TUJUH PERINGKAT PERJALANAN @ TUJUH LAPIS LANGIT PERLU DITEMPUHI OLEH SESEORANG YANG HENDAK BERTEMU DENGAN TUHANNYA

Firman Allah

18.Surah Al-Kahf ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


Untuk melaksanakan apa yang telah Allah firmankan "sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".


Setiap orang mesti melalui tujuh lapisan langit kesedaran dan puncak kesedaran iaitu hilangnya keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri.


LANGIT PERTAMA


Merasa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri, yang dilakukan samada dengan cara


   . Memperkatakan dengan lisan lidahnya

   . Memikirkan dengan fikiran atau

   . Ada yang terlintas didalam hatinya


Yang menunjukkan adanya keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau sesuatu selain dari Allah, ini adalah syirik yang tersembunyi.


LANGIT KE DUA


Menyangka keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri sebagai ada Allah, yang dilakukan samada dengan cara


 Memperkatakan dengan lisan lidahnya

. Memikirkan dengan akal fikiran atau

. Ada yang terlintas didalam hatinya


Yang ada hanya Allah, diketika ia masih lagi merasakan keberadaan badan diri sendiri dan ini adalah syirik tersembunyi lagi tersembunyi dimana orang ini sedang berkata sesungguhnya "Aku ialah tuhan selain daripada Allah.


Dengan demikian akan berlakulah sepertimana Firman Allah


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 29


Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.


Demada berada dilingkaran langit pertama dengan langit kedua ini, setiap orang mesti berusaha supaya ia


Jangan melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah terutama mensyirikkan Allah


Firman Allah


6.Surah Al-'An`ām ayat 151


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.


"Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".


Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa


Dari kedua-dua peringkat atau langit kesedaran ini menunjukkan ia sedang melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah iaitu sedang melakukan syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sepertimana yang telah diharamkan oleh Allah.


Untuk membolehkan supaya ia tidak melakukan syirik tersembunyi, badan dirinya mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan yang ia tidak boleh memperkatakan dengan lisan lidahnya, tidak boleh memikirkan dengan akal fikiran dan tidak boleh ada didalam lintasan hatinya yang membuahkan keberadasn badan dirinya. Jika ia lakukan, bermakna ia telah melakukan syirik yang tersembunyi.


Untuk membolehkan supaya ia tidak melakukan syirik tersembunyi lagi tersembunyi, badan dirinya mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan yang ia tidak boleh memperkatakan dengan lisan lidahnya, tidak boleh memikirkan dengan akal fikiran dan tidak boleh ada didalam lintasan hatinya yang ada hanya Allah diketika ia masih merasa keberadaan badan dirinya kerana akan timbul sangkasn yang sedang menyangka keberadaan dirinya itulah keberadaan Allah. Ini Bermakna ia sedang melakukan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi iaitu tidak memperkatakan dengan lisan lidahnya, tidak memikirkan dengan akal fikiran dan tidak ada didalam lintasan hatinya yang membuahkan keberadasn badan dirinya, apabila dirasakan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan dirinya akan berlaku ia sedang menumpu dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan dirinya. Diketika ini ia sudah masuk ke ruangan


LANGIT KE TIGA


Iaitu Merasakan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri sebagai sifat yang bukan yang dirasa sebagai sifat badan diri sendiri.


Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu tidak memperkatakan dengan lisan lidahnya, tidak memikirkan dengan akal fikiran dan tidak ada didalam lintasan hatinya yang ada hanya Allah diketika ia masih lagi merasakan keberadaan badan dirinya sendiri, apabila dirasakan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan dirinya akan berlaku ia sedang menumpu dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan dirinya yang akan disangka pula sebagai sifat Allah. Diketika ini ia sudah masuk ke tuangan


LANGIT KE EMPAT


Iaitu Merasakan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri sebagai sifat yang bukan yang dirasa sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat ketuhanan Allah,


Perjalanan dari peringkat atau langit pertama hingga ke peringkat @ langit keempat berkisar pada arahan "JANGAN MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SEBARANG PERBUATAN SYIRIK"


Syarat Untuk membolehkan seseorang supaya ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik ia mesti tahu, boleh menerang dan menghuraikan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik.


Sebagai peringatan

"Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, apabila merasakan sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri, secara tersendiri atau secara automatik akan berlaku tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat ketuhanan Allah, yang menjadi asas untuk melakukan perintah "BUNUHLAH DIRI KAMU"


LANGIT KE LIMA


Sedang berlaku Penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, yang akan berlaku dalam proses seseorang itu sedang melaksanakan perintah "BUNUHLAH DIRI KAMU" iaitu proses untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik


Syarat Untuk membolehkan seseorang itu melaksanakan perintah "BUNUHLAH DIRI KAMU", ia mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan perintah "BUNUHLAH DIRI KAMU" dan bagaimana untuk melakukan perintah tersebut mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya. Iaitu perintah tersebut dilakukan mengikut firman Allah atau sabda Rasulullah saw yang mana satu.


Apa yang dimaksud dengan perintah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melakukan perintah Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan perintah-perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri.


Perintah Allah yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri ialah apa yang tersurat dan apa yang tersirat pada Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrāk ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'Akrāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah, iaitu keadaan dimana Allah yang merasa akan keberadaan Allah.


LANGIT KE ENAM


Sedang berlaku Penyaksian dan pengakuan kepada Allah, juga akan berlaku hasil dari melaksanakan apa yang tersurat dan apa yang tersirat pada Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Cuma tukar tumpu dari tumpu kepada sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri dan kepada sifat yang bukan yang dirasai sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah kepada tumpu kepada penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah (yang sedang berlaku)


LANGIT KE TUJUH


Sedang berlaku Penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang sedang merasa akan keberadaan Allah atau keadaan dimana Allah yang mengenal Allah atau diperingkat "AKU MENGENAL TUHAN AKU DENGAN TUHANKU"


Cuma beralih tumpuan, daripada tumpuan dengan sebulat-bulat kepada penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah yang sedang berlaku kepada tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada Allah


Juga akan berlaku hasil dari melakukan apa yang tersurat dan apa yang tersurat pada Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


PERINGKAT KEMUNCAKNYA ATAU ( PUNCAK KESEDARAN @ SIDRATUL MUNTAHA)


Hilangnya keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri setelah melalui dari peringkat @ langit pertama hingga ke peringkat @ langit ke tujuh. yang menjadi tempat pertemuan diantara seorang hamba dengan tuhannya sehingga hilanglah keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.


PERANGILAH ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGHARAMKAN APA YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH DAN RASULNYA


Surah At-Taubah ayat 29


Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI