JANGAN MENYALAHI PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN RASUL KERANA MENYALAHINYA ADALAH KEJAHATAN YANG DIBENCI DISISI TUHANMU

Diantara perintah yang telah diperintahkan oleh Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


87.Surah Al-'A`lá ayat 15


Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).


CARA UNTUK MENYEBUT ALLAH BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTI FIRMAN ALLAH PADA


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan


Ini adalah cara untuk menyebut Allah dengan lisan lidah ... 


Untuk melaksanakan perintah Allah


 7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


ini seseorang itu boleh juga melaksana mengikut sepertimana sabda Nabi Muhammad saw...


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Ini adalah cara untuk menyebut Allah secara tersembunyi didalam hati ...


FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI


Rasulullah saw pernah bersabda , 


“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul dari pada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat. 


Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya. 


Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka. 


Allah berkata pada mereka , lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ? 


Para malaikat itu menjawab , kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya. 


Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya. 


Aku akan membalas amal kebaikanmu itu. 


Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).” 


( Hadis Riwayat Al-Baihaqi )


Ringkasan dari keterangan diatas dapat disimpulkan terdapat dua jalan yang berbeza


Pertama ialah menyebut Nama Allah dengan lisan lidah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah


Kedua ialah menyebut Nama Allah didalam hati dengan cara menyebut Allah dengan menungkatkan lidah kelangit-langit sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah.


SESEORANG TIDAK BOLEH MENYALAHKAN PERINTAH YANG TELAH ALLAH PERINTAHKAN INI ... MENYALAHKAN PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH ADALAH MERUPAKAN KEJAHATAN YANG DIBENCI OLEH ALLAH ...


Firman Allah


17.Surah Al-'Isrā' ayat 38


Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.


ALLAH TELAH MENERANGKAN BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN BOLEH DITERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN


FIRMAN ALLAH


31.Surah Luqmān ayat 25


Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". 


Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).


31.Surah Luqmān ayat 26


Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.


31.Surah Luqmān ayat 27


Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. 

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


31.Surah Luqmān ayat 28


(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.


DISAMPING ITU ALLAH TELAH MENUNJUKKAN JALAN YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA SESEORANG ITU BOLEH BERTEMU DENGAN ALLAH ...


18.Surah Al-Kahf ayat 109


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..


Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...


CUBA DI LIHAT KEADAAN YANG BERLAKU DISEKELILING KEHIDUPAN KITA, RATA-RATA ORANG MENCUBA UNTUK MENERANGKAN TENTANG ALLAH BERDASARKAN KEPADA ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG TELAH DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLOK, MANAKALA ALLAH TELAH MEMPERJELASKAN BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN


SEHINGGAKAN JIKA AIR DARI TUJUH LAUTAN DIJADIKAN DAKWAT UNTUK MENERANGKAN TENTANG ALLAH, TETAP TIDAK AJAN BOLEH MENERANGKANNYA ...


Malah Allah telah mengajarkan melalui firmanNya "SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.."


APA YANG SEDANG BERLAKU BILA DIANALISA DAN DIHURAIKAN AKAN MENJADI SEPERTI KAMI DENGAR AKAN FIRMAN ALLAH 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.."


TETAPI KAMI TETAP DENGAN INGIN MENERANGKAN TENTANG ALLAH YANG TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN, WALAUPUN KAMI TAHU YANG ALLAH TIDAK BOLEH NAK DITERANGKAN....


INI SEDANG BERLAKU SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


8.Surah Al-'Anfāl ayat 21


Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang  berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu  menerima dan mematuhinya).


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 57


Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.


APA YANG ALLAH TELAH JANJIKAN


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan 

(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


Lagi janji daripada Allah


89.Surah Al-Fajr ayat 27


(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -


Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!


Manakala didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Kesimpulan daripada kedua-dua firman didalam  Surah Ar-Ra`d ayat 28 dan  Surah Al-Fajr ayat 27 menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu mempunyai jiwa yang tenang.


Orang yang telah diseru dengan “WAHAI JIWA YANG TENANG INI” ialah merupakan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


Orang yang beriman dan beramal soleh ialah orang yang percaya dan berharap pertemuan dengan Allah


Firman Allah


18.Surah Al-Kahf ayat 109


Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; 


OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..


Orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang iaitu orang yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Allah, yang merupakan orang yang beriman dan beramal soleh, merekalah orang yang sentiasa ingat kepada Allah dan seterusnya mereka akan diseru sepertimana didalam firman Allah


89.Surah Al-Fajr ayat 28


"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! 


89.Surah Al-Fajr ayat 29


"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -


89.Surah Al-Fajr ayat 30


"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”


10.Surah Yūnus ayat 9


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 23


Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di 

situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.


22.Surah Al-Ĥaj ayat 24


Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.


Allah akan anugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan sifat-sifat terpuji iaitu sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah dan sifat kemanusiaan yang elok yang didalam bahasa 'Arabnya disebutkan dengan "MUHAMMADUN"


Firman Allah


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 164


لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ


Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa 

mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 35


يَا بَنِي آدَمَ إِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ رُسُلٌ مِّنكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِيۙ فَمَنِ اتَّقَىٰ وَأَصْلَحَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ


Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat Ku, maka sesiapa yang bertaqwa dan memperbaiki amalnya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 32


فَأَرْسَلْنَا فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْهُمْ أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۖ أَفَلَا تَتَّقُونَ


Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): "Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?"


ORANG ZALIM MENURUT AL-Quran


30.Surah Ar-Rūm ayat 29


Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada  sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri), dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.


ALLAH TIDAK AMPUN DOSA SYIRIK


4.Surah An-Nisā' ayat 48


Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan 

sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.  Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.


6.Surah Al-'An`ām ayat  82


Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik


39.Surah Az-Zumar ayat 65


Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.


JADI APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AMAL SOLEH IALAH AMAL YANG DILAKUKAN TANPA DISERTAKAN DENGAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK,


Yang tidak disertakan dengan sebarang syirik membawa maksud yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik...


Bagaimana atau apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk sampai kepada keadaan yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik?


DENGAN BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK, (MELAKUKAN TAUBAT NASUHA)


66.Surah At-Taĥrīm ayat 6


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


66.Surah At-Taĥrīm ayat 7


Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".


66.Surah At-Taĥrīm ayat 8


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".


Apakah itu "TAUBAT NASUHA"


Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah


2.Surah Al-Baqarah ayat 54


Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:


"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,


maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;


iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".


Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".


JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.


Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri


Selain daripada ini Allah telah berfirman memperjelaskan tentang "JIWA YANG TENANG" yang berkaitan rapat dengan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid dan INGAT KEPADA ALLAH AKAN MENAMPAKKAN JALAN YANG BENAR


7.Surah Al-'A`rāf ayat 201


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar iaitu yang dibersihkan daripada sebarang syirik)


Persoalannya sekarang ini ialah sudahkah seseorang itu betul-betul sudah mencapai INGAT KEPADA ALLAH atau sekadar "BERSANGKA-SANGKA YANG IA SUDAH INGAT KEPADA ALLAH PADAHAL BELUM LAGI MENCAPAI INGAT KEPADA ALLAH" yang telah dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.


Jangan sekadar kita boleh bercakap saja "KENA INGAT KEPADA ALLAH" tetapi apabila disoal apa yang telah dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH ...


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


Kita yang bercakap ini sendiri tidak tahu dan tidak boleh nak menghuraikan bagaimana jalan dan cara yang perlu dilakukan sehingga mendatangkan ingat kepada Allah


INGAT KEPADA ALLAH ialah satu yang abstrak yang tidak boleh nak dihuraikannya tetapi apa yang boleh dihuraikan ialah menerangkan jalan dan cara yang boleh dilakukan yang apabila dilakukan jalan dan cara tersebut akan mendatangkan ingat kepada Allah.


Jika seseorang itu tidak boleh menerangkan jalan dan cara yang apabila dilakukan akan mendatangkan ingat kepada Allah, benarkah yang sedang memperkatakan "SUDAH INGAT KEPADA ALLAH" itu "INGAT KEPADA ALLAH" ?


WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...


89.Surah Al-Fajr ayat 27


(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -


89.Surah Al-Fajr ayat 28


"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! 


89.Surah Al-Fajr ayat 29


"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -


89.Surah Al-Fajr ayat 30


"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "


APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDAPAT "JIWA ATAU HATI YANG TENANG" MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


ORANG YANG SENTIASA INGAT KEPADA ALLAH AKAN TENANG TENTERAM HATI MEREKA DAN AKAN MENJADI SEBAGAI PEMBUKAAN UNTUK MENDAPAT PIMPINAN DARI ALLAH KEJALAN YANG LURUS..


Firman Allah


13.Surah Ar-Ra`d ayat 28


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Orang yang sentiasa duduk didalam keadaan ingat kepada Allah, mereka inilah yang alan mendapat jiwa yang tenang..


BAGAIMANA NAK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH?


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


BUKAN MELAKUKAN MENGIKUT PENDAPAT SENDIRI


Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:  


5.Surah Al-Mā'idah ayat 105


“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”


[al-Maa’idah 5: 105]


Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:


"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. 


SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING 


Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”


[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]


ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG


Firman Allah


43.Surah Az-Zukhruf ayat 86


Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).


43.Surah Az-Zukhruf ayat 87


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: 

"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab:  "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?


43.Surah Az-Zukhruf ayat 88


Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"


43.Surah Az-Zukhruf ayat 89


(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"


CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG ALLAH AJARKAN DIDALAM FIRMANNYA


2.Surah Al-Baqarah ayat 198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),


DAN INGATLAH KEPADA ALLAH (DENGAN MENYEBUTNYA) SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.


Didalam firman ini Allah dengan tegas memperjelaskan [SESUNGGUHNYA SEBELUM DARIPADA MELAKUKAN CARA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN DAN DIKEHENDAKI OLEH ALLAH IAITU “INGATLAH KEPADA ALLAH (DENGAN MENYEBUTNYA) SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” CARA YANG TELAH DILAKUKAN TERSEBUT ADALAH SALAH JALAN IBADATNYA]


Apa yang boleh dilakukan untuk mendatangkan ingat kepada Allah ialah dengan melaksanakan sepertimana yang telah Allah firmankan


7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 181


وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ


Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 182


وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 183


وَأُمْلِي لَهُمْۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ


Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 41


بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَاءَ وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ


Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).


6.Surah Al-'An`ām ayat 42


وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُم بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ


Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).


6.Surah Al-'An`ām ayat 43


فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Lakukan sehingga berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan tentang bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..


Ada pula orang yang berpendapat bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dengan  berkata


"ingat kpd Allah bukanlah pada hanya menyebut namanya. Tak sebut pun tak apa."


Kenyataan yang memperkatakan "ingat kpd Allah bukanlah pada hanya menyebut namanya. Tak sebut pun tak apa." Adalah menyalahi dengan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah tentang cara nak ingat kepada Allah iaitu "DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU;"


Kenyataan "ingat kpd Allah bukanlah pada hanya menyebut namanya. Tak sebut pun tak apa." Telah menyalahi perintah yang telah diperintahkan oleh Allah tentang cara nak ingat kepada Allah


Kenyataan ini telah menyalahi daripada apa yang telah Allah firmankan tentang bagaimana nak ingat kepada Allah iaitu


“DAN INGATLAH KEPADA ALLAH (DENGAN MENYEBUTNYA) SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.”


17.Surah Al-'Isrā' ayat 38


Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.


LAGI KENYATAAN YANG MENYALAHI DARI APA YANG TELAH ALLAH FIRMANKAN IALAH MEMPERKATAKAN ALLAH TIDAK BERZAT, ALLAH TIDAK BERSIFAT, ALLAH TIDAK BERASMA’ DAN ALLAH TIDAK BERAFA’AL


ALLAH TELAH BERFIRMAN MEMPERJELASKAN


Tentang zat Allah


28.Surah Al-Qaşaş ayat 88


Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26


Segala yang ada di muka bumi itu binasa:


55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27


Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 163


Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.


Tentang sifat Allah


2.Surah Al-Baqarah ayat 127


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. 


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Tentang nama - asma' Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 181


وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ


Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 182


وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 183


وَأُمْلِي لَهُمْۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ


Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.


Tentang perbuatan Allah


27.Surah An-Naml ayat 88


Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.


ORANG YANG MEMPERKATAKA ALLAH TIDAK BERZAT, TIDAK BERSIFAT, TIDAK BERASMA' DAN TIDAK BERAFA'AL ADALAH BERDASARKAN BERPEGANG KEPADA BERSALAHAN ALLAH BAGI SEGALA YANG BAHARU...


BILA SESEORANG ITU BERPEGANG DENGAN PEGANGAN BAHAWA YANG BAHARU YANG BERZAT, YANG BAHARU YANG BERSIFAT, YANG BAHARU YANG BERASMA' DAN YANG BAHARU YANG BERAFA'AL JADI ALLAH YANG BERSIFAT BERSALAHAN DENGAN YANG BAHARU TENTU TIDAK BERZAT, TIDAK BERSIFAT, TIDAK BERASMA' DAN TIDAK BERAF'ALL....


INI YANG DITAFSIRKAN MELALUI AKAL, JIKA KITA KEMBALI KEPADA AL-QURAN, SEBAGAI SATU CONTOH SALAH SATU DARIPADA FIRMAN ALLAH


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. 


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


SECARA TIDAK DISEDARI BILA BERPEGANG DENGAN MENGATAKAN ALLAH TIDAK BERZAT, TIDAK BERSIFAT, TIDAK BERASMA' DAN TIDAK BERPEBUATAN KITA TELAH MELETAKKAN SEGALA ZAT, SIFAT NAMA DAN PERBUATAN MILIK ALLAH ITU KEPADA MAKHLOK LAIN..


BILA DI LETAKKAN SEGALA-GALANYA ITU ADALAH MILIK KITA SENDIRI SECARA TIDAK DISEDARI SEDANG BERLAKU APA YANG TELAH ALLAH FIRMANKAN...


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29


Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.


Walaupun seseorang itu tidak menzahirkan kata-kata tersebut dengan atau melalui lisan mulut, tetapi pegangan dan huraian seseorang berkaitan dengan Allah (sebenarnya yang tidak terhuraikan) itulah yang membawa kepada yang dimaksudkan oleh firman Allah...


Surah Al-'Anbyā' ayat 29


Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.


Allah telah merahsiakan ilmu hakikat dan makrifat dan tetap menyimpan rahsia ini sampai bila-bila dengan tidak boleh dihuraikan dengan apa cara sekalipun.. 


Hurailah macam mana pun tidak akan sampai kepada maksud sebenarnya, Jadi jalan yang paling selamat kepada setiap orang ialah jangan membicarakan tenang apa itu makrifatullah dengan dan huraian mengikut ilmu yang dipelajari dari sesama makhlok..


Sebenar-benar makrifatullah ialah satu kefahaman yang teramat dalam yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada sesiapa sahaja yang melakukan salah satu daripada pelbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau  iktiqad dan tauhid secara istiqomah sejak dari bangun tidur sehingga tertidur semula dan pada setiap kali terbangun daripada tidur diwaktu malam hari...


Sehinggalah jalan dan cara itu akan berlaku dengan sendiri yang akan terhasil daripada istiqomah tersebut..


Berlaku sendiri didalam ertikata dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus...


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.


Bila sudah dipimpin oleh Allah tidak ada ruang walau sesaat pun untuk berlakunya syirik....


Setiap orang mesti sama-samalah memeriksa diri sendiri.. Apakah sudah melakukan sendiri salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang


Atau


Atau adakah Diri sendiri cuma boleh bercakap tentang ilmu hakikat dan makrifat tetapi tidak tahu bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau yang di bersihkaj daripada sebarang syirik atau makrifatullah....


Hanya Allah yang berzat, bersifat, berasma' dan berafa'al, sesuatu selain daripada Allah termasuk diri sendiri yang tidak berzat, tidak bersifat, tidak berasma' dan tidak berafa'al.


Inilah makna dari bersalahan Allah bagi segala yang baharu.


MEMPERKATA ATAU MEMBUAT KENYATAAN YANG ALLAH TIDAK BERZAT, ALLAH TIDAK BERSIFAT, ALLAH TIDAK BERASMA’ DAN ALLAH TAK BERAFA’AL ADALAH MENYALAHI KENYATAAN YANG TELAH ALLAH FIRMANKAN DIDALAM AL-QURAN TENTANG ZAT, SIFAT, ASMA’ DAN AFA’AL ALLAH


Kenyataan yang telah diperkatakan ini sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah didalam Surah Al-'Isrā' (Ayat 38)


Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.


Selain daripada ini cuba sama-sama di lihat bagaimana seseorang itu perlu lakukan untuk bertasbih mensucikan nana Allah sepertimana yang dikehendaki oleh Allah yang terdapat didalam firmannya


BERTASBIH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT NAMA TUHAN DENGAN LIDAH DAH HATI  ...


87.Surah Al-'A`lá ayat 1


Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -


87.Surah Al-'A`lá ayat 2


Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;


87.Surah Al-'A`lá ayat 3


Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);


87.Surah Al-'A`lá ayat 4


Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,


87.Surah Al-'A`lá ayat 5


Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.


87.Surah Al-'A`lá ayat 6


Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,


87.Surah Al-'A`lá ayat 7


Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.


87.Surah Al-'A`lá ayat 8


Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.


87.Surah Al-'A`lá ayat 9


Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);


87.Surah Al-'A`lá ayat 10


Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;


87.Surah Al-'A`lá ayat 11


Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,


87.Surah Al-'A`lá ayat 12


Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),


87.Surah Al-'A`lá ayat 13


Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.


87.Surah Al-'A`lá ayat 14


Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),


87.Surah Al-'A`lá ayat 15


Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).


87.Surah Al-'A`lá ayat 16


(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;


87.Surah Al-'A`lá ayat 17


Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


87.Surah Al-'A`lá ayat 18


Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -


87.Surah Al-'A`lá ayat 19


Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.


CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH, CARA UNTUK BERTAUBAT DENGAN "TAUBAT NASUHA", CARA UNTUK BERAMAL DENGAN AMAL SOLEH, CARA UNTUK BERTASBIH KEPADA ALLAH, ADALAH MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA BERBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID IAITU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU 


SALAH SATU DARI BERBAGAI JALAN DAN CARA YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH


7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


6.Surah Al-'An`ām ayat 41


بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَاءَ وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ


Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).


6.Surah Al-'An`ām ayat 42


وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُم بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ


Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya), maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran dan penyakit, supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).


6.Surah Al-'An`ām ayat 43


فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Ini apa yang Allah perintahkan yang tersirat didalamnya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, asma' dan perbuatan Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..


Dengan melakukan apa yang tersurat dan yang tersirat seperti didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw seperti diatas, Telah meletakkan seseorang sedang berada didalam keadaan sedang menunaikan "AKU BERSAKSI TIADA YANG LAIN YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA SANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGINYA"


Iaitu


ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH


Sama-sama kita muzakarahkan tentang bagaimana hendak melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


CARA UNTUK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan dulu kepada apa yang disedari pada masa itu (samada zat, sifat, nama atau perbuatan)


Kita jangan sangka kepada yang ditumpukan (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu sebagai  ( zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri


Jika kita sangka  (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai diri kita bermakna kita sedang mengaku-ngaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu adalah sebagai  (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri kerana sebenarnya (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) itu adalah merupakan kenyataan (zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah.


Kita jangan sangka kepada yang sedang ditumpukan  (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai  ( zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


Jika kita sangka  (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah, bermakna kita sedang mengaku-ngaku ( zat, sifat, nama atau perbuatan) yang selama ini yang sedang dirasai sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri kita sendiri, itu yang sedang diakui atau sedang disangka sebagai  ( zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


Apa yang perlu dilakukan keatas apa yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan ialah jangan sangka atau mengaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) yang sedang ditumpukan itu sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) diri sendiri dan jangan disangka atau mengaku-ngaku (samada zat, sifat, nama atau perbuatan) yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan sebagai (zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


(GUNAKAN SIFIR "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH" DILUAR LATIHAN TUMPU DAN SEBUT)


Jika kita bersangka-sangka atau mengaku-ngaku samada zat, sifat, nama atau perbuatan) sebagai samada zat, sifat, nama atau perbuatan) arau sebagai samada zat, sifat, nama atau perbuatan) Allah


Latihan atau perlakuan yang dilakukan (tumpukan dan sebut Allah yang berdasarkan kepada firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.") Tidak akan menjadi penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah tetapi akan terjadi seperti sangkaan yang sedang disangka sebelum dari kita melakukan atau melaksanakan perintah Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Ini adalah disebabkan kita sudah bersangka-sangka dahulu daripada kita melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." 


Hasilnya tetap dengan sangka-sangkaan yang didulukan itu..


Yang paling penting ialah kita jangan mempelajari ilmu hakikat dan ilmu makrifat daripada sesama-sama makhlok kerana ini akan menimbulkan sangka-sangkaan dan mereka-reka perkara dusta kepada Allah


Sebenar-benar ilmu hakikat dan makrifat ialah ilmu yang akan dipimpin dan diberikan petunjuk hidayah oleh Allah kepada sesiapa yang istiqomah melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu..


Jika ada secebis sangkaan yang berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang telah dipelajari daripada sesama makhlok (yang bukan dari dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah) berdasarkan kepada mereke-reka perkara dusta kepada Allah.


Latihan yang dilakukan berdasarksn kepada firman Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan"


Tidak akan menghasilkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama atau perbuatan Allah, tidak akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah..


Ini adalah perkara awal yang perlu dilakukan oleh seseorang yang hendak melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu.


Jika ini tidak boleh dilakukan, tak perlulah mempelajari dan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan tauhid yang sedang diterangkan disini..


Cara untuk melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Diperingkat latihan untuk mendapatkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Latihan untuk mendapat kemahiran berlakunya kedua perkara yang telah diperintahkan oleh Allah didalam satu masa yang sama (serentak) kerana disinilah yang akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Jika apa yang kita ketahui mendahului daripada apa yang akan dipimpin dan diberikan hidayah petunjuk oleh Allah,


Apa yang akan kita lakukan tidak akan berhasil sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah kerana kita tidak melakukan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


Cara untuk melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Diperingkat latihan untuk mendapatkan penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Latihan untuk mendapat kemahiran berlakunya kedua perkara yang telah diperintahkan oleh Allah didalam satu masa yang sama (serentak) kerana disinilah yang akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Apa yang tersurat didalam firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Supaya berlaku pengakuan keatas apa yang disaksikan kita perlu tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada (samada kepada zat, sifat, nama atau perbuatan yang bukan yang dirasakan sebagai zat, sifat, nama atau perbuatan diri sendiri. Atau yang bukan zat, sifat, nama atau perbuatan yang disangka sebagai zat, sifat, nama dan perbuatan Allah)


Didalam latihan diperingkat awal kita mesti tumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan dulu daripada menyebut Allah..


Apabila sudah dapat kemahiran melakukan tumpuan dan menyebut Allah didalam satu masa yang sama, disinilah baru akan berlaku penyaksian dan pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah.


Tumpuan akan bertukar menjadi penyaksian dan menyebut Allah akan bertukar menjadi pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah


Latihan tumpuan dengan sebulat tumpuan dengan menyebut Allah secara serentak (pada saat yang sama) ini adalah latihan yang dilakukan supaya dapat berlaku tumpuan dengan menyebut Allah berlaku pada satu masa yang sama..


Setelah mendapat kemahiran melakukan tumpuan dan menyebut Allah didalam saat yang sama atau secara serentak barulah akan berlaku akan firman Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Maksudnya pada bila-bila menyebut Allah secara automatik telah berlaku serentak beserta dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan.. kerana sudah mendapat kemahiran semasa melakukan latihan diperingkat awal..


Untuk memudahkan kepada faham kita muzakarahkan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Dengan mengambil contoh menumpukan kepada sifat ada.


Sifat ada mana yang akan kita berikan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan?


Kita perlu berikan tumpuan kepada yang selama ini yang kita sedar atau rasakan sebagai keberadaan diri kita sendiri.


Sebelum kita menumpukan kepada sifat ada yang ternyata kepada diri kita sendiri terlebih dahulu kita mengulang-ngulang sifir "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH"


Kenapa perlu kita mengulang-ngulang perkataan "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH"


Ini perlu dilakukan supaya apabila kita merasai atau menyedari sifat ada yang ada pada diri kita sendiri, akan berlaku secara automatik ada yang sedang dirasai itu bukan dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan bukan pula yang disangka sebagai ada Allah


Maknanya ada yang sedang kita rasai untuk ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan ialah ada yang bukan dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan bukan ada yang sedang dianggap atau disangka sebagai sifat ada Allah kerana kita belum lagi melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Rasakan atau sedarilah kepada sifat ada yang bukan yang sedang disedari sebagai ada diri sendiri dan sifat ada tang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ada Allah.


Tumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ada yang bukan yang sedang dirasai sebagai ada diri kita sendiri dan yang bukan sifat ada yang sedang dianggap sebagai sifat ada Allah.


Setelah penumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan dilakukan keatas sifat ada yang sedang dirasakan atau yang sedang disedari itu


Sebutlah Allah tanpa putus dengan tertib dan jangan terlalu laju, setiap satu sebutan Allah itu ditujukan kepada sifat ada yang bukan yang sedang dirasakan sebagai ada diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai ada Allah supaya berlaku menyebut Allah dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tupuan kepada sifat ada ini berlaku serentak atau supaya berlaku didalam saat yang sama.


Setelah berlaku menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ada yang sedang dirasakan atau yang sedang disedari pada saat yang sama atau serentak


Pada ketika inilah tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ada akan bertukar menjadi penyaksian kepada sifat ada dan sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan bertukar menjadi pengakuan bahawa sifat ada yang sedang disaksikan itu adalah sifat ada Allah.


Ini bukan berlaku didalam perkataan yang kita perkatakan, bukan berlaku didalam fikiran yang sedang difikirkan, bukan berlaku didalam ingatan yang sedang dingatkan, bukan berlaku didalam ilmu yang diketahui tetapi perlakuan menyebut Allah yang telah berlaku serentak dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan itu sendiri yang akan bertukar menjadi sebagai penyaksian dan pengakuan kepada sifat ada Allah..


Kaedah menyebut Allah seperti sabda Rasulullah saw ialah


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Cara menyebut Allah dengan kaedah yang telah diajarkan oleh Rasulullah iaitu menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit akan menghasilkan menyebut Allah tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf..


Jika seseorang menyebut Allah dengan secara lisan iaitu tanpa menungkatkan lidah kelangit-langit, semasa sebutan Allah yang keluar dari lisan itu lidahnya akan bergerak. Ini kaedah menyebut Allah secara lisan..


Apabila seseorang melakukan kaedah menyebut Allah dengan kaedah menungkatkan lidah kelangit-langit, lidah tidak lagi akan bergerak, sebenarnya akan ada satu anggota lain yang akan bergerak menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah secara lisan.


Pergerakan anggota yang menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah diketika menungkatkan lidah kelangit-langit inilah tandanya seseorang itu sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf... (tersembunyi)


Cara untuk menyebut Allah didalam hati bukanlah sepertimana yang kebanyakan atau ramai orang faham sekarang ini iaitu kita menyebut-nyebut Allah didalam hati..


Kaedah untuk menyebut Allah didalam hati adalah sepertimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah seperti didalam sabdanya


  • Tongkatkan lidah kamu
  • Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya


Pergerakan anggota yang bergerak diketika menyebut Allah diketika sedang menungkatkan lidah kelangit-langit yang menggantikan pergerakan lidah semasa menyebut Allah secara lisan (diketika lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit) inilah maksud kepada sedang menyebut Allah didalam hati....


Inilah rahsia tersirat didalam sabda Rasulullah saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya....


Yang perlu diketahui untuk diamalkan.... yang merupakan sedang ingat kepada Allah didalam hati yang tanpa suara, tanpa kata-kata dan tanpa berhuruf...


Sesiapa yang istiqomah melakukan menyebut Allah didalam keadaan menungkatkan lidah kelangit-langit akan dapat merasakan pergerakan anggota yang menggantikan pergerakan lidah diketika menyebut Allah secara lisan (lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit...


Sedang menyebut kaedah dari mana-mana cara (samada dengan kaedah lisan atau dengan kaedah yang tersembunyi) akan mendatangkan ingat kepada Allah (zikirullah)


Menyebut Allah bukan ingat kepada Allah tetapi untuk mendatangkan ingat kepada Allah mesti menyebut Allah..


Setelah istiqomah melaksanakan menyebut Allah, (samada secara lisan atau tersembunyi) barulah akan menghasilkan ingat kepada Allah yang tidak boleh nak dihuraikan didalam apa bentuk dan cara sekalipun...


Apa yang terhasil daripada sedang melaksanakan perintah Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Akan mendatangkan ingat kepada Allah,


Ingat kepada Allah ialah apa yang akan terhasil daripada seseorang itu melaksanakan perintah Allah 


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


iaitu cara untuk menyebut Allah secara lisan sehingga akan terhasil ingat kepada Allah, orang yang melaksanakan perintah tersebut maka tahulah dia apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ingat kepada Allah


Dan ingat kepada Allah juga boleh dilakulan dengan cara menyebut Allah yang dilakukan dengan menyebut didalam hati dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw seperti didalam sabdanya


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Ini apa yang telah Allah perjelaskan seperti didalam firmanNya yang bermaksud "DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"


Melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


ADALAH MERUPAKAN SATU IBADAT YANG PERLU DILAKUKAN DAHULU, BERSAMA SERTA DENGAN IBADAT-IBATAT YANG LAIN SEPERTI SOLAT, PUASA, ZAKAT DAN MENUNAIKAN HAJI


HADIS NABI SAW


AL-ILMU HIJABUL AKBAR - ILMU ITU ADALAH HIJAB YANG PALING BESAR


KITA TIDAK SEDAR ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLOK DENGAN TIDAK MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU BERSIH DARI SEBARANG SYIRIK ATAU MAKRIFATULLAH TELAH MENJADI HIJAB DARI MENDAPAT HIDAYAH PETUNJUK DARI ALLAH UNTUK SAMPAI KEPADA MAKRIFATULLAH


kita mempelajari ilmu hakikat dan makrifat dari sesama makhlok tetapi kita tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid sebenarnya kita sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan.


INI TELAH DIBERIKAN AMARAN KERAS OLEH ALLAH


61.Surah Aş-Şaf ayat 1


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


61.Surah Aş-Şaf ayat 2


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!


61.Surah Aş-Şaf ayat 3


Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


Kita cuma tahu tentang ilmunya sahaja tetapi tidak melakukan sepertimana yang diketahui itu, ilmu yang diketahui itu memang benar tetapi apa yang kita lakukan yang tidak benar.


Tanpa melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid kita akan bersangka-sangka ilmu hakikat dan makrifat yang kita ketahui itulah sebagai pegangan iktiqad dan tauhid kita tanpa perlu lagi melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid..


Sebenarnya ilmu hakikat dan makrifat yang diketahui itu adalah sebagai pedoman kita, menerangkan kemana yang kita hendak tuju dan berpegang, bukan lagi merupakan pegangan iktiqad dan tauhid kita... ilmu yang diketahui itu bukan merupakan jalan dan cara yang dilakukan sendiri, cuma merupakan pengetahuan yang diketahui sahaja


Untuk dapat duduk sepertimana yang telah diketahui didalam ilmu hakikat dan makrifat kita mesti melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid atau mesti bertaubat daripada melakukan sebarang syirik..


Perlunya setiap seorang melakukan sendiri Jalan dan cara untuk tetap diatas iktiqad dan tauhid telahpun difirmankan oleh Allah didalam Al-Quran


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


SEDANG MEMPERKATAKAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLOK TANPA MELAKUKAN SENDIRI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI FURMAN ALLAH


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


ATAU JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH


IKTIBAR PENGAJARAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH BUKAN TENTANG MENGENAL ALLAH


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15


Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16


Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -


79.Surah An-Nāzi`āt ayat  17


(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18


"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?


79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19


`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?


Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"


Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu


Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)


IALAH MERUPAKAN SATU KEADAAN DIMANA SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN


ALLAH TELAH MEMPERJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA SEDANG MEMPERKATAJAN SESUATU YANG TIDAK DULAKUKAN AKAN MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN


FIRMAN ALLAH


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 221


Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 222


Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 223


Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 224


Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 225


Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 226


Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 227


Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.


WALAUPUN MEREKA SEDANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN (MEMPERKATAKAN ILMU HAKIKAT DAN MAKRIFAT YANG TELAH DIPELAJARI DARI SESAMA MAKHLOK) TANPA MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID ATAU JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU) ADALAH MENJADI TEMPAT UNTUK SYAITAN SELALU TURUN.


MEREKA PULA MENYANGKA MEREKA ADALAH ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH


43.Surah Az-Zukhruf ayat 36


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 37


Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 38


Sehingga apabila ia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah ia (kepada Syaitannya): "Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman".


43.Surah Az-Zukhruf ayat 39


(Lalu dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab".


43.Surah Az-Zukhruf ayat 40


Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar, atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya), dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata?


43.Surah Az-Zukhruf ayat 41


Oleh itu (bertenanglah engkau, kerana) kalaulah Kami wafatkan engkau (sebelum Kami perlihatkan kepadamu azab yang akan menimpa mereka), maka sesungguhnya Kami tetap menyeksakan mereka.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 42


Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 43


Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.


43.Surah Az-Zukhruf ayat 44


Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu; dan kamu akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kamu telah amalkan).


7.Surah Al-'A`rāf ayat 29


Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan solat, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).


7.Surah Al-'A`rāf ayat 30


Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam petunjuk hidayah.


JANGAN MENYALAHI PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN RASUL


17.Surah Al-'Isrā' ayat 38


Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 39


Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI