TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN RASUL

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 32


Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 132


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 179


Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (manufik) daripada yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.


5.Surah Al-Mā'idah ayat 56


Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya  golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.


5.Surah Al-Mā'idah ayat 57


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.


5.Surah Al-Mā'idah ayat 92


Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.


8.Surah Al-'Anfāl ayat 20


Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).


8.Surah Al-'Anfāl ayat 21


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).


8.Surah Al-'Anfāl ayat 22


Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).


8.Surah Al-'Anfāl ayat 23


Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah Ia menjadikan mereka dapat mendengar; dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar juga (dengan keadaan yang demikian), nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.


8.Surah Al-'Anfāl ayat 24


Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.


8.Surah Al-'Anfāl ayat 46


Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.


8.Surah Al-'Anfāl ayat 47


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan


9.Surah At-Tawbah ayat 3


Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya  Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.


9.Surah At-Tawbah ayat 105


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".


KITA SEDANG MEMBINCANGKAN BERKAITAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID (MAKRIFATULLAH)


Mari sama-sama kita lihat apakah yang telah Allah perintahkan berkaitan perkara ini


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


IKTIBAR PENGAJARAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH BUKAN TENTANG MENGENAL ALLAH


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15


Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16


Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17


(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18


"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19


`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?


Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"


Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu


Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)


Cuba kita sama-sama bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri, sudahkah diri sendiri menjalani jalan-jalan dan cara yang telah ditunjuki oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran..


Jika jawapannya sudah cuba terangkan kepada diri sendiri jalan dan cara yang telah dilakukan sendiri sehingga Allah pimpin diri sendiri kejalan yang lurus.


Jika belum mari sama-sama muzakarahkan tentang beberapa jalan dan cara yang boleh sama-sama lakukan sendiri untuk sampai kepada yang dibersihkan daripada sebarang syirik seterusnya dianugerahkan oleh Allah dengan makrifatullah 


Bukan kita yang mengenal Allah kerana kita semua bersifat dengan sifat tidak ada.


Kita merasai keberadaan diri kita selama ini kerana kita menyangka sifat ada Allah yang telah ditajallikan (dinyatakan) untuk memperkenalkan sifat ada Allah sebagai sifat ada diri kita sendiri.


Kita kena pulangkan, kita kena serahkan, kita kena kembalikan sifat ada Allah yang selama ini yang kita sangka sebagai sifat ada kita kepada Allah dengan melakukan salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal tuhanmu sepertimana yang telah Allah terangkan didalam Al-Quran


Bukan dengan kita menghafal dan menjadikan ilmu hakikat dan makrifat yang kita pelajari dari sesama makhlok yang kemudiannya yang diolah sendiri oleh Akal fikiran kita sendiri yang telah disangka ada (kerana kita menyangka ada Allah yang ditajallikan untuk memperkenalkan ada Allah sebagai ada diri kita sendiri sebagai pegangan atau iktiqad dan tauhid kita


Kita tidak boleh menerima ilmu hakikat dan makrifat dari sesama makhlok yang sedang menyangka ada Allah sebagai ada diri masing-masing (Ini adalah sifat sekutu bagi Allah)


Sebenar-benar ilmu hakikat dan makrifat ialah kefahaman yang akan diberikan petunjuk hidayah dan dipimpin oleh Allah..


Siapakah yang akan dipimpin oleh Allah ?


Cuba kita sama-sama lihat kepada firman Allah tentang kepada Siapakah yang telah Allah janjikan untuk dipimpin oleh Allah kejalan lurus...


Firman Allah


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


Berdasarkan kepada firman Allah didalam surah 4.Surah An-Nisā' ayat 66


"NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA"


Inilah yang menyebabkan walaupun Allah telah tunjukkan dengan berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid didalam Al-Quran, tidak menjadikan manusia menjadi semakin beriman, tetapi sebaliknya menyebabkan mereka menjadi bertambah liar, sepertimana yang telah Allah jelaskan didalam firmannya


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


Apa yang disampaikan oleh orang-orang yang tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid tentang makrifatullah sebenarnya ialah perkara yang berlegar didalam lembah fikiran mereka sendiri, bukan terhasil daripada hidayah petunjuk yang dipimpin oleh Allah kerana mereka tidak melakukan apa yang telah dijanjikan oleh Allah tentang kepada siapa yang akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus..


Mereka sedang memperkatakan sesuatu yang mereka sendiri tidak lakukan, sebab itu bila minta ditunjukkan jalan dan cara yang telah dilakukan sendiri untuk mendapat pimpinan oleh Allah kepada hidayah petunjuk kepada makrifatullah apa yang berlaku mereka akan memberikan jawapan yang berlegar dilembah khayal mereka sendiri, mereka tidak akan dapat menunjukkan jalan dan cara yang telah dilakukan, apa yang akan diterangkan ialah tentang ilmu hakikat dan makrifat yang mereka pelajari dari sesama makhlok, bukan yang diberikan hidayah petunjuk oleh Allah.


Ini sedang berlaku seperti penjelasannya seperti didalam firman oleh Allah


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221


Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222


Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223


Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224


Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225


Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226


Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

 

Apa yang sama-sama nak dimuzakarahkan diruang ini ialah tentang bagaimana untuk setiap seorang daripada kita boleh melakukan sendiri salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang lazimnya disebut sebagai (makrifatullah)


Semasa memperjelasksn tentang kepada siapa syaitan selalu turun Allah telah menerangkan penguacalian kepada orang yang beriman dan beramal soleh yang mereka pula sentiasa mengingati Allah


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.


BAGAIMANA CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK INGAT KEPADA ALLAH ?


HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


CONTOH YANG ALLAH AJARKAN TENTANG BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


2.Surah Al-Baqarah ayat 198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), 


DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.


Cara untuk menyebut Allah pula boleh dilakukan sepertimana yang terkandung didalam firman Allah..


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Setiap seorang tidak boleh meninggalkan daripada melakukan perintah Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Hendaklah istiqomah melakukan dari bangun tidur sehingga tertidur semula (wusta iaitu ditengah) dan pada setiap kali terbangun tidur diwaktu malam (tahajjut) dan sehinggalah sampai menghadapi sakaratul maut..


Jika sesaat tertinggal, tidak melakukannya gugurlah penyaksian dan pengakuan kepada Allah..


Kembali kepada pembicaraan kita tentang jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu.


Salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad tauhid yang boleh kita lakukan sendiri ialah dengan bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik seperti firman Allah


2.Surah Al-Baqarah ayat 54


Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,


maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; 


iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".


Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri


Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


Selain daripada ini cuba sama-sama kita lihat bagaimana kita perlu lakukan untuk bertasbih mensucikan nama Allah sepertimana yang dikehendaki oleh Allah yang terdapat didalam firmannya


BERTASBIH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT NAMA TUHAN DENGAN LIDAH DAH HATI  ...


87.Surah Al-'A`lá ayat 1


Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -


87.Surah Al-'A`lá ayat 2


Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;


87.Surah Al-'A`lá ayat 3


Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);


87.Surah Al-'A`lá ayat 4


Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,


87.Surah Al-'A`lá ayat 5


Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.


87.Surah Al-'A`lá ayat 6


Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,


87.Surah Al-'A`lá ayat 7


Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.


87.Surah Al-'A`lá ayat 8


Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.


87.Surah Al-'A`lá ayat 9


Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);


87.Surah Al-'A`lá ayat 10


Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;


87.Surah Al-'A`lá ayat 11


Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,


87.Surah Al-'A`lá ayat 12


Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),


87.Surah Al-'A`lá ayat 13


Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.


87.Surah Al-'A`lá ayat 14


Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),


87.Surah Al-'A`lá ayat 15


Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).


87.Surah Al-'A`lá ayat 16


(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;


87.Surah Al-'A`lá ayat 17


Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


87.Surah Al-'A`lá ayat 18


Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -


87.Surah Al-'A`lá ayat 19


Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


Cara untuk menyebut Allah secara lisan atau didalam hati boleh dilakukan sepertimana firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Ini apa yang Allah perintahkan yang tersirat didalamnya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, asma' dan perbuatan Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..


Dengan melakukan apa yang tersurat dan yang tersirat seperti didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw seperti diatas, Telah meletakkan seseorang sedang berada didalam keadaan sedang menunaikan "AKU BERSAKSI TIADA YANG LAIN YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA SANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGINYA"


Iaitu


ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH


Sama-sama kita muzakarahkan tentang bagaimana hendak melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


CARA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan dulu kepada apa yang disedari pada masa itu (samada zat, sifat, nama atau perbuatan)


Kita jangan sangka kepada yang ditumpukan (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu sebagai  ( zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri


Jika kita sangka  (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai diri kita bermakna kita sedang mengaku-ngaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu adalah sebagai  (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri kerana sebenarnya (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu adalah merupakan kenyataan (zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah.


Kita jangan sangka kepada yang sedang ditumpukan  (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai  ( zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


Jika kita sangka  (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah, bermakna kita sedang mengaku-ngaku ( zat, sifat, nama atau perbuatan) yang selama ini yang sedang dirasai sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri, itu yang sedang diakui atau sedang disangka sebagai  ( zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


Apa yang perlu dilakukan keatas apa yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan ialah jangan sangka atau mengaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) yang sedang ditumpukan itu sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri sendiri dan jangan disangka atau mengaku-ngaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


(GUNAKAN SIFIR "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH" DILUAR LATIHAN TUMPU DAN SEBUT)


Jika kita bersangka-sangka atau mengaku-ngaku samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai samada zat, sifat, nama atau perbuatan) arau sebagai samada zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


Latihan atau perlakuan yang dilakukan (tumpukan dan sebut Allah yang berdasarkan kepada firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.") Tidak akan menjadi penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah tetapi akan terjadi seperti sangkaan yang sedang disangka sebelum dari kita melakukan atau melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Ini adalah disebabkan kita sudah bersangka-sangka dahulu daripada kita melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." 


Hasilnya tetap dengan sangka-sangkaan yang didulukan itu..


Yang paling penting ialah kita jangan mempelajari ilmu hakikat dan ilmu makrifat daripada sesama-sama makhlok kerana ini akan menimbulkan sangka-sangkaan dan mereka-reka perkara dusta kepada Allah


Sebenar-benar ilmu hakikat dan makrifat ialah ilmu yang akan dipimpin dan diberikan petunjuk hidayah oleh Allah kepada sesiapa yang istiqomah melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu..


Jika ada secebis sangkaan yang berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang telah dipelajari daripada sesama makhlok (yang bukan dari dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah) berdasarkan kepada mereke-reka perkara dusta kepada Allah.


Latihan yang dilakukan berdasarksn kepada firman Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan"


Tidak akan menghasilkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama atau perbuatan Allah, tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..


Ini adalah perkara awal yang perlu dilakukan oleh seseorang yang hendak melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu.


Jika ini tidak boleh dilakukan, tak perlulah mempelajari dan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan tauhid yang sedang diterangkan disini..


Cara untuk melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Diperingkat latihan untuk mendapatkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Latihan untuk mendapat kemahiran berlakunya kedua perkara yang telah diperintahkan oleh Allah didalam satu masa yang sama (serentak) kerana disinilah yang akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Jika apa yang kita ketahui mendahului daripada apa yang akan dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah,


Apa yang akan kita lakukan tidak akan berhasil sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah kerana kita tidak melakukan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


Bukan melakukan mengikut pendapat atau pandangan masing-masing


Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:  


5.Surah Al-Mā'idah ayat 105


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. 


SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING 


Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”


[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


Cara untuk melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Diperingkat latihan untuk mendapatkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Latihan untuk mendapat kemahiran berlakunya kedua perkara yang telah diperintahkan oleh Allah didalam satu masa yang sama (serentak) kerana disinilah yang akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Apa yang tersurat didalam firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Supaya berlaku pengakuan keatas apa yang disaksikan kita perlu tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada (samada kepada zat, sifat, nama atau perbuatan yang bukan yang dirasakan sebagai zat, sifat, nama atau perbuatan diri sendiri. Atau yang bukan zat, sifat, nama atau perbuatan yang disangka sebagai zat, sifat, nama dan perbuatan Allah)


Didalam latihan diperingkat awal kita mesti tumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan dulu daripada menyebut Allah..


Apabila sudah dapat kemahiran melakukan tumpuan dan menyebut Allah didalam satu masa yang sama, disinilah baru akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Tumpuan akan bertukar menjadi penyaksian dan menyebut Allah akan bertukar menjadi pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah


Latihan tumpuan dengan sebulat tumpuan dengan menyebut Allah secara serentak (pada saat yang sama) ini adalah latihan yang dilakukan supaya dapat berlaku tumpuan dengan menyebut Allah berlaku pada satu masa yang sama..


Setelah mendapat kemahiran melakukan tumpuan dan menyebut Allah didalam saat yang sama atau secara serentak barulah akan berlaku akan firman Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Maksudnya pada bila-bila menyebut Allah secara automatik telah berlaku serentak beserta dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan.. kerana sudah mendapat kemahiran semasa melakukan latihan diperingkat awal..


Untuk memudahkan kepada faham kita muzakarahkan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Dengan mengambil contoh menumpukan kepada sifat ada.


Sifat ada mana yang akan kita berikan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan?


Kita perlu berikan tumpuan kepada yang selama ini yang kita sedar atau rasakan sebagai keberadaan diri kita sendiri.


Sebelum kita menumpukan kepada sifat ada yang ternyata kepada diri kita sendiri terlebih dahulu kita mengulang-ngulang sifir "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH"


Kenapa perlu kita mengulang-ngulang perkataan "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH"


Ini perlu dilakukan supaya apabila kita merasai atau menyedari sifat ada yang ada pada diri kita sendiri, akan berlaku secara automatik ada yang sedang dirasai itu bukan dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan bukan pula yang disangka sebagai ada Allah


Maknanya ada yang sedang kita rasai untuk ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan ialah ada yang bukan dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan bukan ada yang sedang dianggap atau disangka sebagai sifat ada Allah kerana kita belum lagi melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Rasakan atau sedarilah kepada sifat ada yang bukan yang sedang disedari sebagai ada diri sendiri dan sifat ada tang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ada Allah.


Tumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ada yang bukan yang sedang dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan yang bukan sifat ada yang sedang dianggap sebagai sifat ada Allah.


Setelah penumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan dilakukan keatas sifat ada yang sedang dirasakan atau yang sedang disedari itu


Sebutlah Allah tanpa putus dengan tertib dan jangan terlalu laju, setiap satu sebutan Allah itu ditujukan kepada sifat ada yang bukan yang sedang dirasakan sebagai ada diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai ada Allah supaya berlaku menyebut Allah dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tupuan kepada sifat ada ini berlaku serentak atau supaya berlaku didalam saat yang sama.


Setelah berlaku menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ada yang sedang dirasakan atau yang sedang disedari pada saat yang sama atau serentak


Pada ketika inilah tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ada akan bertukar menjadi penyaksian kepada sifat ada dan sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan bertukar menjadi pengakuan bahawa sifat ada yang sedang disaksikan itu adalah sifat ada Allah.


Ini bukan berlaku didalam perkataan yang kita perkatakan, bukan berlaku didalam fikiran yang sedang difikirkan, bukan berlaku didalam ingatan yang sedang dingatkan, bukan berlaku didalam ilmu yang diketahui tetapi perlakuan menyebut Allah yang telah berlaku serentak dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan itu sendiri yang akan bertukar menjadi sebagai penyaksian dan pengakuan kepada sifat ada Allah..


Kaedah menyebut Allah seperti sabda Rasulullah saw ialah


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Cara menyebut Allah dengan kaedah yang telah diajarkan oleh Rasulullah iaitu menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit akan menghasilkan menyebut Allah tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf..


Jika seseorang menyebut Allah dengan secara lisan iaitu tanpa menungkatkan lidah kelangit-langit, semasa sebutan Allah yang keluar dari lisan itu lidahnya akan bergerak. Ini kaedah menyebut Allah secara lisan..


Apabila seseorang melakukan kaedah menyebut Allah dengan kaedah menungkatkan lidah kelangit-langit, lidah tidak lagi akan bergerak, sebenarnya akan ada satu anggota lain yang akan bergerak menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah secara lisan.


Pergerakan anggota yang menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah diketika menungkatkan lidah kelangit-langit inilah tandanya seseorang itu sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf... (tersembunyi)


Cara untuk menyebut Allah didalam hati bukanlah sepertimana yang kebanyakan atau ramai orang faham sekarang ini iaitu kita menyebut-nyebut Allah didalam hati..


Kaedah untuk menyebut Allah didalam hati adalah sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah seperti didalam sabdanya


  • Tongkatkan lidah kamu
  • Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya


Pergerakan anggota yang bergerak diketika menyebut Allah diketika sedang menungkatkan lidah kelangit-langit yang menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah secara lisan (diketika lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit) inilah maksud kepada sedang menyebut Allah didalam hati....


Inilah rahsia tersirat didalam sabda Rasulullah saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya....


Yang perlu diketahui untuk diamalkan.... yang merupakan sedang ingat kepada Allah yang tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf...


Sesiapa yang istiqomah melakukan menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit akan dapat merasakan pergerakan anggota yang menggantikan pergerakan lidah diketika menyebut Allah secara lisan (lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit...


Sedang menyebut kaedah dari mana-mana cara (samada dengan kaedah lisan atau dengan kaedah yang tersembunyi) akan mendatangkan ingat kepada Allah (zikirullah)


Menyebut Allah bukan ingat kepada Allah tetapi untuk mendatangkan ingat kepada Allah mesti menyebut Allah..


Setelah istiqomah melaksanakan menyebut Allah, (samada secara lisan atau tersembunyi) barulah akan menghasilkan ingat kepada Allah yang tidak boleh nak dihuraikan didalam apa bentuk dan cara sekalipun...


Ini apa yang telah Allah perjelaskan seperti didalam firmanNya yang bermaksud "DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"


Melaksanakan perintah Allah tang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


ADALAH MERUPAKAN SATU IBADAT YANG PERLU DILAKUKAN DAHULU, BERSAMA SERTA DENGAN IBADAT-IBATAT YANG LAIN SEPERTI SOLAT, PUASA, ZAKAT DAN MENUNAIKAN HAJI


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI