KERAGUAN MANUSIA TENTANG TAUHID
38.Surah Şād ayat 4
وَعَجِبُوا أَن جَاءَهُم مُّنذِرٌ مِّنْهُمْۖ وَقَالَ الْكَافِرُونَ هَٰذَا سَاحِرٌ كَذَّابٌ
Dan mereka (yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad itu) merasa hairan, bahawa mereka didatangi oleh seorang Rasul pemberi amaran, dari kalangan mereka sendiri. Dan mereka yang kafir itu berkata: "Orang ini adalah seorang ahli sihir, lagi pendusta.
38.Surah Şād ayat 5
أَجَعَلَ الْآلِهَةَ إِلَٰهًا وَاحِدًاۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ عُجَابٌ
" Patutkah ia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hanya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!"
38.Surah Şād ayat 6
وَانطَلَقَ الْمَلَأُ مِنْهُمْ أَنِ امْشُوا وَاصْبِرُوا عَلَىٰ آلِهَتِكُمْۖ إِنَّ هَٰذَا لَشَيْءٌ يُرَادُ
Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki.
38.Surah Şād ayat 7
مَا سَمِعْنَا بِهَٰذَا فِي الْمِلَّةِ الْآخِرَةِ إِنْ هَٰذَا إِلَّا اخْتِلَاقٌ
" Kami tidak pernah mendengar tentang (soal mengesakan Tuhan) itu dalam ugama yang terakhir; perkara ini tidak lain hanyalah rekaan dan dusta semata-mata".
38.Surah Şād ayat 8
أَأُنزِلَ عَلَيْهِ الذِّكْرُ مِن بَيْنِنَاۚ بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ مِّن ذِكْرِيۖ بَل لَّمَّا يَذُوقُوا عَذَابِ
(Mereka berkata lagi): Patutkah wahyu peringatan itu diturunkan kepada Muhammad (padahal orang-orang yang lebih layak ada) di antara kita?" (Mereka bukan sahaja ingkarkan kelayakan Nabi Muhammad menerima wahyu) bahkan mereka berada dalam keraguan tentang peringatan yang Aku wahyukan (kepada Nabi Muhammad) itu, bahkan mereka belum lagi merasai azab.
SEBENARNYA UNTUK BERPEGANG DENGAN IKTIQAD DAN TAUHID ALLAH TELAH BERFIRMAN DIDALAM AL-QURAN
17.Surah Al-'Isrā' ayat 41
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
17.Surah Al-'Isrā' ayat 89
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰ أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
Jika benar sudah berpegang dengan iktiqad dan tauhid seperti yang telah diperkatakan tunjukkan jalan dan cara yang telah dilakukan sendiri
JALAN DAN CARA YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN DIDALAM AL-QURAN
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk menyebut nama tuhanmu dengan atau melalui lisan lidah, boleh dilakukan mengikut firman Allah pada
Surah Al-'Isrāk ayat 110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Dan melakukan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah pada
7.Surah Al-'Akrāf ayat 205
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
Dengan cara menyebut nama Allah secara tersembunyi didalam hati yang dilakukan mengikut sepertimana
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2nya
Yang dilakukan Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah, iaitu keadaan dimana Allah yang merasa akan keberadaan Allah.
Telah meletakkan seseorang sedang berada didalam keadaan sedang menunaikan "AKU BERSAKSI TIADA YANG LAIN YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH, HANYA SANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT YANG WAJIB BAGINYA"
Iaitu
ASHADU AN LAA ILAHA ILLALLAH
SESIAPA YANG TELAH BERJAYA MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMANNYA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
BERMAKNA
TELAH DAN SEDANG BERADA SEPERTI DIDALAM SABDA NABI MUHAMMAD SAW
Berkata Ali RA..Rasulullah bersabda...Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...
(H R . Syirazi)
RAHSIA YANG TERDAPAT DIDALAM FIRMAN ALLAH
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
IALAH
- Tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang ternyata pada badan diri sendiri, bermakna sedang berlaku penyaksian seperti yang telah di katakan didalam kalimah Tauhid iaitu ASHADU - AKU BERSAKSI ATAU AKU SEDANG MENYAKSI KEPADA SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH
- Sifat ketuhanan yang disaksikan itu telah disaksikan sebagai sifat siapa?, ini bergantung kepada apa yang sedang dirasai, jika yang sedang dirasai itu adalah sebagai keberadaan badan diri sendiri, bermakna sifat ketuhanan yang disaksikan itu sedang disaksikan sebagai sifat badan diri sendiri.
- Jika dalam masa sedang merasai akan keberadaan badan diri sendiri, samada telah memperkatakan dengan lisan lidahnya, memikirkan dengan fikirannya atau ada yang terlintas didalam hatinya, bahawa sifat ketuhanan yang dirasai itu adalah sifat ketuhanan Allah, bermakna sedang berlaku sangkaan yang sedang menyangka bahawa keberadaan badan diri sendiri adalah sifat ketuhanan Allah.
- Disini setiap badan diri sendiri mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan apakah yang perlu dilakukan supaya sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri tidak akan dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan supaya tidak berlaku sangkaan yang sedang menyangka bahawa keberadaan badan diri sendiri itu adalah keberadaan Allah.
- Untuk tujuan ini, setiap badan diri sendiri mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan, apa itu syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya sebarang perbuatan syirik, samada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, dan jangan dilakukan perkara tersebut.
- Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata dan syirik yang tersembunyi, segala sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri, apabila ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat tersebut, secara tersendiri akan disaksikan sebagai sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri.
- Setelah tidak melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, segala sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri sendiri, apabila ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat-sifat tersebut, secara tersendiri akan disaksikan sebagai sifat yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah.
- Setelah boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasa sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah. Didalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya, tuju atau halakan setiap sebutan Allah yang disebut kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasa sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah.
- Ditempat pertemuan diantara menyebut nama Allah dengan tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasa sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah inilah akan berlaku dengan cara tersendiri penyaksian dan pengakuan bahawa sifat yang sedang disaksikan iaitu sifat yang wajib bagi Allah adalah sifat Allah...
- Tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasa sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri yang disangka pula sebagai sifat Allah akan menjadi sebagai "PENYAKSIAN" dan menyebut nama Allah akan menjadi "PENGAKUAN"
"PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN" INI BERLAKU SECARA TERSENDIRI ATAU DENGAN KATA LAIN SECARA AUTOMATIK..
Hadis kudsi ada menerangkan bahawa "INSAN ITU RAHSIA AKU, AKU RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"
SETELAH BERLAKU PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN BAHAWA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH YANG SEDANG DISAKSIKAN ITU ADALAH SIFAT ALLAH (SIFAT ALLAH BUKAN LAIN DARI ALLAH). PENGAKUAN YANG BERLAKU SECARA TERSENDIRI INI JUGA DISEBUT ISBAT....
LAGI SEKALI DENGAN SECARA TIDAK DISEDARI BERLAKU PENAFIAN SEGALA SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH KEPADA DIRI SENDIRI DAN KEPADA SESUATU SELAIN DARI ALLAH..
NAFI DAN ISBAT AKAN BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA, NAFI DAN ISBAT BILA DISEBUT ADALAH MERUPAKAN DUA PERKARA YANG BERBEZA TETAPI DIDALAM PRAKTIKAL IA TELAH MERUPAKAN DUA DALAM SATU....
TERKANDUNG DIDALAM DUA PERLAKUAN (PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN) YANG BERLAKU DIDALAM SATU MASA YANG SAMA.
PERKARA INI TELAH DIJELASKAN OLEH ALLAH DIDALAM AL-QURAN MELALUI FIRMANNYA
73.Surah Al-Muzzammil ayat 8
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dalam firman Allah ini terdapat perintah yang suruh dilakukan. Apabila perintah tersebut dilakukan, secara automatik akan berlaku penyaksian dan pengakuan yang Allah itu adalah Allah...
JALAN DAN CARA INI HENDAKLAH DILAKUKAN DARI MULA BANGUN TIDUR SEHINGGALAH SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA,
Dilakukan berulang-ulang sehinggalah terputusnya hubungan nyawa dengan jasat, berlakunya penghabisan pernafasan iaitu mati...
ISLAM KEMBALI DAGANG
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]
Auwaluddin makrifatullah,
Awal agama itu mengenal Allah..
Seperti diawal perjuangan Rasulullah saw yang telah memperkenalkan hanya Allah sahaja tuhan yang Esa yang perlu dipertuhankan, tuhan selain dari Allah (termasuk hawa nafsu sendiri), firman Allah "tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan"
Perjuangan awal rasulullah saw untuk memperkenalkan Allah sebagai tuhan yang Esa yang telah membuatkan perjuangan permulaan ini menjadi asing dikalangan kaum kafir semasa itu..
Asas perjuangan untuk menegakkan kalimah tauhid dimuka bumi Allah inilah yang membuatkan perjuangan rasulullah saw dianggap asing oleh manusia pada masa itu...
Perjuangan rasulullah saw untuk menegakkan Agama islam berasaskan kepada Dua kalimah syahadah inilah yang membuatkan perjuangannya dipandang asing oleh kaumnya pada masa itu...
Seperti yang disabdakan oleh rasulullah saw itu akan berulang sekarang ini kembali sebagai dagang, dipandang asing....
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran kembali kepada auwaluddin makrifatullah, awal agama mengenal Allah dipandang teramat asing oleh umat islam sendiri, pandangan dan perjuangan sekumpulan kecil umat islam untuk kembali menegakkan dua kalimah syahadah didalam kehidupan harian kita dipandang teramat asing oleh umat islam sendiri...
Perjuangan memperjuangkan bersih dari sebarang syirik atau berpegang dengan iktiqad dan tauhid adalah awal daripada islam, iman dan ikhsan, telah dipinggitkan, jika diperkatakan, masyarakat sekarang akan merasakan itu asing, cukup saja dengan mengetahui tentang ilmu tauhid sahaja, seseorang itu sudah bertauhid... Sedangkan iktiqad dan tauhid atau bersih daripada sebarang syirik atau makrifatullah adalah perkara asas yang tidak boleh ditinggalkan...
Allah tidak akan ampun dosa syirik, Allah tak akan terima amal orang yang melakukan sebarang perbuatan syirik......
Perjuangan sekumpulan kecil Islam yang menyeru supaya tidak mensyirikkan Allah melalui syirik secara terang atau syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi menjadikan kumpulan ini dipandang teramat asing dan mendapat pertentangan yang amat meluas dikalangan umat Islam sendiri, malah mereka-mereka ini sampai dihukum sesat oleh umat Islam sendiri... Bukankah perjuangan mereka ini seperti perjuangan rasulullah saw diawal perjuangan baginda dahulu iaitu untuk menegakkan Awal agama mengenal Allah seterusnya menegakkan dua kalimah syahadah didalam kehidupan harian mereka...
Mereka-mereka inilah yang telah dan sedang menerima tentangan hebat dari seluruh pelusuk dunia, dari orang kafir, dari pemerintah dan dari hampir keseluruhan umat Islam sendiri yang menghukum mereka sebagai sesat, seperti yang diterima oleh rasulullah saw diawal perjuangannya dahulu..
Jika bukanlah kaum yang kecil ini yang sedang hendak menegakkan awal agama mengenal Allah ini yang mendapat tentangan dari segenap sudut sehingga dihukum sesat, kaum mana lagi yang boleh dimasukkan kedalam sabda nabi saw itu....
Rasulullah SAW bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini”
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani]
Baginda ditanya,
“Siapakah orang-orang yang asing itu?”
Baginda menjawab,
“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak”
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani]
Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia”
Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab,
“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya”
Perjuangan kita umat Islam hari ini hendaklah bermula dari asas didalam Agama iaitu Awalluddin makrifatullah.... Iaitu pegangan atu iktiqad dn tauhid.
Sebut sahaja Awal Agama mengenal Allah, lihatlah sendiri berapa ramai yang akan menentang kita, berapa ramai yang akan menyesatkan kita..
Perjuangan kita pada hari ini untuk menegak dan menerapkan dua kalimah syahadah didalam kehidupan seharian kita akan mendapat tentangan dari segenap aspek dari segenap sudut, lihat dan perhatikan lah sendiri kenyataannya ....
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
5.Surah Al-Mā'idah ayat 105
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْۚ إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
[al-Maa’idah 5: 105]
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]
UNTUK MENGULANGKAJI DENGAN AI YANG DILATIH (MUSYRIF DIGITAL ANDA), SILA KLIK LINK DIBAWAH
https://iktiqaddantauhid.blogspot.com/2026/08/musrif-digital-anda.html
Ulasan