MARI SAMA-SAMA DILIHAT KENAPA ?

WALAUPUN TELAH MEMPERKATAKAN ALLAH YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI, ALLAH YANG MEMILIKI DAN MENTADBIR LANGIT YANG TUJUH, ALLAH YANG MEMPUNYAI 'ARASH YANG BESAR, ALLAH YANG MEMEGANG KUASA PEMERINTAHAN TIAP-TIAP SESUATU, NAMUN SEBENARNYA SEDANG BERDUSTA.


43.Surah Az-Zukhruf  dari ayat 81 hingga ayat 87


Katakanlah (Wahai Muhammad, kepada mereka yang musyrik itu): "Kalau betul Allah yang maha pemurah, mempunyai anak (sebagaimana yang kamu dakwakan) maka akulah orang yang awal pertama yang akan menyembah anak itu; (tetapi dakwaan kamu itu tidak berasas)!"


Maha Suci Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, - tuhan yang mempunyai Arasy (yang melambangkan kebesarannya), - (Maha Sucilah Ia) dari apa yang mereka katakan itu.


Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan).


Dan (ingatlah), Allah jualah Tuhan yang berhak disembah di langit, dan Dia lah Tuhan yang berhak disembah di bumi; dan Dia lah jua Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.


Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; dan Dia lah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat; dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.


Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).


Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

(Surah Az-Zukhruf ayat 87)


WALAUPUN MEREKA MENJAWAB ALLAH YANG MENCIPTAKAN MEREKA TETAPI MEREKA TIDAK MENYEMBAH DAN MENGESAKAN ALLAH


KENAPA ORANG YANG MEMPERKATAKAN ALLAH YANG MENCIPTA LANGIT DAN BUMI, ALLAH YANG MEMILIKI DAN MENTADBIR LANGIT YANG TUJUH, ALLAH YANG MEMPUNYAI 'ARASH YANG BESAR, ALLAH YANG MEMEGANG KUASA PEMERINTAHAN TIAP-TIAP SESUATU, JATUH DUSTA ?


Seperti yang difirmankan oleh Allah pada


Surah Al-Mu'minūn dari ayat 84 hingga 90


84. Tanyakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?"


85. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"


Sudahkah seseorang itu melakukan cara yang apabila dilakukan cara tersebut akan mendatangkan ingat kepada Allah mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah?


CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH


2.Surah Al-Baqarah ayat 198


Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), 


DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU


dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.


Didalam firman ini Allah telah menerangkan dengan jelas dan nyata Sesungguhnya amal yang dilakukan untuk ingat kepada Allah sebelum daripada melaksanakan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” merupakan  “SALAH JALAN IBADATNYA”


Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan sepertimana yang difirmankan oleh Allah


"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"


Mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan mendatangkan "INGAT KEPADA ALLAH"


Jika seseorang itu tidak tahu, tidak boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk mendatangkan ingat kepada Allah, apabila ia memperkatakan bahawa "bumi dan segala isinya adalah kepunyaan Allah" ucapan tersebut adalah dusta.


Surah Al-Mu'minūn ayat


86. Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"


87. Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"


Sudahkah seseorang itu melakukan cara untuk bertaqwa kepada Allah sepertimana yang telah Allah firmankan


TENTANG CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK BERTAQWA KEPADA ALLAH


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

(4.Surah An-Nisā' Ayat 1)


Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar-gantikan yang baik dengan yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosa yang besar.

(4.Surah An-Nisā' Ayat 2)


Allah berfirman memperjelaskan


"bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya"


Jika seseorang itu memperkatakan Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh ialah Allah tanpa ia tahu, boleh menghurai dan menerangkan jalan dan cara yang perlu dilakukan untuk bertaqwa kepada Allah, ucapan yang diucapkannya itu adalah dusta.


Surah Al-Mu'minūn ayat


88. Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!"


89. Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". Katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"


Sudahkah seseorang itu melakukan cara yang Allah janji yang apabila dilakukan Allah akan pimpin mereka kejalan yang lurus @ jalan yang benar


Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

(7.Surah Al-'A`rāf ayat 199)


Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(7.Surah Al-'A`rāf ayat 200)


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

(7.Surah Al-'A`rāf ayat 201)


Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 55)


Dan berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) sesuatu mukjizat dari Tuhannya?" Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang Rasul pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), dan tiap-tiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya yang memimpin ke jalan yang benar.

(13.Surah Ar-Ra`d ayat 7)


Setelah diketahui demikian maka tidaklah patut disamakan Allah Tuhan yang berkuasa mengawas, tiap-tiap diri dan mengetahui akan apa yang telah diusahakan oleh diri-diri itu, (dengan makhluk yang tidak bersifat demikian). Dalam pada itu, mereka yang kafir telah menjadikan beberapa makhluk sebagai sekutu bagi Allah. Katakanlah (wahai Muhammad): "Namakanlah kamu akan mereka (yang kamu sembah itu). Atau adakah kamu hendak memberi tahu kepada Allah akan apa yang tidak diketahuiNya di bumi? Atau adakah kamu menamakannya dengan kata-kata yang lahir (sedang pada hakikatnya tidak demikian)?" Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

(13.Surah Ar-Ra`d ayat 33)


ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS / BENAR


Sebelum kita melihat apa yang telah dijanjikan oleh Allah terlebih dahulu kita melihat apakah satu jalan yang lurus yang tidak boleh dihasut atau disesatkan oleh iblis dan syaitan


15.Surah Al-Ĥijr ayat 39


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


15.Surah Al-Ĥijr ayat 40


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".


15.Surah Al-Ĥijr ayat 41


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.


15.Surah Al-Ĥijr ayat 42


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


JALAN YANG LURUS IAITU "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK" IALAH JALAN ALLAH


42.Surah Ash-Shūraá ayat 51


Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.


42.Surah Ash-Shūraá ayat 52


Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,


42.Surah Ash-Shūraá ayat 53


Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.


NABI MUHAMMAD SAW HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS IAITU "YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK"


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73


Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74


Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu


23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75


Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.


URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS HANYA TERTENTU KEPADA ALLAH


16.Surah An-Naĥl ayat 9


Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).


JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK


Firman Allah


7.Surah Al-'A`rāf ayat 43


Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".


JIKA TIDAK DIPIMPIN DAN DIBERIKAN PETUNJUK OLEH ALLAH MAKA AKAN MENJADILAH ORANG YANG SESAT


Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

(6.Surah Al-'An`ām ayat 77)


ORANG YANG ALLAH JANJI UNTUK PIMPIN MEREKA KEJALAN YANG LURUS IALAH


4.Surah An-Nisā' ayat 66


Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): 


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA


Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).


4.Surah An-Nisā' ayat 67


Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;


4.Surah An-Nisā' ayat 68


DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.


4.Surah An-Nisā' ayat 69


Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).


4.Surah An-Nisā' ayat 70


Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).


Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah


"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

(Surah An-Nisā' ayat 66)


Disini ada dua perkara


Yang pertama "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"


Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" ialah seseorang itu perlu melakukan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah Rasulullah saw yang apabila dilakukan perintah tersebut hikmah yang akan berlaku ialah akan hilang keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri.


Kedua "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"


Apa yang dimaksudkan dengan perintah Allah "KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU" ialah melakukan perintah yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran dan perintah yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sunnahnya yang apabila dilakukan perintah tersebut, hikmah yang akan berlaku ialah akan mengeluarkan seseorang yang melakukan perintah tersebut dari "KEGELAPAN SYIRIK KEPADA CAHAYA TAUHID"


Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (syirik) kepada cahaya (tauhid). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (tauhid) kepada kegelapan (syirik). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

(2.Surah Al-Baqarah ayat 257)


Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (syirik) kepada cahaya (tauhid) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

(5.Surah Al-Mā'idah ayat 16)


Setiap seorang mesti tahu apakah perintah yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya yang apabila dilakukan mempunyai hikmah akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid


dan bagaimana untuk melakukan perintah Allah


"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"

(surah Al-Baqarah ayat 198)


Dan bagaimana untuk melakukan cara nak bertaqwa kepada Allah sepertimana yang telah Allah firmankan


"bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya"

(surah An-Nisa' ayat 1)


Dan bagaimana cara untuk melakukannya mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah


Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilakukan hikmahnya akan menghilangkan keberadaan, keakuan dan keupayaan diri sendiri dan akan mengeluarkan seseorang dari kegelapan syirik kepada cahaya tauhid ialah


Seperti yang terkandung didalam SURAH AL-MUZZAMMIL ayat 8


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada


Surah Al-'Isrā' ayat 110


Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada


7.Surah Al-'A`rāf ayat 205


Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.


Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana


Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. 


      Pejamkan mata mu, 

      Tongkat kan lidah mu ke langit2, 

      sebutlah nama Allah sebanyak2nya


Yang dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.


Sebelum daripada melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas terlebih dahulu


Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas Sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....


Setelah tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah seperti diatas mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....


Barulah dilakukan perintah Allah dan perintah Rasululullah mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....


YANG AKAN BERLAKU SEPERTIMANA IKTIBAR PENGAJARAN DARI PERISTIWA NABI MUSA MEMOHON UNTUK MELIHAT ALLAH


 7.Surah Al-'A`rāf dari ayat 143


Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalli" kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.


Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman.


Perkara yang sama telah berlaku kepada saidina Ali sepertimana telah diperjelaskan didalam sebuah hadis


hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi


Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah? 


Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah. 


Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah. 


Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah. 


Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah? 


Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup. 


Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian. 


Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.


Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda : 


Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.


“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.


Setelah berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah, terus dilakukan cara yang sama sehingga akan menimbulkan keadaan "INGAT KEPADA ALLAH" dan keadaan "BERTAQWA KEPADA ALLAH"


Jika seseorang itu memperkatakan Allah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta ia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya tetapi ia tidak tahu, tidak boleh menghurai dan menerangkan apa yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sehingga ia akan dipimpin oleh Allah kejalan yang lurus, apa yang telah diperkatakan tersebut adalah dusta.


Surah Al-Mu'minūn ayat


90. (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.


Apa yang telah Allah firmankan adalah benar tetapi apa yang diperkatakan berdasarkan kepada firman Allah akan menjadi sebagai dusta kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan dan berterusan berada didalam keadaan sedang menyengutukan Allah dengan yang lain.


KETERANGAN YANG BENAR YANG DIBAWA OLEH ALLAH PADA FIRMANNYA DIDALAM AL-QURAN


Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.

(2.Surah Al-Baqarah ayat 117)


Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 1)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. 

(6.Surah Al-'An`ām ayat 14)


Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita (syirik) dengan terang (tauhid) ? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

(13.Surah Ar-Ra`d ayat 16)


Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.

(12.Surah Yūsuf ayat 105)


Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

(12.Surah Yūsuf ayat 106)


(Mengapa mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi azab Allah yang meliputi mereka, atau didatangi hari kiamat secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya?

(12.Surah Yūsuf ayat 107)


Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

12.Surah Yūsuf ayat 108


Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 21)


Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?"

(6.Surah Al-'An`ām ayat 22)


Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

(6.Surah Al-'An`ām ayat 23)


Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 24)


ORANG-ORANG YANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN YANG LAIN, MEREKA HANYA MENURUT SANGKAAN SEMATA-MATA, DAN MEREKA HANYALAH ORANG-ORANG YANG SENTIASA BERDUSTA.


Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

(10.Surah Yūnus ayat 66)


Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

(10.Surah Yūnus ayat 36)


Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

53.Surah An-Najm ayat 28


Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 112)


Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 113)


(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 114)


Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 115)


Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 116)


Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan sesiapa yang sesat dari jalannya, dan Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk.

(6.Surah Al-'An`ām ayat 117)


Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"

(Surah Az-Zukhruf  dari ayat 88)


(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"

(43.Surah Az-Zukhruf ayat 89)




RINGKASAN DARIPADA HURAIAN DIATAS


Persoalan anda adalah sangat mendalam dan menyentuh inti pati tauhid serta perbezaan antara pengakuan lisan semata-mata dengan penghayatan tauhid yang sebenar. Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan penjelasan yang anda berikan, kita dapat memahami mengapa seseorang yang mengaku Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir alam semesta, namun pada hakikatnya, dianggap berdusta atau tidak beriman sepenuhnya.


Memahami "Mengapa Berdusta?"

Ayat-ayat Al-Quran yang anda petik, terutamanya dari Surah Az-Zukhruf dan Al-Mu'minun, menunjukkan satu fenomena di mana manusia boleh mengakui keesaan Allah dalam hal penciptaan dan kekuasaan-Nya (Rububiyyah), tetapi pada masa yang sama, gagal dalam mengesakan-Nya dalam aspek peribadatan (Uluhiyyah). Inilah punca utama mengapa pengakuan mereka menjadi dusta.


 * Pengakuan Tanpa Penyerahan Diri dan Peribadatan:


   * Surah Az-Zukhruf ayat 87 jelas menyatakan: "Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?"


   * Ini menunjukkan bahawa walaupun mereka mengakui Allah sebagai Pencipta, mereka tidak menyembah-Nya semata-mata atau mengesakan-Nya dalam ibadah. Mereka mungkin menyekutukan Allah dengan tuhan-tuhan lain, berhala, atau konsep lain dalam peribadatan mereka. Pengakuan lisan tanpa tindakan dan ketaatan yang sepadan adalah dusta di sisi Allah.


 * Ketiadaan Ketakwaan dan Petunjuk:


   * Surah Al-Mu'minun ayat 85 bertanya: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?" dan ayat 87 bertanya: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"


   * Ini merujuk kepada kegagalan mereka untuk mengamalkan ajaran Allah yang mendatangkan kesedaran dan ketakwaan. Mengakui Allah sebagai Tuhan semesta alam seharusnya membawa kepada rasa ingat dan takwa kepada-Nya, iaitu dengan melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Tanpa ini, pengakuan itu hanya di bibir.


 * Mengikuti Sangkaan dan Hawa Nafsu, Bukan Kebenaran (Tauhid):


   * Surah Yusuf ayat 106: "Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain."


   * Surah Yunus ayat 66: "Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta."


   * Ini menjelaskan bahawa syirik bukan sahaja berlaku melalui penyembahan berhala, tetapi juga melalui sangkaan, anggapan, dan mengikuti hawa nafsu yang menyesatkan dari jalan tauhid yang benar. Mereka mungkin secara sedar atau tidak sedar meletakkan sesuatu selain Allah sebagai sumber kuasa, harapan, atau tempat bergantung, yang bertentangan dengan tauhid.


Cara untuk Mengingat dan Bertaqwa Kepada Allah (Jalan yang Lurus)

Anda telah menggariskan dengan jelas bagaimana Al-Quran dan Sunnah menunjukkan jalan untuk mencapai "ingat kepada Allah" dan "bertaqwa kepada Allah" yang sebenar, yang membezakan antara pengakuan lisan dan penghayatan yang mendalam.


 * Mengingat Allah Sebagaimana Dia Memberi Petunjuk (Surah Al-Baqarah ayat 198):


   * Ayat ini menekankan kepentingan mengingati Allah "sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu." Ini bermakna ibadah dan cara mengingati Allah mesti berasaskan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya, bukan rekaan atau sangkaan semata-mata. Amalan yang "salah jalannya" adalah yang tidak berpandukan petunjuk Ilahi.


 * Konsep "Bunuh Diri Sendiri" dan "Keluar dari Tempat Kediaman Kamu" (Surah An-Nisa' ayat 66):


   * "Bunuhlah diri kamu sendiri": Ini ditafsirkan sebagai menghilangkan keberadaan, keakuan, dan keupayaan diri sendiri melalui ketaatan kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW. Ia adalah proses penyucian diri daripada sifat-sifat keakuan (ego) yang menghalang penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Ini adalah inti pati tasawuf yang benar, di mana diri fana dalam kehendak Ilahi.


   * "Keluar dari tempat kediaman kamu": Ini bermakna keluar dari "kegelapan syirik kepada cahaya tauhid" (Surah Al-Baqarah ayat 257, Al-Ma'idah ayat 16). Ia adalah perpindahan dari bergantung kepada selain Allah kepada berserah sepenuhnya kepada-Nya, dari syirik yang samar-samar kepada tauhid yang jelas.


 * Zikir dan Penghayatan Hati:


   * Anda menekankan perintah dalam Surah Al-Muzzammil ayat 8: "Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."


   * Juga Surah Al-Isra' ayat 110 tentang menyebut nama "Allah" atau "Ar-Rahman", dan Surah Al-A'raf ayat 205 tentang zikir dalam hati dengan merendah diri dan takut.


   * Kisah Saidina Ali dengan Rasulullah SAW dalam pengamalan Laa ilaaha illallah dengan memejamkan mata dan hati (fana fillah) adalah contoh praktikal bagaimana zikir bukan hanya lafazan lisan, tetapi satu perjalanan rohani yang membawa kepada penyaksian dan pengakuan Allah dengan mata hati ("Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah"). Ini menunjukkan bahawa zikir yang benar akan membawa kepada penghapusan syirik dan penzahiran tauhid yang hakiki.


Jalan yang Lurus: "Dibersihkan daripada Sebarang Syirik"


Ayat-ayat dari Surah Al-Hijr (15:39-42) dan Surah Asy-Syura (42:51-53) dengan jelas menegaskan bahawa jalan yang lurus yang terpelihara dari godaan syaitan adalah "hamba-hamba-Ku yang dibersihkan dari sebarang syirik." Ini adalah jalan Allah, dan Nabi Muhammad SAW menyeru umat ke jalan ini.


Ini bermakna, seseorang yang benar-benar mengakui Allah sebagai Tuhan semesta alam, tidak akan berdusta jika pengakuan itu disertai dengan:


 * Melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya yang membawa kepada penghilangan keakuan diri (fana).


 * Keluar sepenuhnya dari segala bentuk syirik, baik syirik yang terang-terangan mahupun yang tersembunyi (syirik khafi).


 * Mencari petunjuk dan pimpinan dari Allah untuk mencapai jalan yang lurus, kerana tanpa pimpinan-Nya, manusia akan tersesat.


Kesimpulan


Seseorang yang memperkatakan tentang keagungan Allah sebagai Pencipta dan Pentadbir alam semesta namun pada hakikatnya berdusta adalah kerana pengakuan lisan itu tidak diiringi dengan penghayatan dan pengamalan tauhid yang sebenar. Mereka mungkin mengakui Rububiyyah Allah (kekuasaan-Nya sebagai Tuhan), tetapi gagal dalam mengesakan-Nya dalam Uluhiyyah (peribadatan dan penyerahan diri sepenuhnya).


Kebohongan ini timbul apabila pengakuan itu tidak membawa kepada:


 * Ketaatan mutlak kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.


 * Penyucian diri daripada segala bentuk syirik dan keakuan diri.


 * Pengamalan zikir dan ibadah yang membawa kepada kesedaran dan penyaksian Allah dengan hati, sehingga mencapai tahap ingat dan takwa yang sebenar.


Tanpa penghayatan dan pengamalan ini, pengakuan mereka hanya akan menjadi sangkaan semata-mata, yang jauh dari kebenaran tauhid dan membawa kepada keadaan berdusta di sisi Allah.


UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH


https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MUSYRIF DIGITAL ANDA

JALAN DAN CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD DAN TAUHID YANG MERUPAKAN SATU ASAS POKOK DI DALAM ISLAM

25 NABI-NABI