ORANG YANG MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SEBARANG PERBUATAN SYIRIK, SAMADA SYIRIK YANG NYATA, SYIRIK YANG TERSEMBUNYI DAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, SEBENARNYA SEDANG MENYEMBAH SYAITAN DAN SESUNGGUHNYA MERUPAKAN SESAT DENGAN KESESATAN YANG AMAT JAUH

Surah An-Nisaa' dari ayat 115 - 121


115. Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.


116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.


117. Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka;


118. Yang telah dilaknat oleh Allah, dan yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);


119. "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.


120. Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.


121. Mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.


MEREKA INI IAITU ORANG YANG MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SEBARANG PERBUATAN SYIRIK, SAMADA SYIRIK YANG NYATA, SYIRIK YANG TERSEMBUNYI DAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI, IALAH MERUPAKAN ORANG YANG TENGGELAM DIDALAM KEJAHILAN.


Ini telah diperjelaskan didalam firman Allah pada Surah Al-A'raf dari ayat 138


Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.


Setiap orang mesti mempelajari sehingga ia tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa dan bagaimana untuk melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid yang telah Allah terangkan didalam Al-Quran dengan berbagai cara


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...


KISAH NABI-NABI MENGANDUNGI PELAJARAN YANG MENDATANGKAN IKTIBAR


12.Surah Yūsuf ayat 111


Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.


Surah Hud ayat 120


Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya dan telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang yang beriman.


Untuk mengetahui apakah sebenarnya "HAKIKAT TAUHID" setiap badan diri sendiri mesti menelusuri melalui "ASAL KEJADIAN MANUSIA" yang telah Allah istiharkan seperti didalam firman Allah pada


Surah Al-Ĥijr ayat 28 dan 29


28. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.


29. "Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.


Dan pada Surah Şād ayat 71 dan 72


71. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;


72. " Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".


Manusia diciptakan dari tanah menjadi jasmani atau badan dan ditiupkan roh dari Allah menjadi rohani atau diri.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 12


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 13


Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 14


Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.


Maksudnya setelah sempurna ciptaan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Allah sempurnakan kejadian itu Allah bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya dengan meniupkan RohNya.


ROH YANG DITIUPKAN ITU ADALAH URUSAN TUHAN


Firman Allah


Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

(17.Surah Al-'Isrā' ayat 85)


Allah telah memberitahu bahawa roh adalah urusanNya, 


Tidak perlu mempersoalkan lagi dengan kepelbagaian soalan sebab itu adalah kenyataan Allah sendiri..


Tujuan Allah memberitahu yang roh itu adalah Urusan Allah supaya seseorang itu tidak bertuhan kepada roh.


Roh adalah sifat ketuhanan, sifat ketuhanan adalah milik Allah, Hanya Allah yang bersifat dengan segala sifat ketuhanan, inilah maksudnya Roh urusan Allah..  


Jangan sekali-kali terhenti hanya kepada roh sehingga sampai bertuhankan kepada roh..  Kerana pada roh itu ada segala sifat ketuhanan...


Firman Allah pada 34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Lihat, saksikan dan Akuilah segala sifat ketuhanan yang ada pada ruh adalah sifat Allah...  Roh itu adalah sifat Allah dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu iaitu Allah bukan dengan mengaku-ngaku berdasarkan kepada ilmu hakikat dan makrifat yang telah dipelajari dan diketahui dari sesama makhlok.


Allah zahirkan pendengaran dan penglihatannya untuk menyatakan akan sifat melihat dan sifat mendengar adalah sifatNya sendiri, bukan dizahirkan sifat melihat dan mendengar untuk disekutukan denganNya. (Bukan Untuk dirasai sebagai sifat badan diri sendiri)


40.Surah Ghāfir ayat 13


Dia lah Tuhan yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaanNya (untuk kehidupan rohani kamu), dan yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. Dan tiadalah yang ingat serta mengambil pelajaran (dari yang demikian) melainkan orang yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).


Untuk itu praktikkan akan firman Allah pada


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


Dengan melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dengan maksud


APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN ...


Jasad sentiasa mati seperti matinya manyat. Sebagaimana manyat begitulah jasad kita sekarang ini.


Manyat nampak hidup kerana telah ditiupkan Rohullah kedalamnya. Sebenarnya Rohullah inilah yang hidup, hidup Rohullah terpancar dan terlihat keatas jasad atau badan melalui nafas.. Selagi ada nafas selagi itulah jasad akan nampak hidup, segala sifat-sifat ketuhanan yang terlihat, yang terasa pada badan atau jasad adalah sifat Rohullah yang dinyatakan keatas badan melalui nafas..


Jadi nafas sebenarnya adalah pekerjaan Rohullah yang menyampaikan segala apa yang ada pada Rohullah kepada jasad... yang menyampaikan ini dinamakan pesuruh Allah


Rohullah adalah sifat ketuhanan Allah, Rohullah bersifat dengan cara ghaib iaitu tidak nampak oleh mata, tidak dapat dipegang oleh tangan, tidak dapat difikirkan oleh akal. Sifat Rohullah ini ternyata kepada badan melalui nafas.....


Nafas adalah jalan yang sentiasa menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah. Setelah terhenti nafas maka terputuslah jambatan atau jalan penghubung yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah...


Nafas adalah jalan yang menghubungkan diantara Rohullah dengan jasad. Nafas juga adalah jalan atau tempat dimana Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah...


Setelah Ruhullah ditiupkan kedalam jasad maka nafaslah yang menjadi jalan penghubung diantara Rohullah dengan jasad....


Setelah keluar sahaja dari rahim ibu (surga) maka Rohullah sentiasa terhubung dengan jasad melalui nafas..


Rahsia yang dibawa bersama Ruhullah semasa dilahirkan iaitu “JANJI SETIA ATAU BAI’AH KEPADA ALLAH” sepertimana yang terkandung didalam firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 172


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


DAN PERJANJIAN INI TELAH DITURUNKAN KEPADA JANIN DIKETIKA JANIN BERUMUR TIGA BULAN SEPULUH HARI DIDALAM KANDUNGAN IBU YANG DIPANGGIL DENGAN SALAM ZAMAN IAITU SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH


6.Surah Al-'An`ām ayat 79


‎إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًاۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".


6.Surah Al-'An`ām ayat 162


‎إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah  untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


6.Surah Al-'An`ām ayat 163


‎لَا شَرِيكَ لَهُۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ


Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan  aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".


DARI AYAT-AYAT INI MENERANGKAN TELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA ALLAH ADALAH TUHAN KITA


PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN INI TERUS BERLAKU SEHINGGALAH KITA DILAHIRKAN KEDUNIA INI DAN IANYA KEKAL SEHINGGALAH KITA SEMUA MULA BERAKAL..


SETELAH KITA MULA BERAKAL, BERMULALAH ERA KITA MULA MERASAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA DIRI KITA SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI KITA SENDIRI..


TETAPI ALLAH TELAH MENJELASKAN DIDALAM FIRMANNYA


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut.


Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya.  Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"


Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain..


Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27)


"TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA"


 Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengutuskan para Nabi dan para Rasul...


34.Surah Saba' ayat 28


Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).


Allah telah merakamkan didalam Al-Quran tentang HAKIKAT TAUHID ini sebagai peringatan kepada kesuluruhan umat manusia, sepertimana firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 173


Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"


7.Surah Al-'A`rāf ayat 174


Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).


Surah Al-Nahl ayat 78.


78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


Apa yang perlu dipelajari sehingga badan diri sendiri tahu, boleh menghurai dan menerangkan ialah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw didalam sebuah hadisnya tentang tuntut ilmu


اطْلُبُوا الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدَ


(Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad)


Nak lihat Muhammad, nak lihat Allah.. Belajarlah pada bayi kecil yang didalam buaian, pasti sejuk hatimu. pasti sayu hatimu. pasti runtun hatimu. pasti tenang hatimu... di situ kita akan mengerti... siapa yg berkuasa, siapa yang memahami, siapa yg menjadi pelindung...  


Perhatikan lagi bayi itu.. waktu tidurnya, ketika tangisnya.. tika ketawanya.. dengarkan suaranya... lebih-lebih lagi ketika menggeliat nya  terpancar kemerahan di mukanya.. kempis perutnya.. kembang dadanya dan tangannya tergenggam ibu jari dikanan kiri., 


perhatikan lagi... mulutnya yg kecil itu.. lidahnya tertongkat ke langit-langit dgn nafas tertahan dan akhirnya terhembus perlahan-lahan di kedua-dua lubang hidungnya.. inilah sebenar perlakuan syuhud yg sering di perkatakan kebanyakan org., wajah muhamad itu kemerah-merahan.. bercahaya.. tidak lesu dan lempam...!   


ambillah contoh yg nyata itu kedalam diri kita.. asalnya kita begitulah di ketika bayi.. tapi sedikit demi sedikit akhirnya hilang bila meningkat dewasa.... kembalilah kepada perlakuan bayi.. pakailah ia dalam ilmu beramal dan faham.. 


fanakan penglihatan dlm basar allah.. fanakan afaal dlm afaal allah.. nyatalah Dia. fanakan wujud dlm wujud Dia.. nyatalah Allah semata yg wujud.. inilah syuhud, inilah hakikat wahdatul syuhud... cari dan kenallah Diri di jalan pernafasan. matikan segala tenaga yg ada. turutkan turun naik nafas itu,. perhatikan dan rasailah tenaga yg didalam tu. tenaga yg menyebabkan turun naik pernafasan kita... 


hakikatnya kita sebenarnya bergantung kpd tenaga yg berasalkan dari jalannya pernafasan kita.. nafi dan isbatkan.. kudrat yang ada itu adalah sebenarnya Qudrat Allah.. bukan qudrat kita.! jika masih ada dua kudrat.. maka belumlah tauhid.. belum tauhid itu syirik... sesungguhnya yg paling di takuti adalah apabila tidak kesampaian untuk berserah diri sebenar2nya,. takut utk mengaku diri dan takut untuk mengatakan diri.... katakan lah segala-galanya Allah....


Dengan melakukan perintah Allah dan RasulNya, yang apabila dilakukan akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid iaitu yang telah diistiharkan oleh Allah didalam firmanNya pada


Surah Al-Muzammil ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrāk ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'Akrāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, bermakna sedang ternafi segala sifat ketuhanan Allah yang ternyata pada badan diri sendiri kepada badan diri sendiri dan terisbat segala sifat ketuhanan Allah yang ternyata pada badan diri sendiri hanya kepada Allah.


Dengan ini akan berlakulah keadaan sedang


Menafikan  segala sifat ketuhanan yang ada pada kita daripada kita dan isbatkan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita itu kepada Allah dengan kita kembali bernafas sepertimana kita diketika mula dilahirkan dulu dan belajarlah keadaan ini daripada bayi yang berada didalam buaian...


34.Surah Saba' ayat 25


(Oleh itu) katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan".


34.Surah Saba' ayat 26


Katakanlah lagi:" Tuhan kita akan menghimpunkan Kita semua (pada hari kiamat), kemudian Ia akan menyelesaikan perselisihan yang ada di antara kita dengan penyelesaian yang benar; dan Dia lah jua Hakim yang seadil-adilnya, lagi Yang Maha Mengetahui segala-galanya".


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. 


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


Satu lagi cara ialah dengan mengambil pelajaran dari keadaan manyat didalam liang lahad.


Jasad yang didlam liang lahad, ada mempunyai mata tapi tidak dapat melihat, ada mempunyai telinga tetapi tidak boleh mendengar, ada mempunyai mulut tetapi tidak boleh berkata-kata,


Setiap badan diri sendiri mesti mempunyai kesedaran bahawa sekarang ini, jasadnya sebenarnya seperti keadaan manyat didalam liang lahad, ada mata tetapi tidak boleh melihat bermaksud yang sedang melihat itu sebenarnya bukanlah matanya tetapi ruh yang telah ditiupkan kedalam jadadnya, ada telinga tetapi tidak boleh mendengar bermaksud yang sedang mendengar itu sebenarnya bukanlah telinganya tetapi ruh yang telah ditiupkan kedalam jadadnya, ada mulut tetapi tidak boleh berkata-kata bermaksud yang sedang berkata-kata itu sebenarnya bukanlah mulutnya tetapi ruh yang telah ditiupkan kedalam jadadnya.


Untuk menimbulkan kesedaran ini, setiap orang mesti melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid, yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN.


Bukan dengan memperkatakan sesuatu tanpa ia melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah dengan maksud apa yang dilakukan, telah dilakukan mengikut dari Firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang mana satu ?.


MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG TELAH DITERANGKAN DENGAN BERBAGAI CARA DIDALAM AL-QURAN DIDALAM FIRMANNYA PADA


17.Surah Al-'Isrā' ayat 41


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.


YANG PERLU DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


76.Surah Al-'Insān ayat 29


Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).


76.Surah Al-'Insān ayat 30


Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).


MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG BERKAITAN  


Adalah merupakan satu asas pokok didalam islam


PENJELASAN DARI ALLAH MENGENAI SATU ASAS POKOK DIDALAM ISLAM


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 92


Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.


21.Surah Al-'Anbyā' ayat 93


(Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 52


Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 53


Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 54


Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 55


Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 56


(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 57


Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 58


Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 59


Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 60


Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 61


Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 62


Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 63


(Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73


Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74


Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75


Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.


LANGKAH PERTAMA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH ORANG YANG HENDAK MELAKUKAN JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DIDALAM IALAM IALAH


Jangan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


Untuk membolehkan seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, ia mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang syirik samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI