HIKMAH YANG AKAN BERLAKU KEPADA ORANG YANG TELAH DAN SEDANG MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DIDALAM

Surah Al-Muzzammil ayat 8


Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 181


وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ


Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 182


وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 183


وَأُمْلِي لَهُمْۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ


Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.


17.Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Apa yang tersurat "sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan" akan berlaku setelah kita melaksanakan apa yang tersirat.


Diperingkat awal latihan kita mesti melakukan apa yang tersirat iaitu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang terdapat keatas badan diri kita sendiri yang kita telah tahu dari penjelasan Allah bahawa segala sifat ketuhanan tersebut adalah sifat ketuhanan Allah. 


Ini telah diperjelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah)


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


CONTOH SIFAT-SIFAT KETUHANAN SEPERTI SIFAT ADA (ZAT), MENGETAHUI (BERILMU), HIDUP, BERKUASA, BERKEHENDAK @ BERKEMAHUAN, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAIN LAGI


Setelah kita mula berakal sifat ketuhanan yang ternyata kepada diri kita mula dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri. Seterusnya semakin kita membesar segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada makhlok yang lain juga mula dirasakan sebagai sifat makhlok tersebut.


Semasa kita membaca firman Allah seperti diatas seperti didalam Surah Saba' (Ayat 27) khasnya dan banyak lagi keterangan didalam surah dan ayat-ayat yang lain amnya.  Akan lahirlah didalam ilmu dan pengetahuan kita yang "SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK YANG LAIN, ITU ADALAH SIFAT KETUHANAN ALLAH"


Dengan ilmu dan pengetahuan yang demikian, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan atau keakuan kepada badan diri sendiri dan kepada makhlok yang lain..


Ini telah ditegaskan oleh Allah didalam firmanNya didalam Surah Saba' (Ayat 27)


"TUNJUKKANLAH KEPADAKU SIFAT-SIFAT KETUHANAN YANG ADA PADA MAKHLOK-MAKHLOK YANG KAMU HUBUNGKAN DENGAN ALLAH SEBAGAI SEKUTU-SEKUTUNYA" (sedang merasakan keberadaan diri kita sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah - inilah yang dimaksudkan dengan sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhlok yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutuNya.


 Untuk mengajak manusia kembali kepada "HAKIKAT TAUHID YANG TELAH DITINGGALKAN" sejak dari manusia mula berakal, Allah telah mengutuskan para Nabi dan para Rasul...


34.Surah Saba' ayat 28


Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).


Allah telah berfirman didalam Al-Quran tentang HAKIKAT TAUHID ini sebagai peringatan kepada kesuluruhan umat manusia, sepertimana firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 172


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


7.Surah Al-'A`rāf ayat 173


Atau supaya kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"


7.Surah Al-'A`rāf ayat 174


Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).


Didalam sebuah hadis qudsi Allah telah menegaskan "INSAN ITU RAHSIA AKU, DAN AKU ADALAH RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"


Kembali kita membicarakan tentang bagaimana kita hendak melaksanakan perintah yang terkandung didalam firman Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Kita perlu menumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada kepada badan diri kita sendiri seperti sifat (Ada, berkuasa, berkehrndak, mengetahui, hidup, melihat, mendengar, berkata-kata) dan lain-lain lagi


Semasa tumpuan dengan sebulat tumpuan yang dilakukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang terdapat kepada badan diri kita sendiri.


Kita tidak boleh merasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat diri kita sendiri dan juga kita tidak boleh menyangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat Allah


Untuk menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita sebagai sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan juga bukan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah


Setiap seorang mesti tahu yang ia tidak boleh


Memperkatakan dengan lisan lidah

Memikirkan dengan pemikirannya

Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati


Tentang keberadaan diri sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain kerana ini adalah merupakan syirik yang tersembunyi


Selagi ada yang


Memperkatakan dengan lisan lidah

Memikirkan dengan pemikirannya

Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati


Tentang keberadaan diri sendiri atau tentang keberadaan makhlok-makhlok lain selagi itu belum terlepas daripada syirik yang tersembunyi


Selagi itulah seseorang itu belum terlepas dari perbuatan syirik yang tersembunyi.


Apa yang perlu dilakukan ialah mengulang-ngulang sifir "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH" diluar daripada semasa kita melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Kita mesti faham apa yang dimaksudkan dengan “BUKAN AKU” yang telah dilafazkan


“BUKAN AKU” yang telah dilafazkan itu membawa maksud kita tidak merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita sebagai sifat diri kita sendiri


Selain daripada itu setiap seorang mesti mengetahui yang ia tidak boleh


Memperkatakan dengan lisan lidah

Memikirkan dengan pemikirannya

Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati


Yang sifat ketuhanan yang ada pada diri dan pada makhlok-makhlok lain ialah sifat ketuhanan Allah diketika ia masih lagi merasakan keberadaan dirinya sendiri atau keberadaan makhlok-makhlok lain


Kerana keadaan sedang


Memperkatakan dengan lisan lidah

Memikirkan dengan pemikirannya

Dan tidak boleh ada yang terlintas didalam hati


Yang sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri dan pada makhlok-makhlok lain adalah sifat ketuhanan Allah diketika masih lagi sedang merasakan akan keberadaan diri sendiri atau keberadaan makhlok-makhlok lain merupakan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi


Kerana apa yang telah diperkatakan sebagai sifat ketuhanan Allah ialah sangkaan ada diri yang sedang dirasakan atau sangkaan ada makhlok-makhlok yang sedang disangka ada itulah yang sedang disangka pula sebagai sifat ketuhanan Allah.


Orang yang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya dan kepada makhlok-makhlok lain adalah merupakan sifat ketuhanan Allah diketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan dirinya dan keberadaan makhlok-makhlok lain merasakan ia sedang mengesakan Allah tetapi sebenarnya ia sedang melakukan syirik kepada Allah kerana sedang menyangka keberadaan dirinya sendiri dan keberadaan makhlok-makhlok lain sebagai keberadaan Allah


Maksud kepada sedang melafazkan perkataan “BUKAN DI SANGKA ALLAH” ialah kita tidak sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat Allah didalam keadaan kita sedang merasakan keberadaan atau keakuan diri kita sendiri


Kita memperkatakan sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat ketuhanan Allah berdasarkan kepada pengetahuan yang telah terhasil dari kita telah membaca keterangan dari Allah yang terkandung didalam surah saba’ pada ayat ke 27, pada masa memperkatakan bahawa sifat ketuhanan yang ada pada diri kita adalah sifat ketuhanan Allah sepertimana yang telah kita ketahui, didalam masa yang sama kita sedang merasakan akan keberadaan diri kita sendiri


Jadi apa yang akan berlaku sebenarnya kita sedang mengakui bahawa sifat ketuhanan yang ada pada kita adalah sifat diri kita sendiri tetapi kita telah memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri kita sendiri (sedang merasa keberadaan diri sendiri) itulah sifat ketuhanan Allah


Sebenarnya apabila kita memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita sendiri didalam keadaan kita sedang merasakan akan keberadaan diri kita sendiri timbullah sangkaan yang sedang menyangka bahawa keberadaan diri kita yang sedang dirasakan ada itulah sifat ketuhanan Allah


Mengulang sifir "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH" ini perlu dilakukan sehingga apabila dilakukan penumpuan sebulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri, sifat ketuhanan tersebut sudah dapat dirasakan sebagai sifat yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah,


Sudah dan Sedang berlaku didalam keadaan sudah merasakan dengan tidak ada berlaku lagi sedang berlegar-legar didalam fikiran kita, tidak lagi terlintas didalam lintasan hati kita, tidak lagi bermain-main didalam kata-kata kita.


Bila ditumpu sahaja kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri, sifat ketuhanan tersebut sudah dirasakan sebagai sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah yang langsung tidak ada didalam akal fikiran kita, langsung tidak ada didalam lintasan hati kita dan tidak bemain-main didalam petcakapan kita..


Setelah dapat merasa dan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita sendiri yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, kita tidak perlu lagi mengulang-ngulang sifir "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH"


Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah.


Pada ketika, saat atau waktu yang sama semasa sedang menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah., sebutlah Allah dan tujukan sebutan Allah tersebut kepada sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah.


Setelah berlakunya tumpu sebulat tumpuan dengan menyebut Allah didalam, diketika atau saat atau satu masa yang sama inilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat-sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah adalah sifat ketuhanan Allah dimana tumpuan menjadi sebagai penyaksian (iaitu sedang menyaksikan) dan menyebut Allah menjadi sebagai pengakuan.


Diketika inilah dengan jelas dan nyata sedang berlaku akan firman Allah


34.Surah Saba' ayat 27


Katakanlah lagi: 


"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.  (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah membawa makna sedang mempertuhankan sesuatu selain daripada Allah)


Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu, 


bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".


PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN ALLAH AKAN BERLAKU SETELAH SESEORANG ITU MENYEBUT ALLAH DIDALAM SAAT ATAU DETIK YANG SAMA DENGAN SEDANG MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG BUKAN YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT BADAN DIRI SENDIRI DAN YANG BUKAN YANG SEDANG DISANGKA SEBAGAI SIFAT KETUHANAN ALLAH...


Diperingkat permulaan latihan dimulakan dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang terasa pada badan diri sendiri


Jangan dirasakan sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat badan diri sendiri


Jangan disangka sifat ketuhanan tersebut sebagai sifat ketuhanan Allah


Ulang-ulangkan menyebut "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH" sebelum dari kita menumpukan dengan sebulat-bulat tumpukan kepada sifat ketuhanan yang terdapat pada badan diri sendiri sehingga berlakunya apabila ditumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri tersebut sudah dapat dirasakan sebagai bukan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang sedang disangka sebagai sifat Allah telah berlaku dengan tidak berlaku didalam fikiran kita, tidak berlaku didalam lintasan hati kita dan tidak lagi berlaku didalam lisan percakapan kita.


Tumpu sahaja kepada sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan sifat ketuhanan tersebut sudah dengan sendiri telah ditumpukan sebagai sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan sifat ketuhanan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.


Apabila sudah boleh berlaku sedemikian rupa, tidak lagi perlu mengulang-ngulang perkataan "BUKAN AKU BUKAN DI SANGKA ALLAH TERSEBUT"


Penumpuan bukan sahaja boleh dilakukan kepada sifat-sifat ketuhanan sahaja malah boleh ditumpukan kepada samada zat, sifat, nama atau perbuatan seperti firman Allah


28.Surah Al-Qaşaş ayat 88


Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26


Segala yang ada di muka bumi itu binasa:


55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27


Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:


3.Surah 'Āli `Imrān ayat 163


Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.


2.Surah Al-Baqarah ayat 127


Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;


7.Surah Al-'A`rāf ayat 180


Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 181


وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ


Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 182


وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ


Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.


7.Surah Al-'A`rāf ayat 183


وَأُمْلِي لَهُمْۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ


Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.


27.Surah An-Naml ayat 88


Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.


Yang pentingnya semasa melakukan sebulat-bulat penumpuan, tumpuan yang dilakukan tersebut bukan ditumpukan kepada samada kepada zat, sifat, nama atau perbuatan badan diri kita sendiri atau bukan kepada zat, sifat, nama atau perbuatan yang sedang disangka sebagai zat, sifat, nama atau perbuatan Allah.


Tanda seseorang itu sudah dan sedang menumpukan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, asma’ atau afa’al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah ialah tidak lagi diperkata dengan lisan lidah, tidak lagi berlegar-legar didalam lembah pemikiran dan tidak lagi yang terlintas didalam hati.


Setelah sudah dan sedang menumpukan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, asma’ atau afa’al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah


Sebutlah Allah, Allah, Allah, Allah dengan lisan lidah secara tertib dan tanpa putus


Setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, asma’ atau afa’al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah


Sehingga berlaku menyebut Allah dengan tumpuan menumpukan sebulat-bulat penumpuan samada kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang dirasakan sebagai(zat, sifat, asma’ atau afa’al) diri sendiri atau kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang bukan yang sedang disangka sebagai (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah telah berlaku didalam satu masa yang sama.


Setelah kedua-dua perkara ini sedang berlaku pada masa atau saat yang sama disinilah tumpuan dengan sebulat tumpuan akan menjadi sebagai penyaksian maksudnya sedang menyaksikan samada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah


Telah berlaku pada masa atau saat yang sama ini juga boleh dikatakan sudah menjadi satu.


Sebutan Allah yang sedang disebut dalam masa yang sama dengan sebulat-bulat tumpuan pula akan menjadi pengakuan bahawa samada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) yang sedang disaksikan adalah (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah..


Dilanjutkan lagi dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma’ atau perbuatan) Allah yang sedang berlaku


Sebutlah Allah, Allah. Allah tanpa putus, setiap sebutan Allah yang disebut itu hendaklah ditujukan kepada tumpuan dengan sebulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma’ atau perbuatan) Allah yang sedang berlaku


Setelah menyebut Allah dengan tumpuan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma’ atau perbuatan) Allah yang sedang berlaku telah berlaku didalam masa atau saat yang sama disinilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa Allah yang sedang menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada penyaksian dan pengakuan kepada (zat, sifat, asma’ atau afa’al) Allah


Inilah yang merupakan Penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah


Setelah mahir didalam latihan seperti ini, apabila disebut Allah sahaja, sudah berlaku pula tumpuan dengan sebulat-bulah tumpuan kepada Allah...


Perbuatan menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada Allah ini tidak boleh berhenti walaupun sesaat kerana apabila tidak dilakukan hilanglah penyaksian dan pengakyan kepada Allah kerana menyebut Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan itulah yang merupakan penyaksian dan pengakuan kepada Allah.


Bukan kita yang sedang melakukan penyaksian dan pengakuan, apa yang kita lakukan ialah melaksanakan perintah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Apa yang akan terhasil dari sedang melaksanakan perinrah Allah


"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


Ialah penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya berlaku pula penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI