SIAPAKAH ORANG YANG BODOH MENGIKUT AL-QURAN.

SURAH AL-BAQARAH DARI AYAT 1 HINGGA AYAT 13.


BISMILLAH HIRROHMA NIRROHIM


YANG TIDAK BERHURUF, TIADA SUARA DAN TIADA KATA-KATA .......


‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


YANG MELIHAT, YANG MENDENGAR DAN YANG BERKATA-KATA IALAH ALLAH TELAH DIJELASKAN DIDALAM KALIMAH 


‎بسم الله


IAITU BA = ب = Basirun - YANG MELIHAT


Sim = س = Sami'unn = YANG MENDENGAR


Mim = م = mutakalliman = Yang berkata-kata. 


IALAH Allah = الله yang maha pemurah dan maha pengasih.


Basirun, sami’unn dan mutakalliman ialah sifat Allah yang maha pemurah dan maha pengasih, Bukan sifat selain dari Allah..


Firman Allah


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Diawal setiap pekerjaan hendak didahulukan dengan بسم الله = Faham bahawa (ب ) yang melihat itu sifat Allah, 


‎(س ) yang mendengar itu adalah sifat Allah


‎(م ) Yang berkata-kata atau bercakap itu adalah sifat Allah...


Basor, sama' dan Mutakalliman (Pandang, Dengar dan Bercakap) itu bukanlah sifat diri kita sendiri (yang selama ini telah disangka ada)...


Dengan mula menyedari bahawa basor, sama' dan Mutakalliman بسم = adalah sifat Allah = بسم الله (yang terhasil daripada seseorang itu melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah), bermakna disetiap permulaan didalam segala perbuatan ia telah pun mentauhidkan Allah ...


76.Surah Al-'Insān ayat 2


Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 29


Katakanlah: 

"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).


CARA PERLAKSANANANYA


Sebelum melaksanakan cara yang perlu dilakukan sehingga akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa yang melihat, yang mendengar dan yang berkata-kata ialah Allah, setiap orang perlu tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiaannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Selagi seseorang itu masih dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, apa yang akan dilakukan tidak akan menyebabkan berlakunya penyaksian dan pengakuan bahawa yang melihat, yang mendengar dan yang berkata-kata ialah Allah.


Kerana Akan Gugur segala amal yang dilakukan didalam keadaan syirik, ini telah diperjelaskan seperti didalam firnan Allah pada


39.Surah Az-Zumar ayat 65


Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.


6.Surah Al-'An`ām ayat 88


Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).


47.Surah Muĥammad ayat 33


Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!


Didalam Surah Muĥammad ayat 33 Allah berfirman dan menyeru orang-orang yang beriman supaya taat kepada Allah dengan mengikut firmanNya dan taat kepada Rasulullah saw dengan mengikut sabdanya dan hendaklah melakukan amal yang tidak disertakan dengan sebarang syirik kerana amal yang dilakukan yang disertakan dengan melakukan sebarang perbuatan syirik akan membatalkan amal yang dilakukan tersebut.


Pada masa mula-mula bangun daripada tidur, kita sudah buka mata,  Apabila terbuka mata, kita sudah mula melihat alam keliling.


Ketika sedang melihat alam sekeliling, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada penglihatan itu, (jangan dirasakan melihat itu kita yang melihat, dan jangan disangka melihat itu Allah yang melihat, (samada yang diperkatakan dengan lisan lidah, yang difikirkan dengan fikiran atau ada yang terlintas didalam hati)


setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada penglihatan yang sedang dirasai itu, didalam masa yang sama sebutlah Allah, Allah, Allah .... secara tertib dan teratur dan disetiap sebutan Allah itu hendaklah dituju atau dihalakan kepada penglihatan yang bukan yang dirasai sebagai penglihatan diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai penglihatan Allah


Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penglihatan yang bukan yang dirasai sebagai penglihatan diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai penglihatan Allah, inilah yang akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa penglihatan itu adalah penglihatan Allah


Ketika kita sedang merasa kita yang mendengar, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada pendengaran itu, (jangan dirasakan mendengar itu kita yang mendengar, dan jangan disangka mendengar itu Allah yang mendengar, (samada yang diperkatakan dengan lisan lidah, yang difikirkan dengan fikiran atau ada yang terlintas didalam hati)


setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada pendengaran yang sedang dirasai itu, didalam masa yang sama sebutlah Allah, Allah, Allah .... secara tertib dan teratur dan disetiap sebutan Allah itu hendaklah dituju atau dihalakan kepada pendengaran yang bukan yang dirasai sebagai pendengaran diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai pendengaran Allah


Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada pendengaran yang bukan yang dirasai sebagai pendengaran diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai pendengaran Allah, inilah yang akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa pendengaran itu adalah pendengaran Allah


Ketika kita sedang merasa kita yang bercakap, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada percakapan itu, (jangan dirasakan berlata-kata itu kita yang berkata-kata, dan jangan disangka berlata-kata itu Allah yang berkata-kata, (samada yang diperkatakan dengan lisan lidah, yang difikirkan dengan fikiran atau ada yang terlintas didalam hati)


setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat berkata-kata yang sedang dirasai itu, didalam masa yang sama sebutlah Allah, Allah, Allah .... secara tertib dan teratur dan disetiap sebutan Allah itu hendaklah dituju atau dihalakan kepada sifat berkata-kata yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah


Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat berkata-kata yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah, disinilah yang akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa yang melihat itu adalah penglihatan Allah


Melihat, mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah, Allah nyatakan sifat-sifatnya untuk memperkenalkan dirinya bukan untuk disekutukan dengannya..


Cara ini adalah berdasarkan kepada apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah 


73.Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan sepertimana firman Allah pada


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang perlu dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Dengan melakukan sepertimana yang dinyatakan seperti diatas akan berlakulah pengertian BISMILLAH walaupun kita tidak menyebut perkataan BISMILLAH..


Dengan melaksanakan kaedah ini berlakulah BISMILLAH yang tidak disebut samada secara lisan atau didalam hati iaitu yang tanpa huruf, tanpa suara dan tanpa kata-kata dengan membawa maksud perlakuan yang sedang dilakukan itulah menghasilkan apa yang telah dimaksudkan dengan BISMILLAH.


Kita tidak membaca BISMILLAH samada secara lisan atau secara didalam hati tetapi kita menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat melihat, mendengar dan sifat berkata-kata, didalam satu masa yang sama kita pun menyebut Allah melalui lisan lidah atau secara tersembunyi didalam hati tanpa putus.. mengikut apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah


Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


1. Alif, Laam, Miim.


2  Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;


AL-QURAN DIDALAM BAHASA ARAB - JIKA ALLAH TURUNKAN AL-QURAN KEPADA SETENGAH ORANG YANG TIDAK TAHU MEMBACA ARAB, MEREKA TETAP JUGA TIDAK MAHU PERCAYAKAN BACAAN ITU DARIPADA TUHAN..


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 192


Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 193


Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 194


Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 195


(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 196


Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 197


(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 198


Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,


26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 199


Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.


Sambungan daripada surah Al-Baqarah


3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.


4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).


5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.


7. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.


8. Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.


10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".


12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.


13. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).


 7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143


Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.


Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.


Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis


hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi


Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah? 


Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah. 


Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah. 


Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah. 


Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah? 


Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup. 


Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian. 


Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.


Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda : 


Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.


“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 199


Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).




12.Surah Yūsuf ayat 33


Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya".




33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 72


إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.



8.Surah Al-'Anfāl ayat 27


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).




Surah Al-Baqarah ayat 171 dan 173.


170. Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?


171. Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI