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".
43.Surah Az-Zukhruf ayat 40
Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 41
Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 42
Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 43
Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.
43.Surah Az-Zukhruf ayat 44
Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
7.Surah Al-'A`rāf ayat 30
Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.
INI ADALAH APA YANG TELAH ALLAH TERANGKAN DIDALAM FIRMANNYA....
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 60
Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.
3.Surah 'Āli `Imrān ayat 61
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan