PELBAGAI CARA YANG ALLAH TUNJUKKAN DIDALAM AL-QURAN TENTANG PERLUNYA MELAKUKAN JALAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID

Yang Allah istiharkan didalam firmanNya pada


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dala

 pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


Disini membawa maksud Allah telah menerangkan tentang perlunya seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid, dengan pelbagai cara, bukan membawa maksud melakukan jalan dan cara untuk menetaplan pegangan atau ikktiqad dan tauhid dengan pelbagai cara.


Atau jalan untuk mengenal tuhanmu iaitu Allah seperti yang diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15


Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16


Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17


(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18


"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19


Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?


Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"


Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu


Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


Diantara pelbagai cara yang Allah telah terangkan didalam Al-Quran tentang perlunya setiap badan diri sendiri melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal tuhanmu iaitu Allah


CARA PERTAMA YANG ALLAH TUNJUKKAN TENTANG PENTINGNYA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHAN IAITU ALLAH DENGAN


Beramal dengan amal soleh dan jangan mempersekutukan sesiapa pun semasa melakukan ibadatnya kepada Tuhannya iaitu Allah


Allah tidak akan boleh diterangkan dengan apa cara sekalipun, walaupun keseluruhan air lautan dijadikan dakwat untuk menghuraikannya


18.Surah Al-Kahf ayat 109


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah memperjelaskan jika ditambah lagi 7 air lautan yang dijadikan dakwat untuk menerangkan tentang Allah tetap tidak akan terterangkan


31.Surah Luqmān ayat 25


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". 


Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


31.Surah Luqmān ayat 26


Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


31.Surah Luqmān ayat 27


Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


31.Surah Luqmān ayat 28


(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


Lagi sekali ditegaskan, Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Walaupun Allah menegaskan bahawa Allah tidak boleh diterangkan walau dengan apa cara sekalipun tetapi ramai yang masih ingin dan berusaha dan mencari penerangan tentang Allah dan memperkatakan Allah begitu dan begini..


JALAN KELUAR YANG ALLAH TELAH TUNJUKKAN KEPADA SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA IAITU ALLAH ...


Ialah seperti yang telah diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..


Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...


Allah telah mengarahkan kepada sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


BUKAN BERCERITA TENTANG ALLAH BEGITU DAN BEGINI


Apabila seseorang itu bercerita tentang Allah berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang dipelajari dari sesama makhlok, (bukan yang dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah, kerana orang yang mendapat pimpinan dan telah diberikan petunjuk oleh Allah mereka tidak akan menceritakan berkenaan Allah yang tidak akan terceritakan dengan apa cara sekalipun)


Orang yang menceritakan tentang Allah yang tidak akan boleh diceritakan dengan apa cara sekalipun inilah menjadikannya sedang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah, sedangkan Allah bukanlah seperti yang direka-reka cerita tersebut..


Ini akan berlaku sepertimana firman Allah


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225


Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226


Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 203


Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu ayat Al-Quran (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): "Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan ayat itu?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan yang membuka hati - dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman".


7.Surah Al-'A`rāf ayat 204


Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 206


Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.


Sebenar-benar ilmu hakikat dan makrifat ialah ilmu yang telah diberikan pimpinan, hidayah dan petunjuk daripada Allah kepada orang-orang yang telah melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah untuk diberikan pimpinan iaitu orang yang bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik dengan melaksanakan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"


Amal yang mereka lakukan akan menjadi sebagai amal soleh, janji Allah kepada orang beramal soleh


10.Surah Yūnus ayat 9


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 23


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 24


Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.


Allah akan anugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan sifat-sifat terpuji iaitu sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah dan sifat kemanusiaan yang elok yang didalam bahasa 'Arabnya disebutkan dengan "MUHAMMADUN"


Ini adalah sifat-sifat rasul atau pesuruh Allah yang akan Allah berikan kepada orang yang telah hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri hasil daripada melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal tuhanmu iaitu Allah, mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mengubah janjiNya


30.Surah Ar-Rūm ayat 6


Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


10.Surah Yūnus ayat 44


Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.


CARA KEDUA YANG ALLAH TUNJUKKAN TENTANG PENTINGNYA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


INGAT KEPADA ALLAH KERANA DENGAN INGAT KEPADA ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN JIWA


FIRMAN ALLAH


13.Surah Ar-Ra`d ayat 28


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


ALLAH BERFIRMAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”


89.Surah Al-Fajr ayat 27


(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -


Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!


Manakala didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Dengan secara tidak langsung menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu sebagai seorang  yang beriman dan beramal soleh.


BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH YANG DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH ...


"ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu."


CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


2.Surah Al-Baqarah ayat 198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), 


DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.


Didalam firman ini Allah telah menerangkan dengan jelas dan nyata Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan  “SALAH JALAN IBADATNYA”


2.Surah Al-Baqarah Ayat 2


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;


CARA KETIGA YANG ALLAH TUNJUKKAN TENTANG PENTINGNYA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


Iaitu bertaubat dengan “TAUBAT NASUHA”


BERTAUBATLAH DENGAN “TAUBAT NASUHA”, MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU DALAM SYURGA


Firman Allah


66.Surah At-Taĥrīm ayat 6


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


66.Surah At-Taĥrīm ayat 7


Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".


66.Surah At-Taĥrīm ayat 8


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".


Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah


2.Surah Al-Baqarah ayat 54


Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,


maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;


iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".


JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


38.Surah Şād ayat 82


Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -


38.Surah Şād ayat 83


" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".


17.Surah Al-'Isrā' ayat 65


Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).


Ini membawa maksud sesiapa yang bertaubat dengan taubat nasuha dengan melakukan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus iaitu menjadikan sebagai seorang yang dibersihkan daripada syirik..


Oleh yang demikian setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" dan bagaimana jalan untuk melakukan perintah tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri


CARA KEEMPAT YANG ALLAH TUNJUKKAN TENTANG PENTINGNYA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANNYA


BERTASBIH MENSUCIKAN ALLAH SEHINGGA DATANG KEPADAMU PERKARA YANG TETAP YAKIN


15.Surah Al-Ĥijr ayat 94


Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 95


Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, -


15.Surah Al-Ĥijr ayat 96


(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).


15.Surah Al-Ĥijr ayat 97


Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 98


Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 99


Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.


BAGAIMANA CARA NAK BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


Surah Al-'Ala


1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -


2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;


3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);


4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,


5. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.


6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,


7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.


8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.


9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);


10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;


11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,


12. Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),


13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.


14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),


15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).


16. (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;


17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -


19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


SETIAP ORANG MESTI TAHU, BOLEH MENGHURAIKAN JALAN YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH UNTUK MELAKUKAN PERINTAH "BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU"


CARA KELIMA YANG ALLAH TUNJUKKAN TENTANG PENTINGNYA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


BERIBADAT UNTUK MENYEBUT NAMA TUHANMU SEBAGAI TANDA BERSYUKUR”


20.Surah Ţāhā ayat 130


Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).


22.Surah Al-Ĥaj ayat 34


Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat


22.Surah Al-Ĥaj ayat 35


Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.


CARA KEENAM YANG ALLAH TUNJUKKAN TENTANG PENTINGNYA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


BILA RASA TAKUT,


ATAU SEDANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYAI DIRI SENDIRI, SEBUT DAN INGATLAH KEPADA ALLAH - INILAH CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK HIDAYAH ALLAH DAN MERUPAKAN SIFAT ORANG YANG MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH


FIRMAN ALLAH


2.Surah Al-Baqarah ayat 155


Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:


2.Surah Al-Baqarah ayat 156


(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah 

jualah kami kembali."


2.Surah Al-Baqarah ayat 157


Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


Apabila kita mengalami perasaan takut, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada perasaan takut itu didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya..  


Apabila kita mengalami perasaan dan berada didalam keadaan kelaparan, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada keadaan kelaparan itu sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya...


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 135


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 136


Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.


Bila kita sedang berada didalam keadaan sedang menganiayai diri sendiri (berlaku syirik), tumpukan sebulat tumpuan kepada keadaan tersebut, didalam masa yang sama ingatlah kepada Allah dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya..


CARA KETUJUH YANG ALLAH TUNJUKKAN TENTANG PENTINGNYA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


MENJADI ORANG YANG BERTAKWA KEPADA ALLAH


CARA UNTUK BERTAKWA KEPADA ALLAH


4.Surah An-Nisā' Ayat 1


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.


4.Surah An-Nisā' Ayat 2


Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.


Orang yang bertakwa kepada Allah ialah orang yang berakal


“ORANG YANG BERAKAL” IALAH ORANG-ORANG YANG MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH SEMASA MEREKA BERDIRI DAN DUDUK DAN SEMASA MEREKA BERBARING MENGIRING


Orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah ialah seperti yang telah diterangkan didalam firman Allah


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan 

(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


5.Surah Al-Mā'idah ayat 100


Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.


5.Surah Al-Mā'idah ayat 101


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.


5.Surah Al-Mā'idah ayat 102


Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya).


5.Surah Al-Mā'idah ayat 103


Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya


5.Surah Al-Mā'idah ayat 104


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?


Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:  


5.Surah Al-Mā'idah ayat 105


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. 


SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING 


Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”


[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


13.Surah Ar-Ra`d ayat 19


Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.


13.Surah Ar-Ra`d ayat 20


Orang-orang yang menyempurnakan perjanjian Allah dan tidak merombak (mencabuli) perjanjian yang telah diperteguhkan itu; -


13.Surah Ar-Ra`d ayat 21


Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); -


13.Surah Ar-Ra`d ayat 22


Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; -


13.Surah Ar-Ra`d ayat 23


Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 28


Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya!"


38.Surah Şād ayat 29


(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang  yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.


39.Surah Az-Zumar ayat 9


"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.


FIRMAN ALLAH YANG MENERANGKAN KEPADA SIAPA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ORANG YANG BERAKAL


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Untuk menjadi sebagai seorang yang berakal setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan cara dan jalan yang perlu dilakukan untuk menyebut nama Allah sehingga sampai "INGAT KEPADA ALLAH" diketika duduk, berdiri dan berbaring mengiring yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, iaitu seperti firman Allah pada


Sudahlah seseorang itu melakukan cara yang apabila dilakukan cara tersebut akan mendatangkan ingat kepada Allah mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah?


CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


2.Surah Al-Baqarah ayat 198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), 


DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.


Didalam firman ini Allah telah menerangkan dengan jelas dan nyata Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan  “SALAH JALAN IBADATNYA”


Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan sepertimana yang difirmankan oleh Allah


"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"


Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Surah Al-Mu'minūn ayat


86. Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"


87. Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"


Sudahkah seseorang itu melakukan cara untuk bertaqwa kepada Allah sepertimana yang telah Allah firmankan


Orang yang sudah "INGAT KEPADA ALLAH - ZIKIRULLAH" yang terhasil daripada ia telah melakukan cara dan jalan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah adalah merupakan orang yang akan dianugerahkan dengan "NAFSU MUTMAINNAH - JIWA YANG TENANG"


39.Surah Az-Zumar ayat 10


Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".


39.Surah Az-Zumar ayat 11


Katakanlah lagi (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;


39.Surah Az-Zumar ayat 12


"Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah)".


39.Surah Az-Zumar ayat 13


Katakanlah lagi: "Sesungguhnya aku takut - jika aku menderhaka kepada Tuhanku - akan azab hari yang besar (soal jawabnya)".


39.Surah Az-Zumar ayat 14


Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan ugamaku kepadaNya.


SEBELUM DARIPADA MELAKUKAN JALAN UNTUK MELAKSANAKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID


terlebih dahulu setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan apakah syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Supaya seseorang itu tidak akan melakukan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid didalam keadaan ia sedang dan masih melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Jika seseorang itu melakukan jalan untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid didalam keadaan ia masih dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik


39.Surah Az-Zumar ayat 65


Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.


6.Surah Al-'An`ām ayat 88


Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).


47.Surah Muĥammad ayat 33


Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!


Didalam Surah Muĥammad ayat 33 Allah berfirman dan menyeru orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dengan mengikut firmanNya dan taat kepada Rasulullah saw dengan mengikut sabdanya dan hendaklah melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang syirik kerana amal yang dilakukan yang disertakan dengan melakukan sebarang perbuatan syirik akan membatalkan amal yang dilakukan tersebut.


Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah samada yang telah


  • dilakukan dengan perbuatan anggota badan
  • Diperkatakan dengan lisan lidah
  • Difikirkan dengan akal fikirannya atau
  • Ada yang terlintas didalam hatinya


Syirik ialah melakukan perkara-perkara yang menerangkan sedang mengadakan tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah


6.Surah Al-'An`ām ayat 19


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".


Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi....


Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.


10.Surah Yūnus ayat 16


قُل لَّوْ شَاءَ اللَّهُ مَا تَلَوْتُهُ عَلَيْكُمْ وَلَا أَدْرَاكُم بِهِۖ فَقَدْ لَبِثْتُ فِيكُمْ عُمُرًا مِّن قَبْلِهِۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika Allah kehendaki (supaya aku tidak membacakan Al-Quran ini kepada kamu), tentulah aku tidak dapat membacakannya kepada kamu, dan tentulah Ia tidak memberitahu kamu akan Al-Quran ini (dengan perantaraanku); kerana sesungguhnya aku telah tinggal dalam kalangan kamu satu masa yang lanjut (dan kamu pula mengenal aku sebagai seorang yang amanah) sebelum turunnya Al-Quran ini; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?"


10.Surah Yūnus ayat 17


فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْمُجْرِمُونَ


Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayatNya.  Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.


10.Surah Yūnus ayat 18


وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُمْ وَلَا يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَٰؤُلَاءِ شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللَّهِۚ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللَّهَ بِمَا لَا يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِۚ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ


Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi (padahal Allah mengetahui segala-galanya)? Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan."


10.Surah Yūnus ayat 19


وَمَا كَانَ النَّاسُ إِلَّا أُمَّةً وَاحِدَةً فَاخْتَلَفُواۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ فِيمَا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ


Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan ugama yang satu (ugama Allah), kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat), tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihkan itu.


16.Surah An-Naĥl ayat 72


وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِۚ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ


Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?


16.Surah An-Naĥl ayat 73


وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ شَيْئًا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ


Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.


16.Surah An-Naĥl ayat 74


فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.


19.Surah Maryam ayat 81


وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لِّيَكُونُوا لَهُمْ عِزًّا


Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka.


19.Surah Maryam ayat 82


كَلَّاۚ سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدًّا


Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka.


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 22


لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَاۚ فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ


Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 23


لَا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ


Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak.


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 24


أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةًۖ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْۖ هَٰذَا ذِكْرُ مَن مَّعِيَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِيۗ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الْحَقَّۖ فَهُم مُّعْرِضُونَ


Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpalingingkar.


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 25


وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ


Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".


22.Surah Al-Ĥaj ayat 67


لِّكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُۖ فَلَا يُنَازِعُنَّكَ فِي الْأَمْرِۚ وَادْعُ إِلَىٰ رَبِّكَۖ إِنَّكَ لَعَلَىٰ هُدًى مُّسْتَقِيمٍ


Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariaatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 68


وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ


Dan jika mereka mengemukakan bantahan kepadamu, maka katakanlah: "Allah Amat" mengetahui akan apa yang kamu lakukan.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 69


اللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ


"Allah akan menghukum di antara kamu semua pada hari kiamat, mengenai apa yang kamu berselisihan padanya".


22.Surah Al-Ĥaj ayat 70


أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِۗ إِنَّ ذَٰلِكَ فِي كِتَابٍۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ


Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 71


وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَانًا وَمَا لَيْسَ لَهُم بِهِ عِلْمٌۗ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ


Dan mereka menyembah yang lain dari Allah iaitu benda-benda yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan membenarkannya, dan yang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya dan (ingatlah) tiadalah bagi orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syirik) itu sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan (di dunia dan di akhirat).


22.Surah Al-Ĥaj ayat 72


وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ تَعْرِفُ فِي وُجُوهِ الَّذِينَ كَفَرُوا الْمُنكَرَۖ يَكَادُونَ يَسْطُونَ بِالَّذِينَ يَتْلُونَ عَلَيْهِمْ آيَاتِنَاۗ قُلْ أَفَأُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكُمُۗ النَّارُ وَعَدَهَا اللَّهُ الَّذِينَ كَفَرُواۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ


Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "


36.Surah Yā-Sīn ayat 74


وَاتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لَّعَلَّهُمْ يُنصَرُونَ


Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).


36.Surah Yā-Sīn ayat 75


لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُندٌ مُّحْضَرُونَ


Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.


36.Surah Yā-Sīn ayat 76


فَلَا يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْۘ إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَ


Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 50


فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ


(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 51


وَلَا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ


"Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 52


كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ


Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila".


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 53


أَتَوَاصَوْا بِهِۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ


Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 54


فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ


Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka).


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 55


وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ


Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya 

peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.


51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 56


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri dan makhlok lain samada yang telah dilakukan dengan cara


- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain


Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan samada dengan cara


- memperkatakan dengan lisan lidah

- memikirkan dengan fikirannya

- dan ada terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah didalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain


34.Surah Saba' ayat 20


وَلَقَدْ صَدَّقَ عَلَيْهِمْ إِبْلِيسُ ظَنَّهُ فَاتَّبَعُوهُ إِلَّا فَرِيقًا مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ


Dan sesungguhnya Iblis telah dapati sangkaannya tepat terhadap mereka, 

iaitu mereka menurutnya, kecuali sebahagian dari orang-orang yang beriman (yang tidak terpedaya kepada hasutannya).


34.Surah Saba' ayat 21


وَمَا كَانَ لَهُ عَلَيْهِم مِّن سُلْطَانٍ إِلَّا لِنَعْلَمَ مَن يُؤْمِنُ بِالْآخِرَةِ مِمَّنْ هُوَ مِنْهَا فِي شَكٍّۗ وَرَبُّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ


Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan 

mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.


34.Surah Saba' ayat 22


قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِۖ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ


Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi, dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi, dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari 

mereka".


34.Surah Saba' ayat 23


وَلَا تَنفَعُ الشَّفَاعَةُ عِندَهُ إِلَّا لِمَنْ أَذِنَ لَهُۚ حَتَّىٰ إِذَا فُزِّعَ عَن قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْۖ قَالُوا الْحَقَّۖ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ


Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.


34.Surah Saba' ayat 24


قُلْ مَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۖ قُلِ اللَّهُۖ وَإِنَّا أَوْ إِيَّاكُمْ لَعَلَىٰ هُدًى أَوْ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ


Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".


34.Surah Saba' ayat 25


قُل لَّا تُسْأَلُونَ عَمَّا أَجْرَمْنَا وَلَا نُسْأَلُ عَمَّا تَعْمَلُونَ


(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan".


34.Surah Saba' ayat 26


قُلْ يَجْمَعُ بَيْنَنَا رَبُّنَا ثُمَّ يَفْتَحُ بَيْنَنَا بِالْحَقِّ وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيمُ


Katakanlah lagi:" Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya".


Keterangan tentang bagaimana berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini boleh diambil iktibar dan pengajarannya seperti yang terdapat didalam firman Allah pada Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Didalam firman diatas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang ada pada makhlok yang dipandang sebagai keberadaan makhlok tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu


Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhlok-makhlok yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.


INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI


Seterusnya didalam surah dan ayat yang sama juga, Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhlok sifat-sifat ketuhanan itu


Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.


Disini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri disamping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29


Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.


KEBERADAAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU


SEDANG MERASAI ADA DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRINYA SENDIRI SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.


KITA TAHU ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH


APABILA KITA MERASA DIRI KITA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT DIRI KITA SENDIRI.. 


OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..


Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah


25.Surah Al-Furqān ayat 43


Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?


45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23


Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?


ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEBERADAAN, KEAKUAN DAN KEUPAYAAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI, DISAMPING ATAU BERSAMA-SAMA ALLAH.


Hawa nafsu sendiri atau keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain disisi, disamping atau bersama-sama Allah


Ini adalah perbuatan sedang sekutukan diri sendiri dan makhlok-makhlok dengan Allah


Begitu juga jika seseorang itu memandang ada makhlok selain daripada ada Allah membawa makna ia sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada maklok tersebut yang membawa erti sedang menjadikan makhlok tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyengutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik


Firman Allah


16.Surah An-Naĥl ayat 22


Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).


16.Surah An-Naĥl ayat 51


Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana  sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.


Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok termasuk pada diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhlok tidak akan bersifat dengan sifat ketuhanan. Maksudnya makhlok tidak mempunyai sifat ketuhanan, sifat ketuhanan yang ada pada makhlok akan dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhlok tersebut dengan meletakkan sifat ketuhanan kepada makhlok tersebut.


Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhlok tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah


Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhlok-makhlok itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh didalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah


Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan dirinya sendiri


Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai  sifat diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah


Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari. 


Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri adalah sifat Allah didalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.


INI ADALAH SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI,


DIANTARA JALAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MELAKSANAKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU IAITU ALLAH


Seperti Firman Allah pada


 7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


87.Surah Al-'A`lá ayat 15


Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).


JALAN UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan


Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ... 


Untuk melaksanakan perintah Allah


 7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw...


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Ini adalah jalan untuk menyebut Allah secara tersembunyi didalam hati ...


FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI


Rasulullah saw pernah bersabda , 


“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat. 


Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya. 


Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka. 


Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ? 


Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya. 


Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya. 


Aku akan membalas amal kebaikanmu itu. 


Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).” 


( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )


Ringkasan dari keterangan diatas dapat disimpulkan terdapat dua jalan yang berbeza


JALAN PERTAMA - ialah menyebut Nama Allah dengan lisan lidah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah


JALAN KEDUA - ialah menyebut Nama Allah didalam hati dengan cara pejamkan mata, menyebut Allah dengan menungkatkan lidah kelangit-langit ...


Bagaimana hendak melakukan Kedua-dua jalan ini memerlukan penjelasan yang lebih lanjut lagi ..


JALAN KE 3 -  mengadakan soalan kepada diri sendiri "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN ..... DAN TENTUKAN JAWAPANNYA " ALLAH"


Mengambil iktibar dari firman Allah


13.Surah Ar-Ra`d ayat 16


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" 


Jawablah: "Allah". 


Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, 

patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" 


Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? 


Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? 


Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" 


Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".


BIASANYA KAEDAH INI DIGUNAKAN UNTUK MENCANTASKAN GANGGUAN YANG MENDATANG... SEPERTI FIKIRAN DAN LAIN-LAIN


Contoh:-


Semasa menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.


Ada terlintas didalam fikiran atau didalam hati tentang keberadaan diri sendiri atau tentang sangkaan kepada Allah...


Tanyalah "SIAPAKAH YANG MENJADIKAN PERKARA TERSEBUT?,"  tentukan jawapannya ialah "ALLAH" .....


Setelah menjawab "ALLAH" teruskan menyebut Allah, Allah, Allah dan tujukan sebutan Allah yang disebut itu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.


Untuk boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat diri sendiri, seseorang itu perlu, jangan samada


  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • Memikirkan dengan fikirannya atau jangan ada
  • Yang terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri


Untuk boleh menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, seseorang itu perlu jangan samada


  • memperkatakan dengan lisan lidahnya
  • Memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada
  • Yang terlintas didalam hatinya


Tentang keberadaan Allah diketika ia masih lagi atau sedang merasakan akan keberadaan dirinya sendiri ....


JALAN ATAU KAEDAH INI JUGA BOLEH DIAMALKAN UNTUK MENGHADZIRKAN KHUSYUK DIDALAM SOLAT


KESEMUANYA HEDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG TERSEBUT DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...


JALAN YANG KE 4 -  kembali bernafas sepertimana mula dilahirkan -  pernafasan asal


Tarik nafas perut kembung, lepas nafas perut kempes.


Menarik nafas maknanya sedang berlaku keadaan sedang masukan diri yang zahir kedalam diri yang batin, Masukkan diri yang batin kepada Huu zat semata-mata..


Atau dengan kata lain sedang berlaku  keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"


Semasa masuknya nafas zikirnya berbunyi HUU, bukan disebut samada dengan lidah atau dengan hati, dan bukan juga perkara yang terlintas didalam hati, tetapi perbuatan menarik nafas tersebut itulah bunyi zikirnya HUU (yang tidak berhuruf tidak bersuara dan tiada kata-kata)..


Ditempat terhentinya nafas yang tidak tertarik lagi adalah merupakan tempat pertemuan diantara hamba dengan tuhannya, tempat berlaku penyerahan total sehinggalah berlaku keadaan tiada hamba, tiada tuhan lagi, yang tinggal ada HUU ZAT SEMATA-MATA... (Zikir diketika ini berbunyi AH, AH, AH).


Tahan nafas ditempat terhentinya nafas yang terakhir sehingga tidak tertahan lagi, sebelum melepaskan nafas terlebih dahulu telan air liur. Diketika ini zikirnya ialah HAQQEQ.


Semasa melepaskan nafas, sedang berlaku pula keadaan membawa keadaan HUU ZAT semata-mata ini keseluruhan anggota zahir (ternyatalah laa khaulawala khuwata illah) kepada badan, jadi badan tetap dengan sifat asalnya iaitu mati, ternyata lah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan itu kekal sebagai sifat Allah.


Disini Berlakulah apa yang telah difirmankan oleh Allah


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. 


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Semasa nafas keluar ini zikirnya ialah Allah..


Begitulah seterusnya berlaku sehinggalah putusnya pernafasan yang terakhir


Semasa berlakunya pernafasan yang terakhir semasa berlakunya sakaratul maut, kunci nyawa akan membentuk huruf mim simpul dan zikirnya berbunyi HUM...


Inilah zikir yang terakhir yang menandakan seseorang yang telah melalui sakaratul mautnya didalam keadaan sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah


Sabda Rasulullah saw


مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ دَخَلَ الجَنَّةَ


”Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘lailaha illallah’, maka dia akan masuk surga”


(HR. Abu Daud. Dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih no. 1621)


Jika semasa terputusnya nafas yang terakhir kita tidak berada didalam keadaan ini (sedang menyatakan keesaan Allah) mati yang akan dihadapi didalam keadaan syirik.... Bukan didalam keadaan (Laa ilaha illallah yang tiada suara, tiada berhuruf dan tiada kata-kata bukan menyebut perkataan Laa ilaha illallah diketika akhir hayat).


Inilah peri pentingnya seseorang kembali bernafas sepertimana mula dilahirkan.. iaitu semasa menarik nafas perut akan kembung dan semasa keluar nafas perut kempes


2.Surah Al-Baqarah ayat 46


(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 29


Katakanlah: 

"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).


BAGAIMANA NAK BERNAFAS SEPERTI MULA KITA DILAHIRKAN INI BOLEH DIPELAJARI DARI BAYI YANG DIDALAM BUAIAN


Hadis tuntut ilmu


‎اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ


(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)


Dalam lafaz lain


‎طَلَبُ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ


(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)


DAN MENGAMBIL IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA NAK BELAJAR DARI SEORANG HAMBA ALLAH DIPERTEMUAN DUA LAUTAN...


Firman Allah didalam Surah Al-Kahf ayat 60


60. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".


Surah Al-Kahf ayat 61


61. Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.


Surah Al-Kahf ayat 62


62. Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".


Surah Al-Kahf ayat 63


63. Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".


Surah Al-Kahf ayat 64


64. Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.


18.Surah Al-Kahf ayat 65


Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.


18.Surah Al-Kahf ayat 66


Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"


18.Surah Al-Kahf ayat 67


Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.


18.Surah Al-Kahf ayat 68


Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?


18.Surah Al-Kahf ayat 69


Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".


18.Surah Al-Kahf ayat 70


Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".


PANTANG NABI MUSA NAK BELAJAR DARI NABI KHIDIR IALAH "JANGAN BERTANYA SESUATUPUN"


Apabila kedua-duanya bersetuju dengan syarat itu maka perjalanan diteruskan....


Lagi firman Allah 


18.Surah Al-Kahf ayat 71


Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? 


Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".


18.Surah Al-Kahf ayat 72


Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"


18.Surah Al-Kahf ayat 73


Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".


18.Surah Al-Kahf ayat 74


Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh 

satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"


18.Surah Al-Kahf ayat 75


Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"


18.Surah Al-Kahf ayat 76


Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".


18.Surah Al-Kahf ayat 77


Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"


18.Surah Al-Kahf ayat 78


Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.


18.Surah Al-Kahf ayat 79


Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.


18.Surah Al-Kahf ayat 80


Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.


18.Surah Al-Kahf ayat 81


Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.


18.Surah Al-Kahf ayat 82


Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".


PERLAKUAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MELAKSANAKAN PENGAJARAN DARI PERISTIW NABI MUSA NAK BELAJAR DENGAN SEORANG HAMBA ALLAH.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 29


Katakanlah: 

"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).


Peristiwa ini mengandungi arahan supaya setiap seorang mesti kembali belajar dari apa yang ada dan dibawa oleh kita diketika dilahirkan sebagai seorang bayi..


Setiap orang dikehendaki kembali bernafas sepertimana bayi bernafas, yang diambil iktibar dari pertemuan pada dua lautan


Cuba perhatikan didalam firman Allah seperti diatas, tempat pertemuan dua laut itu diatas batu besar, Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan batu besar itu?....


Batu besar yang dimaksudkan ialah bidang perut, Apabila seseorang mula bernafas sepertimana mula-mula dilahirkan yang masih lagi dipegang dan dibawa oleh bayi, iaitu semasa menarik nafas perut kembung, semasa menghembuskan nafas perut kempes


Cuba kita lihat semasa menarik nafas dengan cara yang dilakukan oleh bayi, semasa menarik nafas perut kembung, inilah yang dimaksudkan dengan pertemuan dua lautan diatas batu besar.


Apabila menarik nafas melalui kaedah yang dilakukan oleh seorang bayi, diketika menarik nafas, perut akan kembung dan secara tersendiri dubur akan terkemut sendiri,


Apa yang sedang berlaku diketika seorang bayi sedang menarik nafas ialah sedang membawa sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain


Semasa Menarik nafas dengan kaedah yang dilakukan oleh bayi, maknanya sedang membawa sifat-sifat ketuhanan seperti sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain sehingga berlaku keadaan "Laa maujudun, Laa haiyun, Laa 'alimun, Laa khodirun, Laa muridun, Laa Basirun, Laa sami'un, Laa mutakallimun bil haqikati illallah"


Atau dengan kata lain sedang berlaku perbuatan untuk menyerahkan segala sifat ketuhanan hanya kepada Allah


Sedang menyerahkan sifat ada, sifat berkuasa, sifat berkehendak @ berkemahuan, sifat mengetahui, sifat hidup, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan sifat-sifat ketuhanan yang lain hanya kepada Allah


Menarik nafas sehingga tidak tertarik lagi, tungkatkan lidah kelangit-langit, tahan nafas sehingga tidak tertahan lagi, nafas terkumpul pada pusat.


Kempeskan perut tanpa melepaskan nafas, luruskan tulang belakang dan batang tengkok dengan cara mendongakkan kepala sedikit, perbuatan ini akan menolak nafas dipusat ke tulang tongkeng..


Nafas yang berada pada tulang tongkeng akan ditolak naik sehingga sampai ke ubun-ubun melalui tulang belakang dan rongga tengkok, (jika tidak ditungkatkan lidah kelangit-langit, nafas tersebut tidak akan boleh melepasi rongga tengkok untuk naik ke ubun-ubun). Disini juga mempunyai rahsia yang perlu diketahui oleh seseorang yang melakukan kaedah ini


Disinilah pertemuan diantara hamba dengan tuhan. Dipanggil makam Al-fatihah @ sebenar bismillah @ nur muhammad. Apabila berlaku perhimpunan nafas, anfas, tanafas dan nufus dipanggil roh izofi, roh izofi itulah roh kudus, roh kudus itulah ruhullah ( keseluruhan itu dipanggil amar robbi - pekerjaan tuhan) pada ubun2.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 84


قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلًا


Katakanlah (wahai Muhammad): "Tiap-tiap seorang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri; maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapakah (di antara kamu) yang 

lebih betul jalannya".


17.Surah Al-'Isrā' ayat 85


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا


Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".


17.Surah Al-'Isrā' ayat 86


وَلَئِن شِئْنَا لَنَذْهَبَنَّ بِالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ بِهِ عَلَيْنَا وَكِيلًا


Dan sesungguhnya jika Kami kehendaki, tentulah Kami akan hapuskan apa yang Kami telah wahyukan kepadamu, kemudian engkau tidak akan beroleh sebarang pembela terhadap Kami untuk mengembalikannya.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 87


إِلَّا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَۚ إِنَّ فَضْلَهُ كَانَ عَلَيْكَ كَبِيرًا


(Tetapi kekalnya Al-Quran itu) hanyalah sebagai rahmat dari tuhanmu; sesungguhnya limpah kurnianya kepadamu (wahai Muhammad) amatlah besar.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 88


قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".


17.Surah Al-'Isrā' ayat 89


وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.


42.Surah Ash-Shūraá ayat 52


وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ رُوحًا مِّنْ أَمْرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدْرِي مَا الْكِتَابُ وَلَا الْإِيمَانُ وَلَٰكِن جَعَلْنَاهُ نُورًا نَّهْدِي بِهِ مَن نَّشَاءُ مِنْ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,


42.Surah Ash-Shūraá ayat 53


صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِۗ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ


Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


Tidak ada satu pun yang melata melainkan Dia yang menguasai ubun-ubunnya. Dan Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud )


11.Surah Hūd ayat 56


إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمۚ مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَاۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ


"Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasai ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.


Pertemuan diantara hamba dengan Tuhan sehingga berlaku keadaan tiada hamba dan tiada tuhan lagi yang nyata hu zat semata-mata.


Setelah tidak tertahan lagi, telan air liur sehingga berdegup.... zikirnya Haqeq ..


Lepaskan nafas perlahan-lahan pengajarannya terkandung didalam firman Allah "Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya." Disini sedang berlaku keadaan "Tiada daya untuk mengerjakan kebaikan dan tiada upaya untuk menjauhkan kejahatan melainkan dengan daya dan upaya Allah


Iaitu membawa keadaan HU ZAT untuk meliputi keseluruhan anggota melalui melepaskan nafas


Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan membawa kesedaran tiada tuhan dan tiada hamba lagi yang tinggal HU ZATsemata-mata untuk meliputi keseluruhan anggota.


Lepaskan nafas sehingga habis pengajarannya terkandung didalam firman Allah "Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya." Membawa kepada maksud "melepaskan nafas sehingga tidak terlepaskan lagi jangan sampai terasanya keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri lagi


Setelah melepaskan nafas sehingga tidak terlepaskan lagi, barulah ditarik nafas perlahan-lahan yang diambil pengajarannya didalam firman Allah "Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya."


Inilah sedikit iktibar yang diambil pengajaran dari peristiwa Nabi Musa hendak belajar dari seorang hamba Allah..


Setiap seorang mesti kembali bernafas sepertimana mula-mula dilahirkan dahulu


Pengajaran yang diambil dari firman Allah pada Surah Al-'A`rāf ayat 29


Katakanlah: 

"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


Untuk boleh melakukan ini semua setiap orang mesti memulakan dari mengetahui dan boleh menghuraikan sendiri perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi beserta dengan ibadat yang akan dilakukan.


•••  PESANAN PENTING •••


JANGAN KITA TERPENGARUH DENGAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DISAMPAIKAN DARI MULUT KEMULUT YANG TANPA PERLU MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID..


Kerana boleh menjerumuskan kita kekancah mengaku diri sebagai Tuhan..


Tidak ada satu makhlok pun yang boleh mengenal Allah hanya Allah yang mengenal Allah, jadi usaha kita untuk mengenal Allah itu tidak akan kesampaian kerana kita tidak mampu kesitu..


Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan dengan secara istiqomah salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid seperti yang telah Allah memperjelaskan didalam Al-Quran dan oleh Rasulullah saw didalam hadisnya..


Tunggu saja jaminan dari Allah "DAN KAMI AKAN PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS"


Yakinlah Allah tidak pernah mengubah janjiNya


Firman Allah berkaitan iktiqad dan tauhid


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 89


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.


SIAPAKAH YANG AKAN DILAKNAT OLEH ALLAH DAN SEKALIAN MAKHLOK ?


2.Surah Al-Baqarah ayat 159


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


SEJAK DARI NABI ADAM SEHINGGA KEPADA NABI MUHAMMAD MEMBAWA UGAMA YANG SATU...


46.Surah Al-'Aĥqāf ayat 9


Katakanlah lagi: "Bukanlah aku seorang Rasul pembawa ugama yang berlainan dari ugama yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang telah lalu), dan aku tidak mengetahui apa yang akan dilakukan kepadaku dan kepada kamu. Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku, dan aku tidak lain hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata"


42.Surah Ash-Shūraá ayat 13


Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada ugamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).


42.Surah Ash-Shūraá ayat 14


Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan ugama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab ugama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu.


59.Surah Al-Ĥashr ayat 14


(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).


59.Surah Al-Ĥashr ayat 15


(Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).


59.Surah Al-Ĥashr ayat 16


(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"


59.Surah Al-Ĥashr ayat 17


Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. Dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.


SIAPAKAH ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran


30.Surah Ar-Rūm ayat 29


Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.


6.Surah Al-'An`ām ayat 161


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".


98.Surah Al-Bayyinah ayat 5


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.


2.Surah Al-Baqarah ayat 159


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI