JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK
Firman Allah
7.Surah Al-'A`rāf ayat 43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN, JIKA TIDAK DIPIMPIN DAN DIBERIKAN PETUNJUK OLEH ALLAH MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)
FIRMAN ALLAH YANG MEMPERJELASKAN BAHAWA URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS HANYA TERTENTU KEPADA ALLAH
16.Surah An-Naĥl ayat 9
Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).
APAKAH SEBENARNYA JALAN YANG LURUS SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN ?
PENJELASAN DARIPADA FIRMAN ALLAH YANG MENUNJUKKAN JALAN YANG LURUS IALAH YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN SYAITAN
15.Surah Al-Ĥijr ayat 39
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr ayat 40
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr ayat 41
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr ayat 42
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Dengan ini "ORANG YANG DIPIMPIN OLEH ALLAH KEJALAN YANG LURUS" juga membawa maksud "ORANG YANG AKAN DIJADIKAN OLEH ALLAH SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"
LAGI KETERANGAN DARI AL-QURAN TENTANG SESIAPA YANG MAHU TETAP TEGUH DIATAS JALAN YANG LURUS, HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN CARA YANG DIATUR OLEH ALLAH
81.Surah At-Takwīr ayat 25
Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
81.Surah At-Takwīr ayat 26
(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
81.Surah At-Takwīr ayat 27
Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
81.Surah At-Takwīr ayat 28
Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang betul (lurus)
81.Surah At-Takwīr ayat 29
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DIDALAM HADIS
76.Surah Al-'Insān ayat 29
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
76.Surah Al-'Insān ayat 30
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
SETERUSNYA MARI SAMA-SAMA DILIHAT KEPADA SIAPAKAH YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS ATAU YANG ALLAH AKAN JADIKAN SEBAGAI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK, SEPERTI YANG DI FIRMANKAN OLEH ALAH DI DALAM AL-QURAN ?
Ini boleh di rujuk didalam firman Allah pada
4.Surah An-Nisā' ayat 66
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA
Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
4.Surah An-Nisā' ayat 67
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' ayat 68
DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.
Mereka ini iaitu yang telah melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Yang dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, akan ditempatkan didalam surga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid serta orang-orang yang soleh. Perkara ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada
4.Surah An-Nisā' ayat 69
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
4.Surah An-Nisā' ayat 70
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).
ADA PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):
"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
(2.Surah Al-Baqarah ayat 80)
YANG PERLU DITANYA KEPADA BADAN DIRI SENDIRI DAN
JUGA YANG PERLU DIJAWAB OLEH SETIAP BADAN DIRI
SUDAHKAH SESEORANG ITU TELAH MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...
Untuk dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus atau untuk dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang dibersihkan daripada sebarang syirik, setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan perintah Allah yang telah difirmankan iaitu
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Dan bagaimana jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk melakukan perintah Allah
"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"
(Surah An-Nisā' ayat 66)
Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH ATAU SABDA RASULULLAH SAW YANG MANA SATU...
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan