SETIAP SEORANG MESTI MEMPUNYAI KESEDARAN YANG IA TIDAK AKAN BOLEH MENERANGKAN TENTANG ALLAH KERANA ALLAH TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN.
Supaya ia tidak akan berusaha untuk menerangkan tentang Allah tetapi akan berusaha supaya ia akan melakukan sesuatu perkara mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dengan dilakukan mengikut dari firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang berkaitan.
FIirman Allah,
18.Surah Al-Kahf ayat 109
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah memperjelaskan jika ditambah lagi 7 air lautan yang dijadikan dakwat untuk menerangkan tentang Allah tetap tidak akan terterangkan
31.Surah Luqmān ayat 25
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".
Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
31.Surah Luqmān ayat 26
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
31.Surah Luqmān ayat 27
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
31.Surah Luqmān ayat 28
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
Lagi sekali ditegaskan, Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Walaupun Allah menegaskan bahawa Allah tidak boleh diterangkan walau dengan apa cara sekalipun tetapi ramai yang masih ingin dan berusaha mencari dan memberikan penerangan tentang Allah dan memperkatakan Allah begitu dan begini..
JALAN KELUAR YANG ALLAH TELAH TUNJUKKAN KEPADA SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH ...
Telah diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada
18.Surah Al-Kahf ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA"
Setelah sedar yang Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara seklipun, disiplinkan badan diri sendiri supaya ia tidak akan berusaha untuk menerangkan tentang Allah,
Sebenarnya bercerita dan berusaha untuk menerangkan tentang Allah yang tidak terceritakan menunjukkan orang tersebut sedang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah
Surah Al-Ankabut ayat 68
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
Diantara janji Allah kepada orang beriman dan beramal soleh iaitu orang yang melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 5
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah, maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 6
Dan sesiapa yang berjuang, maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
29.Surah Al-`Ankabūt ayat 7
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.
Dengan ini menunjukkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh iaitu orang yang melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi adalah merupakan seorang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya iaitu Allah,
Mereka ini telah dijamin oleh Allah "PASTI TANPA RAGU MEREKA AKAN BERTEMU DENGANNYA" seperti yang telah difirmankan oleh Allah "maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan sampai"
Yang perlu dilakukan oleh setiap orang ialah ia mesti berusaha melakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sepertimana firman Allah pada
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG NERKAITAN.
Supaya ia akan menjadi seorang yang "BERHARAP DAN PERCAYA" yang ia pasti akan "BERTEMU DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH"
Setiap orang mesti berlatih untuk membina kesedaran kepada badan dirinya sendiri yang ia tidak boleh membersihkan dirinya daripada melakukan sebarang perbuatan syirik, tetapi apa yang ia perlu dan boleh lakukan ialah melakukan perintah Allah dan RasulNya yang apabila dilakukan perintah tersebut Allah akan jadikan ia sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang perbuatan syirik. kerana yang diberdihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan.
Ada firman Allah yang memperjelaskan bahawa yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang tidak boleh disesatkan oleh iblis dan syaitan, ini telah diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
KETERANGAN DARI AL-QURAN TENTANG ALLAH YANG AKAN MEMBERI PETUNJUK HIDAYAH KE JALAN YANG LURUS TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH PADA
81.Surah At-Takwīr ayat 25
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
81.Surah At-Takwīr ayat 26
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
81.Surah At-Takwīr ayat 27
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
81.Surah At-Takwīr ayat 28
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang betul (lurus)
81.Surah At-Takwīr ayat 29
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
FIRMAN ALLAH YANG MENERANGKAN BAHAWA ALLAH TELAH MENERANGKAN DIDALAM AL-QURAN DENGAN BERBAGAI CARA TENTANG PERLUNYA SESEORANG ITU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman memperjelaskan bahawa URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS HANYA TERTENTU KEPADA ALLAH
16.Surah An-Naĥl ayat 9
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
Dari keterangan seperti diatas, menunjukkan bahawa jalan yang lurus ialah yang dibersihkan daripada sebarang syirik, orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah mereka yang Allah hapuskan segala perbuatan syirik, hasil daripada mereka malakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Orang yang berjalan diatas jalan yang lurus ialah orang yang telah Allah bersihkan mereka dari melakukan sebarang perbuatan syirik setelah mereka melakukan sesuatu mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. iaitu mereka melakukan sesuatu perkara dengan mengikut dari firman Allah dan dari sabda Rasulullah saw yang berkaitan. Segala Amal yang dilakukan oleh orang yang Allah telah jadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik akan menjadi amal yang soleh.
Orang yang melakukan perintah Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, Allah akan jadikan ia sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik atau Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus.
Orang yang Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus telah diistiharkan oleh Allah pada firmanNya didalam
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Orang yang akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus ialah orang yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dengan
MAKSUD, APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN,
inilah yang merupakan orang yang percaya dan berharap akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah dan sudah tentu (pasti), mereka akan bertemu dengan tuhannya iaitu Allah, Ini janji yang telah dijanjikan oleh Allah dan Allah tidak pernah mengubah janjiNya
30.Surah Ar-Rūm ayat 6
Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
10.Surah Yūnus ayat 44
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
7.Surah Al-'A`rāf ayat 43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN, JIKA TIDAK DIPIMPIN DAN DIBERIKAN PETUNJUK OLEH ALLAH MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT
6.Surah Al-'An`ām ayat 77
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
Mulai dari saat ini juga, Setiap orang mesti berusaha untuk menyedarkan badan dirinya sendiri yang ia mesti berusaha untuk menjadi seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik iaitu dipimpin oleh Allah ke jalan yang lurus yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.
Dengan maksud apa yang dilakukan telah dilakukan mengikut dari firman Allah dan mengikut dari sabda Rasulullah saw yang berkaitan
BUKAN DENGAN MENGELUARKAN PENDAPAT SECARA AGAK-AGAK SAHAJA
Kerana ada firman Allah yang memperjelaskan pada
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 6
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 7
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 8
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 9
Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 10
Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 11
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
BUKAN YANG DILAKUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
ATAU BUKAN YANG DILAKUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Firman Allah
43.Surah Az-Zukhruf ayat 86
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
43.Surah Az-Zukhruf ayat 87
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
43.Surah Az-Zukhruf ayat 88
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
43.Surah Az-Zukhruf ayat 89
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
Amal solleh ialah amal yang dilakukan yang tidak disertakan dengan sebarang perbuatan syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan